Monday, August 4, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Kisah Limbad, Ahli Silap Mata Indonesia Digelar “Syaitan” & Ditahan Askar Arab Saudi

by Soph Azz
July 14, 2025
Foto - @limbadindonesia (IG)

Foto - @limbadindonesia (IG)

26
KONGSIAN
Share on Facebook

Ahli silap mata Indonesia, Limbad telah menjadi tular selepas dilaporkan ditahan di imigresen Arab Saudi ketika menunaikan ibadah umrah pada tahun ini. Penahanannya itu disebabkan oleh penampilan yang eksentrik, daripada rambut yang panjang hingga ke gigi taring yang ditanam, telah menarik perhatian ramai.

Memetik kenyataan admin Instagram rasmi Limbad di Insert Live, Limbad telah menunaikan umrah sebanyak empat kali. Dia telah ditahan pada umrah ketiganya (2017), tetapi berjaya melepasi pemeriksaan imigresen pada umrah keempatnya (2025).

View this post on Instagram

A post shared by limbadindonesia (@limbadindonesia)

“Pada pengalaman umrah keempatnya pada 2025, sebelum berpuasa, Master Limbad telah lulus imigresen. Tetapi kerana pengalamannya sebelum ini, dia menggunakan foundation di kening, mekap dan menyelitkan rambut ke dalam baju.”

View this post on Instagram

A post shared by limbadindonesia (@limbadindonesia)

Walaupun berjaya melepasi imigresen, masalah mula timbul semasa Limbad sedang menunaikan solat di Masjid Nabawi. Penampilannya yang lain daripada lain itu telah membuatkan askar Arab Saudi mendekatinya dan memeriksa rambut serta gigi tarinya.

“Ketika solat di Masjid Nabawi, seorang askar datang menghampiri Master Limbad dan memeriksanya dari rambut hingga ke gigi. Askar itu memanggil askar yang lain kerana menyangka Master Limbad adalah syaitan.”

View this post on Instagram

A post shared by limbadindonesia (@limbadindonesia)

Mutawif yang menemani Limbad cuba menjelaskan kepada askar tersebut bahawa dia adalah tokoh masyarakat Indonesia yang terkenal dengan aksi melampau. Namun penjelasan mutawif tersebut hanya membuatkan askar semakin curiga.

“Mutawif menjelaskan dalam pelbagai cara bahawa ia adalah Master Limbad, dan boleh melihatnya di YouTube. Tetapi selepas melihatnya, daripada mempercayainya, mereka memanggilnya sebagai anak murid Dajjal. Kerana mereka melihat adegan Master dibakar hidup-hidup, direndam dalam ketulan ais dan air mendidih. Mereka masih memanggilnya Dajjal.”

Keadaan reda selepas seorang ketua askar mengenali Limbad dan dia telah mengendalikan kes yang sama apabila Limbad ditahan di imigresen Arab Saudi beberapa tahun lalu.

View this post on Instagram

A post shared by limbadindonesia (@limbadindonesia)

Salah satu momen yang melucukan telah berlaku apabila Limba bergurau senda dengan askar Arab Saudi yang berdebat dengan mutawif mengenai penampilannya.

“Master Limbad bergurau senda menakut-nakutkan askar dengan gigi taringnya. Mereka melarikan diri dalam ketakutan sambil menjerit, “Laa… Laa… Astagfirullahaladzim”.”

Walaupun dia ditahan oleh askar, Limbad menyatakan kejadian itu tidak menghalangnya daripada merancang untuk kembali menunaikan umrah dalam beberapa tahun akan datang.

Amar Baharin Kayuh Basikal 50 Darjah Celcius ke Madinah, Berjaya Sampai Walau Dianggap Kerja Bodoh
Arab Saudilimbadumrah
Share10Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

  3. 3

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  4. 4

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

  5. 5

    Uqasha Tepis Dakwaan Gelaran ‘Datuk’ Adik Ipar Dibeli, Dedah Status Kerabat & Sumbangan Hartanah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem