• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Bukan Pertama Kami Saman Manyaman”- Jom Lihat Kronologi Kes Che Ta Dan Azwan Ali

by Soph Azz
August 18, 2021
Share on Facebook

Konflik di antara pengacara, Azwan Ali dan pelakon, Rozita Che Wan semakin hangat diperkatakan. Semalam, Rozita atau mesra dipanggil Che Ta ditemani oleh suaminya, Zain Saidin untuk memberi keterangan pada pihak polis.

Bagi kamu yang kurang tahu apakah punca sebenar konflik selebriti ini, jom baca kronologi di bawah.

Azwan Lemparkan Kata-Kata Kesat Pada Che Ta 

Pada 6 Ogos yang lalu, Azwan Ali atau dikenali sebagai Diva AA telah memuat naik gambar Che Ta di Twitter. Menerusi ciapannya, dia mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penampilan Che Ta semasa menerima vaksin.

“Hang buang tebiat ka? Awat na? Ni pesan nak berjub*q bukan pi cucoq! B*rit mak hang la”, ciap Diva AA.

Foto – Twitter / @rozitachewan1 (Instagram)

Che Ta Dakwa Azwan Guna Duit Rakyat

Tak tahan dengan kata-kata kesat itu, Che Ta akui dia beremosi sehingga membuat hantaran di IG Story mendakwa pengacara itu menggunakan duit rakyat.

Foto – Twitter

 Che Ta Dedah Mereka Baik Sebelum Ini 

Menerusi hantaran di Instagram, Che Ta mendedahkan pada sebelum ini mereka berkawan baik sehinggakan berjumpa dan sering menelefon untuk bertanya khabar. Pada masa yang sama, dia akui tidak menyangka pengacara itu sanggup berkata sedemikian terhadapnya.

“Betul la kata orang. Kalau di depan mulutnya manis. Balik belakang lain bicara!” luah Che Ta.

View this post on Instagram

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Azwan Buat Laporan Polis, Dakwa Che Ta Fitnah 

Dituduh menggunakan duit rakyat, Diva AA telah membuat laporan polis terhadap Che Ta pada 16 Ogos 2021. Dipetik daripada Kosmo, Diva AA mendedahkan kenyataan Che Ta terhadapnya adalah berunsurkan fitnah sehingga menjejaskan reputasinya sebagai seorang penggiat seni. Pada masa yang sama, Diva AA memfailkan saman fitnah terhadap pelakon itu sebanyak RM5 juta.

Foto – New Straits Times / Gempak

Che Ta Beri Keterangan Pada Polis 

Semalam (17/8/2021), Che Ta yang ditemani oleh suami dan pengurusnya dilihat di Balai Polis Travers, Brickfields untuk memberi keterangan. Setelah 4 jam memberi keterangan, Che Ta mendedahkan dia tidak boleh berkongsi tentang keterangannya dan menyerahkan pada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Foto – Utusan

Apa-apa pun, Murai MY doakan agar konflik di antara Azwan Ali dan Che Ta dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

Che Ta Anggap Budak Sekolah "Macam Monyet Dan Beruk", Mahu Aaisyah Belajar Di Rumah Sahaja
azwan aliche taDiva AArozita che wan
https://lomp.at/81tx6
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

6 Kontroversi Selebriti Malaysia Yang Membabitkan RUMAH SYAITAN !

by Ayden Mikhael
April 22, 2018

Boleh dikatakan setiap tahun pasti akan timbul kisah selebriti Malaysia dan kelab malam (clubbing) atau lebih dikenali dengan rumah syaitan....

Read moreDetails
via Instagram Puteri Balqis Azizi
Gossip

15 Tahun Menderita, Ibu Puteri Balqis Bongkar ‘Belang’ Sebenar Bekas Suami

by Puteri Alia
September 5, 2022

Kisah gelap yang dilalui pelakon berbakat, Puteri Balqis bersama ibunya Norashikin Mohd Aziz yang diceritakan menerusi podcast bersama Bros Gang...

Read moreDetails
Gossip

Pereka Fesyen Singapura Dakwa Fazura Tiru Idea Orang?

by Khai Azfar
August 15, 2018

Isu berkaitan Fazura dan KLFW 2018 nampaknya masih lagi hangat dibicarakan. Jika sebelum ini terdapat dakwaan daripada netizen dimana pelakon...

Read moreDetails
Gossip

Iqbal Zulkefli Dedah Pembantu Rumah Amal Perbuatan Syirik, Netizen Luah Rasa Bimbang!-“Dia Tengok Kau…”

by Naddy Joe
April 14, 2023

Penyanyi, pelakon, dan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli baru-baru ini berkongsi sikap pelik pembantu rumahnya sehingga terpaksa ditamatkan kontrak pada Oktober...

Read moreDetails
Gossip

“Berhenti Burukkan Mummy”- Zaki Yamani Bidas Dakwaan Jamal Abdillah Isu Dihalang Untuk Bertemu

by Naddy Joe
April 12, 2022

Anak lelaki penyanyi tersohor negara, Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani tampil membidas dakwaan bapanya yang mendakwa telah dihalang oleh bekas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore