Monday, August 4, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Dunia

Kubur Orang Yahudi Di Penang Malaysia Yang Ramai Tidak Tahu!

by Jash Lee
November 17, 2023
118
KONGSIAN
Share on Facebook

Pernahkah anda terfikir bahawa orang yahudi mempunyai kubur di Malaysia ini? ya ada!

Terletak di Georgetown, penang, kubur yahudi merupakan kubur orang yahudi terbesar di Asia Tenggara yang dibuka pada tahun 1805 yang terletak di Jalan Zainal Abidin (Dahulunya nama jalan tersebut ialah jalan yahudi).

Sejarah yahudi yang lari dari Parsi ke India menuju Singapura dan kemudiannya ke Penang. Mereka lari dari satu tempat ke tempat yang lain disebabkan mereka khuatir dibunuh dengan pemerintah Parsi pada 1830an.

Di Eropah, orang yahudi dihalau sekitar abad ke-10 hingga abad ke-16, manakala di Sepanyol dan Portugal pula, mereka dihalau kerana orang yahudi mampu menyebabkan bahaya agama Katolik serta mampu monopoli ekonomi secara keseluruhan (Alhambra Decree, 1492).

Mengapa Orang Yahudi Menetap Di Penang?

Mengikut dari pedagangan British pada abad ke-19 sekitar tahun 1830, mereka membentuk komuniti pembuat jam dan merupakan ahli perniagaan kecil yang berkembang maju. Mereka pergi meninggalkan Malaysia selepas tanah melayu diisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1957.

Populasi yahudi di Penang kemuncak pada 1899, dengan itu mereka mempunyai permintaan untuk mempunyai kubur khas orang yahudi untuk menempatkan kaum mereka yang telah meninggal dunia. Manakala rumah ibadat yahudi iaitu Synagogue mula dibuka pada tahun 1929.

VIA GOOGLE

Kubur itu ditubuhkan oleh Gabenor British Penang pada 1805, iaitu Philip Dundas. Beliau juga merupakan seorang pegawai tentera laut Syarikat Hindia Timur Scotland, Presiden Lembaga Marin dan Penguasa Bombay.

Orang yahudi di Malaysia yang terakhir meninggal dunia pada tahun 2011 iaitu Mordecai David Mordecai atau lebih dikenali sebagai pakcik Mordy yang ditanam bersamping ibu bapanya di kubur yahudi Penang.

Disebabkan populasi yahudi menurun dengan drastik selepas Perang Dunia ke-2 dan ada yang berpindah ke Singapura dan luar negara, komuniti yahudi kekurangan jemaah untuk melengkapkan ritual keagamaan di Synagogue.

VIA GOOGLE

Oleh itu, rumah ibadat yahudi yang terakhir terletak di 28 Jalan Nagor ditutup selamanya pada tahun 1976 kerana kekurangan ahli ibadat iaitu kurang dari 10 orang.

“Menulis Buku Mengenai Orang Yahudi Terakhir Di Penang”

Zayn Gregory merupakan seorang penulis buku berkelahiran dari Michigan di Amerika. Beliau merupakan berketurunan yahudi dan telah memeluk agama islam pada usia 17 tahun serta beliau juga individu yang menulis buku mengenai orang yahudi yang terakhir yang menetap di Penang, Malaysia.

Zayn yang lahir di Amerika Syarikat dari ibunya berketurunan Yahudi dari Russia dan ayahnya dari Polish. Zayn kini telah berkahwin dan menentap di Kuching, Malaysia.

VIA GOOGLE

Beliau juga merupakan seorang pensyarah senior Alam Bina di UNIMAS dari tahun 2016 sehinggalah tahun 2023. Zayn telah menulis sebanyak 40 muka surat yang menceritakan sejarah awal Malaysia dimana orang yahudi dari Arab, Eropah dan India bermigrasi ke Tanah Melayu di dalam bentuk format visual yang menarik.

VIA GOOGLE

Apa-apa pun, tidak salah untuk kita belajar menambah ilmu mengenai sejarah-sejarah yang terdahulu yang melibatkan negara kita ini. Semoga negara kita dilindungi dari dijajah oleh individu yang tidak berperikemanusiaan.

Apa kata anda?

Kubur Yahudi Di Penang MalaysiaZayn Gregory
Share47Tweet30SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem