Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Batu Nisan Ratu Hantu Indonesia Suzanna, Tiada Tarikh Kematian? Ini Sebabnya!

by Puteri Alia
June 16, 2021
Foto - Kumparan/Grid Health

Foto - Kumparan/Grid Health

Share on Facebook

Suzzanna Martha Frederika Van Osch atau Suzanna sangat dikenali ramai di Indonesia dan juga Malaysia pada era 90-an, aktres yang banyak membawa watak seram ini mendapat jolokan ‘Ratu Hantu’ dek kerana lakonan hantunya yang mantap.

Selepas 13 Tahun Baru Perasan Batu Nisan Tiada Tarikh Kematian

Dipetik dari Wiken, setelah 13 tahun pemergian aktres legenda ini orang ramai baru dapat tahu bahawa di batu nisan pelakon ‘Sundel Bolong’ ini tidak terukir tarikh kematiannya yang ada cuma nama penuh dan tarikh lahir Suzanna sahaja.

Wasiat Suzanna

Foto – Grid Health/Liputan6

Menurut suami Suzanna iaitu Clift Sangra, aktres jelita ini meninggalkan beberapa surat wasiat di mana dirinya mahu dimakamkan bersama anak sulungnya Ari Adrianus dan kakaknya Irene Beatrix Van Osch dalam satu liang lahat.

Semasa aktres ini masih hidup Suzanna sudah merancang menyediakan makam pengebumiannya sendiri, hal ini dikongsikan Clift bahawa Suzanna sudah siap menyediakan lakaran tempat istirehatnya.

“Dia meminta agar kertas HVS, gambarnya ada di atas seramik warna coklat dan dibawahnya ada batu-batu.” Ujar Clift

Dimaklumkan semasa makam tersebut disiapkan tukang ukir telah mengukir nama dan tarikh kelahiran Suzanna, manakala ruang tarikh kematian dikosongkan dahulu kerana waktu makan disiapkan aktres tersebut masih hidup.

Tiada Sumber Elektrik Punca Tarikh Kematian Tak Dapat Diukir

Foto – Jawa Pos

Setelah Suzanna meninggal dunia, Clift meminta tukang ukir batu nisan mengukir tarikh kematian Suzanna 15 Oktober 2008 pada seramik pemakaman.

Topik Berkaitan ikhlas.com Travel Inspirasikan Percutian Santai Dengan Kempen ‘Jalan Dekat-Dekat Je’

Tapi tukang ukir tidak dapat mengukir tarikh kematian aktres jelita ini kerana alat yang digunakan menggunakan elektrik, dan di kawasan pemakaman tersebut tiada sumber eletrik lalu sehingga sekarang batu nisan Suzanna tidak mempunyai tarikh kematian.

Tak sangka selepas 13 tahun pemergian aktres legenda ini, baru orang ramai tahu kenapa makam pelakon ‘Sundel Bolong’ ini tidak mempunyai tarikh kematian.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aktresbatu nisanIndonesiaratu hantusundel bolongsuzzanna martha frederika van oschtarikh
Share4Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara