• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Konsert Mini Siti Nurhaliza! Ini Yang Kami Tahu Setakat Ini

by Khai Azfar
July 31, 2019
Share on Facebook

Masih segar dalam ingatan kami mengenai konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour pada Mac yang lalu. Manakan tidak, bagi kami secara peribadi menganggap konsert itu seperti satu kepuasan untuk melihat penyanyi kesayangan ramai ini membuat ‘comeback’ mengubati kerinduan para peminat.

Info Mengenai Konsert Mini Siti Nurhaliza 

Kini, satu lagi khabar gembira buat peminat kerana Siti akan menganjurkan sebuah konsert mini tidak lama lagi sebelum menjayakan konsert seterusnya di Adelaide pada Oktober kelak. Buat anda yang ingin turut serta pada konsert mini Siti, pastikan anda ‘take note’ pada butiran kami di bawah. Teruja bukan?

Konsert Mini Shopee X SimplySiti

Dalam pengumuman yang dibuat Siti dalam sebuah sidang media yang diadakan baru-baru ini, Siti menerusi SimplySiti akan menganjurkan sebuah konsert mini bersama-sama Shopee. Konsert mini ini akan membawa peminat mengimbau zaman silam menerusi lagu-lagu hit paling
diminati.

Berlangsung Pada 14 September 2018

Buat anda yang tertanya-tanya, konsert mini ini bakal berlangsung pada 14 September jam 8.30 malam. Memandangkan ianya merupakan sebuah konsert mini, dikhabarkan hanya 2,000 tiket akan dijual kepada peminat. Siapa cepat dia dapat!

Harga Tiket Bermula RM350

Untuk anda yang ingin membeli tiket konsert ini, ianya akan dijual di Shopee pada 2 Ogos, berharga RM350 untuk kategori Emas dan RM450 untuk Berlian. Tidak cukup untuk itu, khas buat peminat Siti yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM250 untuk produk SimplySiti sepanjang promosi Super Brand Day berpeluang menerima dua tiket bernilai sehingga RM900.

Lokasi Konsert Mini Siti Nurhaliza

Biarpun begitu, sehingga kini lokasi konsert mini itu masih lagi dirahsiakan sehinggalah diumumkan pada 2 Ogos ini. Dengan kapasiti seramai 2,000 orang peminat kami menjangkakan PWTC, Stadium Malawati atau mungkin Axiata Arena sekali lagi bakal menjadi ‘saksi’ kepada konsert ini.

Shopee Sambut Hari Jadi Ke-10, Party Paling Epik! dengan pelbagai TAWARAN DAHSYAT!

Minum Petang dengan Siti Nurhaliza

Peminat boleh minum petang dengan Siti pada 18 September di Grand Hyatt Kuala Lumpur! Eksklusif untuk pemegang kad CIMB Islamic, seramai 15 pemenang berpeluang untuk menyertai majlis minum petang ini bersama pasangan mereka apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM250 untuk produk SimplySiti sepanjang promosi Super Brand Day.

datuk seri siti nurhalizakonsert mini siti nurhalizashopeesimply siti
https://lomp.at/era2b
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Gambar AI Generated
LifeXplore

[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

by Farah Fatihah
January 31, 2026

Kalau selama ini kita hanya melihat salji di televisyen atau media sosial, kini pengalaman itu boleh dirasai sendiri tanpa perlu...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore