Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Jangan Terlalu Gembira! Ini Kos Tersembunyi Yang Anda Perlu Tanggung Sekiranya Ke Luar Negara

Bmarangkali anda akan berfikir sebanyak dua kali untuk ke destinasi pilihan di luar negara

by Khai Azfar
October 12, 2021
Share on Facebook

Pada Ahad baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan khabar gembira apabila semua rakyat Malaysia yang telah lengkap vaksin dibenarkan untuk merentas negeri. Bukan itu sahaja, kerajaan turut membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara, termasuk untuk melancong tanpa melalui MyTravelPass Jabatan Imigresen.

Bagaimanapun, individu berkenaan harus lengkap dua dos vaksin COVID-19 dan perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari sebaik pulang ke tanah air. Bercakap mengenai perihal tersebut,seorang pengguna laman Twitter yang dikenali sebagai @AfiqMahadhir berkongsi kos tersembunyi buat mereka yang merancang ingin ke luar negara.

Kos Tersembunyi Yang Anda Perlu Tanggung Sekiranya Ke Luar Negara

Dengan perkongsian yang dibuat, barangkali anda akan berfikir sebanyak dua kali untuk ke destinasi pilihan di luar negara melainkan sekiranya anda benar-benda bajet yang mencukup dan peruntukan cuti yang masih banyak!

1. Kos Ujian Swab COVID-19

Hampir semua negara meletakkan syarat kemasukan pelancong luar perlu negatif hasil ujian PCR. Dengan rata-rata kos bermula RM150-RM400 mengikut negara.Difahamkan, ada negara yang mewajibkan 2 kali swab test iaitu sebelum tiba dan sebaik tiba di sana.

2. Kos Kuarantin Perlu Ditanggung Sendiri

Benar! Terdapat beberapa negara yang meletakkan syarat wajib untuk dikuarantin terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan mereka termasuk Malaysia. Jika di Malaysia, kerajaan menetapkan 14 hari untuk kuarantin dengan kos tanggungan sendiri. Jika dikira, kos keseluruhan RM2,100 (RM150/hari) dan kos di negara lain juga adalah berbeza.

3. Cuti ‘Burn’

Sekiranya anda pulang ke tanah air kelak, perlu diingatkan anda perlu mengambil cuti tambahan bagi menjalani kuarantin sebanyak 14 hari. Jika ditolak cuti pada hari minggu, anda perlu peruntukkan cuti sebanyak 10 hari lagi tanpa dicampur dengan cuti yang anda telah ambil untuk bercuti sebelum ini. Sekiranya anda masih dalam mood ‘Work From Home’ barangkali ini bukanlah satu masalah.

4. Risiko Jangkitan COVID-19

Mungkin ada yang terlepas pandang mengenai hal ini . Namun, sekiranya anda disahkan positif di negara yang anda lawati dan tanpa persediaan mengambil insurans, sudah pasti kos rawatan di sana menelan belanja yang tinggi. Nasihat kami, pastikan anda membuat persediaan dari segi insurans kerana wabak seperti ini pada bila-bila masa sahaja boleh dijangkiti meskipun diri kita sudah divaksin.

2. Kuarantin Dengan Tanggungan Sendiri

Syarat yang ditetapkan beberapa negara untuk tidak mengenakan kuarantin mungkin melegakan kita. Tetapi, Malaysia masih mewajibkan kuarantin 14 hari dengan tanggungan sendiri. Kos keseluruhan RM2,100 (RM150/hari). Belum kira Negara lain? pic.twitter.com/I16zhnvS5w

— محمد أميرول أفيق (@AfiqMahadhir) October 10, 2021

covid-19sop rentas negeri
https://lomp.at/agg1h
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Tiket Flight 100% Diskaun? Vietjet Buat Ramai Rakyat Malaysia Tak Senang Duduk!

by Phic ARMAN
April 2, 2026

Kalau MURAI cakap, ini memang timing paling “cun” untuk plan getaway, siapa tengah pasang angan-angan nak ke Vietnam tu, memang...

Read moreDetails
Budaya

Peminat BTS Malaysia Kecewa Sikap Orang Korea Tak ‘Tourist Friendly’, Netizen Bidas

by Phic ARMAN
April 14, 2026

Baru-baru ini, tular di Threads apabila seorang peminat kumpulan K-pop terkenal BTS dari Malaysia berkongsi pengalaman pertamanya melancong ke Korea...

Read moreDetails
Foto - redBus
Destinasi

Hari Wanita Antarabangsa: 5 Idea Percutian Solo Untuk Kamu Yang Sukakan ‘Adventure’!

by Nurul A.
March 7, 2026

Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Tony Fernandes Tetap Optimis, Sahkan AirAsia X Terbang Ke Bahrain Jun Ini

by Phic ARMAN
April 6, 2026

Kalau anda terfikir bila AirAsia X akan mula terbang ke Bahrain, jawapannya masih sama, 26 Jun 2026. Itu pengesahan daripada...

Read moreDetails
Foto - TRX
Jalan-Jalan

Rai Tradisi & Kebersamaan Dengan The Exchange TRX Menerusi ‘Rimbun Raya’

by Nurul A.
March 21, 2026

Sempena Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, The Exchange TRX membawakan Rimbun Raya, sebuah kempen perayaan yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  4. 4

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

  5. 5

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara