Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Empat dekad dalam industri muzik bukan tempoh yang singkat dan bagi Fauziah Latiff, ia bukan tentang menolak peluang, sebaliknya menunggu saat yang benar-benar dirasakan tepat.

Selepas hampir 40 tahun bergelar anak seni, penyanyi tersohor itu akhirnya bersedia untuk mengadakan konsert solo pertamanya menerusi 4 Decades Fauziah Latiff Live In Concert yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mei depan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

“Saya Tak Pernah Ralat Menunggu Selama Ini”

Pemilik nama Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff mengakui keputusan menerima tawaran konsert solo bukan dibuat secara terburu-buru, malah disertai rasa takut yang sukar digambarkan.

“Sejujurnya, saya tidak pernah berasa ralat menunggu selama 40 tahun untuk akhirnya mengadakan konsert solo.”

“Wallahi, perasaan takut itu memang ada apabila menerima tawaran ini, walaupun saya mengambil masa yang singkat sebelum bersetuju. Ketakutan itu datang kerana saya sedar konsert solo membawa tanggungjawab yang besar” katanya.

Pada sidang media pengumuman konsert tersebut, penyanyi berusia 55 tahun itu turut menitiskan air mata apabila berkongsi perasaannya secara jujur.

“Tiada yang tidak baik, saya menghargainya. Saya takut kerana ini adalah tanggungjawab bukan sahaja kepada audiens malah termasuk pemuzik dan komposer” katanya ketika ditemui pada sidang media pengumuman konsert “4 Decades Fauziah Latiff Live In Concert” yang berlangsung di sebuah hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.

Bukan Pentas Untuk Diri Sendiri, Tapi Untuk Semua

Lebih menyentuh hati, Fauziah menyifatkan konsert ini sebagai penghargaan yang tertangguh buat semua yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan seninya sejak awal.

“Ia adalah penghargaan kepada semua termasuk semua asas seni, penerbitan, orang belakang tabir dan individu yang bertungkus-lumus serta karya.”

Dari album pertama saya tidak berpeluang untuk membuat penghargaan ini, oleh itu 4 Decades Fauziah Latiff Live In Concert buat saya ‘terasa’ untuk menghargai. Ini adalah untuk meraikan mereka” kongsi beliau.

Tambahnya, konsert ini turut membuka ruang untuk semua kembali mengimbau kenangan lama.

“Kita mahu semua enjoy the moment together dan imbas kembali ketika masih muda, lagu-lagu yang pernah didengar dahulu.

“Saya ingin mengembalikan memori itu. Jadi konsert ini adalah untuk meraikan semula momen-momen itu.”

Kesungguhan Team Buat Fauziah Yakin

Fauziah turut berkongsi bahawa persetujuannya bekerjasama dengan Ideatelier hadir selepas melihat kesungguhan pasukan yang diterajui Ezuwan Ismail.

“Prinsip penting saya dalam bekerja ialah etika dan kesungguhan. Apabila melihat betapa bersungguh-sungguh team Ezuwan bekerja, saya sangat kagum dan respect. Keseluruhan pasukan cepat, semuanya sudah standby dan sedia” katanya.

Malam Penuh Memori & Lagu Ikonik

Sebagai figura penting era 1980-an dan 1990-an yang digelar Ratu Lagu Cinta, Fauziah Latiff memiliki deretan karya malar segar seperti Dia, Teratai Layu di Tasik Madu, Setia Ku Korbankan dan Menanti di Ambang Syurga.

Sheila Majid 40 Years in Music: Konsert Paling Mega Ratu Jazz Malaysia

Konsert ini dijangka menjadi satu malam penuh emosi, bukan sekadar persembahan, tetapi perjalanan pulang ke memori yang pernah membesar bersama peminat.

Bagi Murai, kadang-kadang bukan soal lambat atau cepat, tapi soal keberanian dan apabila Fauziah Latiff akhirnya berdiri di pentas solo selepas 4 dekad, ia terasa seperti satu pelukkan buat semua yang pernah hidup bersama lagu-lagunya.

Fauziah Latifkonsert
https://lomp.at/5bwo1
Share7Tweet4SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara