• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan RTM Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

by Aphit J.
January 25, 2025
Share on Facebook

Kisah penuh kasih sayang seorang wanita berbangsa Cina terhadap anak angkatnya yang beragama Islam menyentuh hati ramai rakyat Malaysia.

Keikhlasan wanita tersebut membesarkan gadis itu sejak kecil menarik perhatian seluruh negara.

Kisah Inspiratif

Kisah inspiratif ini diangkat oleh Unit Drama TV RTM (UDTV RTM) dalam bentuk drama khas Tahun Baharu Cina berjudul Buah Hati, yang akan disiarkan pada 29 Januari depan, pukul 8.00 malam di saluran TV2.

Selain Buah Hati, RTM juga akan menyiarkan dua telemovie khas, iaitu Unforgettable New Year pada 29 Januari, pukul 3.30 petang di saluran Okey, dan drama Singah di slot Panggung RTM pada 1 Februari, pukul 9.00 malam di TV1.

Buah Hati, arahan Nor Ashikin Zainal, mengisahkan seorang bayi perempuan yang dijumpai di hadapan sebuah taska milik Angeline.

Setelah bercadang mengambil bayi itu sebagai anak angkat, Angeline berdepan tentangan hebat daripada keluarganya, terutamanya ayahnya yang tidak setuju kerana bayi tersebut berbangsa Melayu dan mereka berlainan agama.

Pelbagai Lagi Kisah Menarik

via RTM

Walaupun dihimpit stigma keluarga, Angeline tekad membesarkan anak angkatnya, Awlia, sebagai seorang Muslim yang patuh pada ajaran agama.

Drama ini dibintangi oleh Mandy Chong, Kenji Sawahi, Ramona Zam Zam, dan DS Alif Syukri.

Unforgettable New Year pula menyajikan kisah seorang ahli pasukan bomba wanita, Li Hui Si, yang terpaksa menangguhkan perayaan Tahun Baharu Cina demi menyelamatkan kanak-kanak yang hilang di hutan.

Telemovie ini dibintangi oleh Remon Lim, Eric Chen, dan Miko Oh.

Sementara itu, Singah berkisarkan Hamzah, seorang pemuda yang kecewakan ibunya kerana memilih untuk mengajar Tarian Singa, bukan Tarian Piring yang diinginkan ibunya.

Saksikan ketiga-tiga drama menarik ini di saluran RTM dan RTMKlik.

DS Alif SyukriKenji SawahiMandy ChongRamona Zam ZamTahun Baru Cina 2025
https://lomp.at/rl32f
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore