Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan RTM Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

by Aphit J.
January 25, 2025
Share on Facebook

Kisah penuh kasih sayang seorang wanita berbangsa Cina terhadap anak angkatnya yang beragama Islam menyentuh hati ramai rakyat Malaysia.

Keikhlasan wanita tersebut membesarkan gadis itu sejak kecil menarik perhatian seluruh negara.

Kisah Inspiratif

Kisah inspiratif ini diangkat oleh Unit Drama TV RTM (UDTV RTM) dalam bentuk drama khas Tahun Baharu Cina berjudul Buah Hati, yang akan disiarkan pada 29 Januari depan, pukul 8.00 malam di saluran TV2.

Selain Buah Hati, RTM juga akan menyiarkan dua telemovie khas, iaitu Unforgettable New Year pada 29 Januari, pukul 3.30 petang di saluran Okey, dan drama Singah di slot Panggung RTM pada 1 Februari, pukul 9.00 malam di TV1.

Buah Hati, arahan Nor Ashikin Zainal, mengisahkan seorang bayi perempuan yang dijumpai di hadapan sebuah taska milik Angeline.

Setelah bercadang mengambil bayi itu sebagai anak angkat, Angeline berdepan tentangan hebat daripada keluarganya, terutamanya ayahnya yang tidak setuju kerana bayi tersebut berbangsa Melayu dan mereka berlainan agama.

Pelbagai Lagi Kisah Menarik

via RTM

Walaupun dihimpit stigma keluarga, Angeline tekad membesarkan anak angkatnya, Awlia, sebagai seorang Muslim yang patuh pada ajaran agama.

Drama ini dibintangi oleh Mandy Chong, Kenji Sawahi, Ramona Zam Zam, dan DS Alif Syukri.

Unforgettable New Year pula menyajikan kisah seorang ahli pasukan bomba wanita, Li Hui Si, yang terpaksa menangguhkan perayaan Tahun Baharu Cina demi menyelamatkan kanak-kanak yang hilang di hutan.

Telemovie ini dibintangi oleh Remon Lim, Eric Chen, dan Miko Oh.

Sementara itu, Singah berkisarkan Hamzah, seorang pemuda yang kecewakan ibunya kerana memilih untuk mengajar Tarian Singa, bukan Tarian Piring yang diinginkan ibunya.

Saksikan ketiga-tiga drama menarik ini di saluran RTM dan RTMKlik.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
DS Alif SyukriKenji SawahiMandy ChongRamona Zam ZamTahun Baru Cina 2025
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Netflic
Filem

12 Tayangan Baharu Bakal Temui Anda Di Netflix Pada Julai Ini!

by Nurul A.
June 26, 2026

Julai bakal menjadi bulan yang mengujakan, menyatukan misteri yang mendebarkan, kisah-kisah yang mengharukan dan pengembaraan komedi untuk setiap penonton Netflix!...

Read moreDetails
Foto - @BookMyShowIN (FB)
Filem

Kenapa Malaysia Larang Tayangan Filem ‘Fiza’ Lakonan Hrithik Roshan & Karisma Kapoor?

by Nurul A.
July 17, 2026

Untuk makluman peminat filem Bollywood, 'Fiza' yang ditayangkan pada tahun 2000 merupakan sebuah filem Bollywood yang mengishakan tentang isu keganasan....

Read moreDetails
Foto - GSC
LifeXplore

IMAX® Baharu Dengan Laser Akan Tiba Di GSC IOI Mall Damansara Pada 16 Julai Ini!

by Nurul A.
July 13, 2026

Golden Screen Cinemas (GSC) akan melancarkan IMAX® terbarunya dengan Laser Hall di Petaling Jaya, dengan lokasi ke-6 dan terbarunya di...

Read moreDetails
Foto - @netflix (IG)
Spotlight

Wajib Masuk ‘Wishlist’, Ini Filem & Drama Netflix Pilihan MURAI!

by Nurul A.
July 17, 2026

Sejujurnya MURAI agak teruja pada bulan ini kerana Netflix kembali menayangkan pelbagai filem dan drama yang sangat menarik untuk ditonton....

Read moreDetails
Netflix
Filem

‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

by Nurul A.
August 1, 2026

Selepas tayangan bersejarah di pawagam sebagai filem anime dengan kutipan tertinggi dalam sejarah, 'Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle...

Read moreDetails
The Intern
Filem

Bakal Tayang Pada September Ini, ‘The Intern’ Versi Korea Dibintangi Han Soo Hee

by Nurul A.
August 7, 2026

Selepas lama menanti, peminat filem Korea bakal melihat kolaborasi lakonan antara pelakon veteran dan aktres terkenal dalam pembikinan semula filem...

Read moreDetails
Foto - Netflix
Filem

Treler ‘Operation Safed Sagar’ Di Netflix Cetus Adrenalin Penonton!

by Nurul A.
July 31, 2026

Psst... Filem ini diinspirasikan oleh kisah Skuadron Golden Arrows yang belum pernah diceritakan. Pada musim panas 1999, ketika Perang Kargil...

Read moreDetails
Filem 'TERBANG'
Filem

Filem ‘TERBANG’ Angkat Kisah Malaysia Di Pentas Dunia

by Nurul A.
July 30, 2026

Malaysia bakal menyaksikan sebuah kisah luar biasa yang meraikan keberanian melangkaui batas, semangat juang dan rasa bangga terhadap negara menerusi...

Read moreDetails
Foto - Netflix
Filem

Khas Untuk Peminat Avatar! Strim ‘Avatar: The Last Airbender: Musim 2’ Di Netflix

by Nurul A.
June 28, 2026

Penantian telah berakhir—Avatar: The Last Airbender: Musim 2 kini distrim di Netflix. Selepas kemenangan pahit manis menyelamatkan Puak Air Utara...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  2. 2

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

  3. 3

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  4. 4

    Putera William Berang Apabila Isteri Diminta Tukar Ejaan Nama Kerana Ibu Tiri

  5. 5

    [VIDEO] Tiba-Tiba Jadi Maskot Rumah Sukan, Reaksi Khairul Aming Buat Ramai Berdekah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara