Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Kisah Sebenar Lan Pet Pet Ini Buat Netizen Sebak

by Khai Azfar
November 15, 2017
Share on Facebook

Sudah lama tidak mendengar perkhabaran pelakon dan pelawak Lan Pet Pet. Selepas lama menyepi, tahun 2017 menyaksikan Lan kembali bersama kumpulan Senario menerusi Senariounion dan turut aktif dalam kerja di belakang tabir.

Imam Muda Asyraf Dedah Kisah Lan Pet Pet

Buat anda yang mengikuti perkembangan Lan, mungkin anda perasan beliau sudah lama membujang dan akhirnya berkahwin dengan adik kepada Rozita Che Wan, Ruby Che Wan pada 2008.

Disebalik kenapa beliau lama membujang, rupa-rupanya ada kisah disebaliknya yang membuatkan ramai netizen turut terharu dan sebak. Kisah benar ini telah didedahkan sendiri oleh Imam Muda Asyraf.

“Abg Lan Pet Pet yang saya kenali seorang yang sanggup membujang lama hanya kerana mahu berkhidmat kepada ibunya. Menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan hanya semata kerana ingin membantu ibunya. Banyak lagi kisah beliau bersama ibunya yang tak mampu dicatat”

Minta Doa Dari Lan

“Jika jumpa dengan Abg Lan Pet Pet saya pasti minta doa dari beliau. Ya. Biar apa orang kata. Setiap kali jumpa saya mesti suruh Abg Lan Pet Pet doakan saya..Ada org pernah tanya kenapa? Saya yakin dan pasti.

Kerana terdapat banyak riwayat hadith sebut tentang maqbulnya doa seorang insan jika ia berkhidmat kepada ibu dan ayah dengan baik.

Inilah yang dijadikan tajuk bab bagi Imam Bukhari terhadap 3 org yang maqbul doanya setelah terperangkap di dalam gua. Serta betapa maqbulnya doa Uwais Al-Qarni setelah diteliti sejarah hidup beliau yang sangat menyantuni ibunya”

Menerusi instagramnya juga, Imam Muda Asyraf turut berkongsi pengalaman mengapa beliau sering meminta Lan mendoakan yang terbaik untuk diri dan keluarganya. Ini kerana menurutnya, doa dari anak- anak yang berbakti pada ibubapanya akan dimakbulkan. Setelah membaca luahan Imam Muda Asyraf, kami di murai.my turut berasa terharu. Anda pula bagaimana?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
imam muda asyraflan pet pet
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kirby, Toxic Friendship & English Suspek Antara 4 Perkara Dalam Surat Suspek Tikam Pelajar Jadi Perdebatan

  2. 2

    Bukan Selebriti, Ini Latar Belakang Isteri Baharu Aamir Khan

  3. 3

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

  4. 4

    Infaq Atau Eksploitasi? Cara Agih Makanan Ketika Live TikTok Jadi Perdebatan

  5. 5

    Dituduh Biarkan Ibu Terkontang-kanting, Marissa Dania Jawab Pedas Kecaman Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara