• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Kutuk Drama Korea, Netizen Beri 1001 Sebab Kenapa Kdrama Lagi Bagus Dari Cerita Melayu

by Puteri Alia
October 1, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Tular di media sosial pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin, yang memuatnaik tangkap layar tweet popular di Instagramnya mendapat perhatian warganet terutama peminat setia kdrama!

Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Sic ini bersuara mengenai segelintir masyarakat yang sering mengutuk drama Melayu, sedangkan ada juga drama Korea yang tidak menarik dengan jalan cerita yang sama seperti drama Melayu.

Foto – Instagram @budakijat/Marie Claire/Jazmine Media

Netizen Beri 1001 Sebab Kenapa Kdrama Lagi Menarik

Melihat posting di Instagram dan pandangan pengarah terkenal ini, ramai warganet berkongsi pandangan mereka mengenai mengapa ramai yang lebih suka menonton drama Korea berbanding drama Melayu.

Drama korea Lebih Kepelbagaian

Menurut warganet drama Korea miliki jalan cerita yang baik, lebih kepelbagaian, dan tidak fokus pada satu aspek semata-mata dalam setiap episod yang ditayangkan.

“Realitinya… Drama Korea lagi best.. Maaf”

“Dia macam mana eh. Memang plot sama tapi cara penceritaan dia tu beza. Macam ‘The Heirs’, olit macam drama Melayu je tapi kenapa dia orang punya meletup-letup? Sebab dia orang fokus pada perincian kecil.

Ada lagi isu-isu lain, masalah yang berputar dalam cerita tu. Tak ada lah bercinta semata-mata, ulang-ulang 20 episod. Apa pun drama abam semua best, saya suka”

Foto – Instagram @budakijat

“Maaf Kdrama lagi best. Saya dah layan lebih 50 Kdrama yang lagi baik dari drama-drama Melayu. Memang ada je yang macam drama-drama Melayu Megah Holding, tapi plot cerita logik dan boleh diterima akal.

Drama Melayu pun ada yang ok, tapi masih tak dapat tandingi Kdrama. Mungkin sebab bajet drama Korea lebih besar sebagainya. Sebab tu kualiti drama dia orang setanding filem.”

“Drama Melayu secara asasnya semua  konsep macam tu. Drama Korea banyak kepelbagaian”

Angle Kamera Dan Susunan Plot Perlu Padu

Bukan itu saja ada juga berpendapat jika ingin drama Melayu dapat sambutan, pengarah harus bijak bermain dengan sudut dalam kamera dan susunan plot juga perlu diperhalusi agar tidak berterabur dan membuatkan penonton keliru atau bosan.

Foto – Instagram @budakijat

“Walaupun cerita pasal orang kaya, Kdrama pun ada drama bajet murah tapi saya rasa Kdrama dari watak pembantu, pak pacak semua dalam karakter. Pak pacak pun reti berlakon.

Maaf cakap, drama Melayu pelakon pembantu kadang-kadang lakonan tak menyakin untuk memeriahkan lagi jalan cerita. Tapi drama melayu sekarang pun ada yang bagus. Perlahan-lahan jadi lebih baik.

Cuma drama Melayu ni kena lah pandai-pandai main angle kamera dan susunan plot tidak berterabur. Semoga drama kita semakin maju”

Senario Tatarias Dan Mekap Kena Ubah

Selain itu, ada juga yang memberi pandangan dari sudut tatarias dan mekap dalam drama Melayu kadang-kala terlalu tebal, manakala dalam drama Korea pula, mekap pada babak yang perlu dan minimalis.

“Drama Melayu… Nak tidur pun pakai mekap. Mekap punya tebal nampak crack, lipstick pun tak kena. Bang tv sekarang HD belaka. Ketara nampak details. Sakit mata tengok. Drama Korea, mekap pada scene yang perlu, tak berat. Mohon ubah senario bang”

Kdrama Lebih Banyak Pengajaran Dalam Kehidupan

Ada juga warganet berpendapat drama Korea lebih banyak beri maklumat yang boleh dipraktikkan dalam hidup berbanding drama Melayu.

“Sama tapi tak serupa. Kdrama banyak kasi info atau maklumat atau pengajaran yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian kita. Contoh. Cerita pasal lelaki ni dia buat kerja pembersihan, dalam masa sama, dia selit bahan apa yang perlu untuk cuci.

Contoh, soda bikarbonat dan cuka untuk cooker hood ke, atau apa-apa je lah. itu baru satu, contohnya. Cerita Melayu banyak bagi pengajaran apa? Kalau ada pun, ingat masa tu je lepas tu zzzz”

Banyak juga pandangan menarik yang dikongsikan warganet ni, boleh jadikan panduan berguna buat pengarah dan krew-krew produksi untuk hasilkan drama yang baik dan bermutu.

drama melayukdrama
https://lomp.at/d8o0p
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  3. 3

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  4. 4

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore