Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Kudsia Kahar Dedah Terdapat Pengarah Syarikat Media Ingin Jual Posisi Carta Lagu Pada Artis Tempatan

Kudsia turut menitipkan pesanan buat pihak terlibat untuk membantu artis kembali bangkit

by Naddy Joe
February 24, 2022
Share on Facebook

Personaliti radio terkenal, Kudsia Kahar mendedahkan terdapat pengarah syarikat media yang ingin menjual posisi carta lagu sebuah stesen radio kepada artis tempatan. Difahamkan,  artis yang membeli banyak iklan boleh berada di kedudukan carta muzik yang teratas.

Industri Muzik Bakal ‘Lingkup’ 

Menerusi bebenang ciapan di laman Twitter miliknya, Kudsia yang juga bekas Presiden Radio Komersial Malaysia (CRM) menyifatkan industri muzik bakal lingkup sekiranya isu tersebut masih berlaku.

“Pernah diberitahu ada yang tamak tu selamba je mintak phone, tablet or new kicks etc sebelum lagu baru boleh disiarkan. Kalau masih berlaku, lingkuplah industri muzik kita.

This is now a 40-year problem. Tidak seteruk dulu, tapi masih ada insan korup macam ni.”-Dedah Kudsia

Artis Dapat Bayaran ‘Ciput’ Kerana Kos Pemasaran Tinggi

Tambah Kudsia, isu itu mula didedahkan pada awal tahun 90-an kerana syarikat label tidak mampu untuk pay-for play (PAYOLA). Dikhabarkan atis turut mendapat bayaran yang sedikit disebabkan kos pemasaran yang tinggi.

“Apabila ia didedahkan pada awal tahun 90-an, ia adalah kerana label di sini tidak mampu untuk pay-for-play (PAYOLA) LAGI. Kos pemasaran yang melambung naik, artis dapat ceciput je. Saya pernah diberitahu oleh wakil label , anak pengurus nak kahwin pun depa kena bagi set sofa”-  katanya

Titip Pesanan Pihak Terlibat Bantu Artis Kembali Bangkit

Dalam pada itu, Kudsia turut menitipkan pesanan buat pihak terlibat untuk membantu artis kembali aktif dan meminta orang ramai untuk tidak memuatnaik muzik artis secara tidak sah.

“One last tweet to this thread-jumlah yang bermoral, beretika tu, lagi banyak daripada yang nak sogokan. Jangan anggap semua korup. Tapi akibat nila setitik.

Anyway, bantu artis kita bangkit kembali. Beli, Jangan muatnaik secara tidak sah muzik mereka.”-pesannya

Kudsia Kahar
https://lomp.at/qq72q
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara