Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Hebat! Kisah Hidup Soloz Bakal Diadaptasi Dalam Filem ‘Game Of Life’

by Naddy Joe
March 30, 2024
Share on Facebook

Kisah perjalanan hidup pemain esukan terkemuka negara, Muhammad Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz, bakal menjadi inspirasi melalui sebuah filem terbaru, Game of Life. Filem tersebut akan membawa penonton menyelami pengalaman Soloz yang menempuh pelbagai cabaran sehingga berjaya menempa nama sebagai antara pemain profesional terkenal dan berjaya dalam arena permainan video mudah alih, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

Game of Life turut memaparkan persaingan sengit antara TheBoss dengan sebuah pasukan dari Singapura, Vengeance, yang akan mengajar Soloz dan rakan-rakan sepasukannya tentang nilai-nilai persahabatan, semangat kesukanan dan persaingan sihat yang menjadi batu asas kepada kejayaan mereka.

Pelancaran filem terbabit disempurnakan oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Dato’ Kamil Othman dalam satu majlis berbuka puasa dan sidang akhbar yang diadakan di Connexion Conference & Events Centre, Bangsar South hari ini. Turut hadir di majlis yang sama ialah barisan pelakon yang terdiri daripada Hun Haqeem, Ikmal Amry, Jaa Suzuran, Jiha Sham dan Hafeez Mikail.

“Saya yakin filem Game of Life ini mempunyai potensi besar untuk menjadi sebuah filem tempatan yang berjaya,” kata Kamil.

Menyentuh tentang populariti permainan video mudah alih MLBB yang mencatat purata pemain seramai 5.2 juta orang sehari di seluruh dunia. Menurut beliau, Game of Life berpotensi melonjak ke persada antarabangsa berdasarkan jumlah pemain di seluruh dunia yang mencatat purata 85 juta orang setahun dari tahun 2021 hingga 2023, memetik butiran daripada laman esukan Esports GG.

Game of Life akan diarahkan oleh Syafiq Yusof, seorang pengarah yang terkenal dengan karya-karya sebelum ini seperti trilogi Abang Long Fadil dan Polis Evo 3. Diterbitkan oleh Key Billions Sdn Bhd, filem tempatan pertama yang bertemakan esukan itu dianggarkan akan mengambil masa selama 12 bulan untuk disiapkan dan memakan kos berjumlah sekitar RM8 juta. Turut bekerjasama dalam penghasilan filem tersebut ialah Frame Motion Studio untuk kesan khas manakala Skop Productions memikul tanggungjawab sebagai pengedar rasmi.

Menurut Syafiq, beliau percaya filem ini yang diinspirasikan daripada kisah perjalanan hidup Soloz akan menggamit perhatian anak anak muda dalam bidang gaming dan esukan. MLBB merupakan antara permainan video mudah alih paling popular bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia dengan jumlah muat turun global yang mencecah lebih daripada 1 billion.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Penghasilan filem Game of Life ini dapat direalisasikan setelah Key Billions memeterai perjanjian penggunaan hak cipta bersama pencipta permainan video mudah alih MLBB, MOONTON Games yang berpangkalan di Shanghai, China. Berdasarkan statistik Esports Charts, MLBB mencatat jumlah penonton melebihi 530 juta orang pada tahun 2023 menjadikannya permainan video mudah alih paling ramai ditonton tahun lepas.

Game of Life dijangka bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara pada pertengahan Januari 2025.

https://lomp.at/pytb8
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @anzalnanasir88 (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”

by Nurul A.
January 13, 2026

Pelakon jelita Anzalna Nasir mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen manis bercuti bersama keluarga di Jepun baru-baru ini. Walaupun ramai...

Read moreDetails
Lokal

Mimi Lana Pilu Tonton ‘Podcast’ Puteri Balqis & Ibunya-“Maruah Seorang Wanita & Ibu Telah Dipijak-Pijak..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pelakon, Mimi Lana tampil bersuara terhadap pengalaman hitam yang terpaksa dilalui oleh ibu kepada pelakon Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Dimasukkan Ke Hospital, Sempat Pesan- “Jangan Lupa Minum Air Guys..”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Perkongsian personaliti media sosial, Khairul Aming mencetuskan pelbagai reaksi peminat selepas dia terpaksa dimasukkan ke salah sebuah hospital di ibu...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn tampil memberi respon terhadap salah seorang netizen yang mempersoalkan dia dan keluarga yang tidak melafazkan Bismillah...

Read moreDetails
Lokal

Kamal Adli Sehabis Baik Menjaga Batas Dalam Tempoh Iddah-“Tak Cuba Nak Rapat Dengan Mana-Mana Perempuan..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Kamal Adli Mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik satu hantaran mengenai tempoh iddah. Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore