• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Hujan,Bunkface, Insomniacks & Masdo Akan Bersatu Di Konsert Jiwa Kacau, Harga Tiket Bermula RM75!

by Naddy Joe
March 24, 2023
Share on Facebook

Tidak ada yang lebih kacau bilau apabila mendengar empat kugiran dengan pengaruh mereka masing-masing akan bermain di atas satu panggung!
Empat kugiran itu, Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo akan bersatu ‘memecahkan panggung’, mendidihkan adrenalin sekali gus membuat jiwa-jiwa kalian kacau pada sebuah konsert yang dibawakan khas oleh MND Sport & Event Sdn Bhd.
Maka MND Sport & Event Sdn Bhd buat julung kalinya dengan berbesar hati menganjurkan Konsert Jiwa Kacau yang dijadualkan berlangsung pada 17 Jun 2023 di Stadium Malawati, Shah Alam Selangor.

Menurut Harith Daniel dari MND Sport & Event Sdn Bhd, beliau menyifatkan Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo sebagai kugiran yang tidak pernah dan akan ditelan zaman lewat karya-karya yang dihasilkan, Harith juga percaya Konsert Jiwa Kacau akan membuat peminat mereka ‘gila’.

“Tidak boleh dinafikan, Hujan dan Bunkface adalah dua kugiran anak-anak indie yang memecah tembok komersial dengan kualiti mereka sehingga menjadi legenda dalam scene Indie di Malaysia.

Insomniacks dan Masdo pula merupakan salah satu kugiran pop dan rock yang meraih pengaruh paling pantas dalam kalangan generasi muda lewat keunikan genre yang dimainkan.

Jadi apabila keempat-empat kugiran yang penuh dengan hit dan jalan cerita tersendiri ini bergabung, pihak kami percaya peminat akan ‘naik gila.”-kata Harith

Sementara itu Bunkface menyifatkan Konsert Jiwa Kacau sebagai sebuah lamaran ‘gila’ yang datang tepat waktu dan tidak patut dilepaskan.
Pemilik hit-hit seperti Malam Ini Kita Punya, Situasi, Dunia Baru dan Masih Di Sini itu sangat teruja untuk melihat projek empat kugiran tersebut menjadi realisasi pada 17 Jun nanti.

“Beritahu kami siapa yang sanggup lepaskan peluang ‘berperang’ dan berpesta dengan Hujan, Insomniacks dan Masdo? Mereka semua ‘gila’!”-kata Bunkface

Bagi Insomniacks yang membuat peminat ‘kacau’ lewat lagu mereka seperti Kepala Batu, Langgar dan Pulang, berkongsi panggung dengan tiga legenda muzik tempatan adalah mimpi yang menjadi realiti.

“Sebagai pemuzik paling junior dalam kelompok konsert ini, Insomniacks berasa sangat kecil tetapi berbesar hati kerana dipilih melengkapkan formasi panggung bersama Hujan, Bunkface dan Masdo yang terlebih dahulu merintis jalan untuk pemuzik seperti kami hidup dalam industri,” kata Insomniacks.

Tiket Konsert Jiwa Kacau bermula dengan CAT 3 (RM 75), CAT 2 & General (RM 165), CAT 1 (RM 235), VIP (RM 255) dan Meet & Greet Pass (RM 488) mula dijual pada 24 Mac 2023 melalui www.myticket.asia.

Satu Malam, Tiga Dunia Muzik: Malam Simfoni Luka Gegar Megastar Arena

Untuk itu buat semua peminat, ini adalah sebuah pesta yang tidak wajib dilepaskan kerana kalian akan menyesal seumur hidup! Bila lagi mahu melihat Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo satu pentas. Hanya ada pada Konsert Jiwa Kacau. Jumpa anda semua di sana!

bunkfaceInsomniackskugiran masdokumpulan hujan
https://lomp.at/8winr
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    [VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore