Monday, August 4, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

Kisah Di Sebalik Tiara Berlian YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Pakai Ketika Bersanding

by Soph Azz
January 16, 2024
Foto - @tmski (IG)

Foto - @tmski (IG)

1.2k
KONGSIAN
Share on Facebook

Tak dinafikan semua mata tertumpu kepada pasangan diraja Brunei; lebih-lebih lagi YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah ketika majlis persandingan mereka pada 14 Januari 2024 baru-baru ini.

Isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Pengiran Muda Abdul Mateen ini sangat menyerlah dalam gaun putih potongan A-line. Penampilannya itu dilengkapkan dengan pelbagai aksesori seperti cincin berlian yang besar, rantai, gelang dan anting-anting yang menarik perhatian orang ramai.

Begitu juga dengan tiara berlian di atas kepalanya. Psst… Kalau kamu nak tahu tiara yang dikenakan oleh YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah itu ada kisahnya. Nak tahu, scroll dan baca di bawah;

Tiara Berlian Khas Dari Singapura 

Dipetik daripada Tatler, tiara berlian yang dipakai oleh YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah itu merupakan tiara kepada kakakand DYTM Pengiran Muda Abdul Mateen iaitu Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah.

Foto – X

Tiara tersebut pertama kali dipakai oleh Puteri Azemah ketika majlis perkahwinannya pada Januari 2023 dan dipinjamkan kepada YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah untuk majlis perkahwinannya.

Sekadar info, tiara itu dibuat khas daripada pengeluar barang kemas mewah dari Singapura iaitu Flower Diamond yang diasaskan oleh Belinda Chua. Jenama ini sangat mementingkan keanggunan klasik dan sentuhan kotemporari.

View this post on Instagram

A post shared by Flower Diamond Boutique (@flower.diamond)

Tiara berlian ini disiapkan dalam masa lapan bulan, bermula daripada proses reka bentuk hingga mendapatkan berlian dan menyiapkan dengan teliti. Tiara ini terdiri daripada 838 berlian dalam pelbagai potongan seperti round brilliant, square-shaped, pear-shaped dan oval-shaped.

Foto – Tatler

Walaupun berat berliannya melebihi 132 karat, tetapi tiara ini direka tetap untuk kelihatan lebih ringan dan moden mengikut keinginan Puteri Azemah. Manakala untuk YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah pula, tiara tersebut diolah dan disesuaikan supaya dapat melengkapkan penampilannya.

[VIDEO] Adab PAI Anisha Rosnah Dipuji, Tetapi Lain Pula Netizen Nampak- "Adakah Dia..."
anisha rosnahmahkota anisha rosnahPuteri Azemah Ni'matul Bolkiahtiara anisha rosnah
Share462Tweet289SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem