Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Kota Suci Makkah Dibuka Semula Bermula 31 Mei 2020

by Khai Azfar
May 29, 2020
Share on Facebook

Berita baik! Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan bahawa kota suci Makkah akan dibuka semula bermula 31 Mei ini.

Dibuka Secara Berperingkat 

Menerusi laporan AlJazeera, sekatan yang dilaksanakan sebelum ini akan berakhir dan masyarakat di Arab Saudi khususnya boleh menjalani kehidupan seperti biasa termasuk mendirikan solat disana bermula hari Ahad ini.

Bagaimanapun pelaksanaan tersebut akan dibuat secara 3 fasa. Bermula dengan fasa pertama, perintah berkurung 24 jam akan dikurangkan menjadi 15 jam iaitu dari 3 petang hingga 6 pagi bermula semalam. Manakala, pergerakan bebas antara wilayah dan beberapa aktiviti runcit dan borong, termasuk pusat membeli-belah akan dibenarkan beroperasi semula.

Penerbangan Antarabangsa Tidak Dibenarkan 

Melalui fasa kedua pula, pergerakan bebas akan dibenarkan antara pukul 6 pagi hingga 8 malam. Penerbangan domestik pula akan dibenarkan untuk beroperasi semula,namun larangan penerbangan antarabangsa masih dikekalkan.

Bagi kakitangan sektor awam dan swasta pula, mereka akan dibenarkan kembali bekerja di pejabat mereka. Beberapa larangan masih diteruskan seperti perhimpunan sosial tidak melebihi daripada 50 orang,majlis perkahwinan dan juga pengebumian.

Bagi Solat Jumaat dan solat berjemaah di Masjidil Haram pula akan diteruskan dengan mengikut langkah keselamatan sedia ada. Setiap masjid akan dibuka 20 minit awal buat para jemaah dan akan ditutup semula selepas 20 minit kesemua jemaah selesai melakukan ibadat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
covid-19makkah
Share4Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Le Méridien Putrajaya
Hotel

Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

by Nurul A.
August 20, 2026

Le Méridien Putrajaya menandakan ulang tahun ke-10nya dengan koleksi tawaran penginapan dan santapan terhad dari Ogos hingga September ini. Diinspirasikan...

Read moreDetails
Foto - Star Voyager
Destinasi

StarCruises Kembali ke Hong Kong bersama Star Voyager untuk Percutian Pelayaran Musim Luruh

by Nurul A.
July 19, 2026

StarCruises bawa kembali musim percutian pelayaran ke Hong Kong apabila Star Voyager kembali dari 30 September hingga 13 November 2026....

Read moreDetails
Bintan
Destinasi

Satu Pulau, Dua Resort Marriott- Ini Cara Terbaik Untuk Teroka Pulau Bintan

by Nurul A.
July 31, 2026

Bintan telah lama diiktiraf sebagai salah satu destinasi pulau yang paling mudah diakses di Asia Tenggara, semuanya hanya dengan menaiki...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara