Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan Destinasi

Macam Dalam “Fairy Tale”, Siapa Sangka Ada Glamping & Chalet Kayu Tengah Hutan Jeli, Kelantan

by Farah Fatihah
December 21, 2025
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sangka Kelantan menyimpan sebuah syurga tersembunyi yang penuh kehijauan, glamping mewah, chalet kayu tradisional dan restoran romantik di tepi sungai?

Lalang’s Resort & Spa di Ayer Lanas, Jeli membuktikan bahawa tidak perlu jauh ke luar negara untuk merasai pengalaman bercuti ala resort “aesthetic” dalam suasana hutan sebenar.

Dibuka pada 18 April 2019 oleh Kamaruddin Bin Awang, resort ini menggabungkan keindahan alam semula jadi dengan kemudahan moden, sesuai untuk pasangan, keluarga, pencinta alam dan penggemar glamping.

Suasana hijau yang tenang, udara segar dan bunyi aliran sungai membuatkan pengalaman bercuti di sini lebih santai dan menyegarkan.

“Kami mahu tetamu rasa seperti masuk ke dunia lain, jauh dari kesibukan bandar, hanya hijau, tenang, dan alam semula jadi yang memulihkan jiwa.” Kata pemilik resort itu.

View this post on Instagram

Lalang’s Resort & Spa menawarkan penginapan yang pelbagai, dari chalet kayu VIP dan VVIP, Arabian Tent glamping berhawa dingin, hinggalah tapak perkhemahan dan chalet kayu tradisional. Setiap penginapan direka menggunakan bahan semula jadi seperti kayu komposit dan daun nipah, memberi rasa nyaman, natural dan tradisional.

Harga penginapan juga mampu milik, bermula dari RM139 semasa promosi musim tengkujuh.

Restoran Laila Majnu Menjadi Pilihan Ramai

View this post on Instagram

Tidak lengkap pengalaman bercuti tanpa menikmati hidangan di tengah hutan. Restoran Laila Majnu menyajikan pelbagai menu Thai dan Chinese dengan suasana romantik di tepi sungai, lengkap dengan pencahayaan lampu yang memukau.

Antara menu signature termasuk ikan siakap stim limau, sotong telur masin, udang butter kering, tomyam campur dan ayam mangga. Pengunjung yang tidak menginap juga boleh walk-in terus ke restoran ini.

View this post on Instagram

Aktiviti Menarik Di Lalang’s Resort & Spa

Selain itu, resort ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti ATV on/off road, memanah, jungle trekking, fish feeding, berkelah, berkhemah dan trip santai ke kawasan sekitar Jeli dan Dabong. Fasiliti lengkap seperti kolam mandi, pondok, gazebo, port OOTD, surau, tandas awam, parking percuma dan keselamatan 24 jam menjadikan pengalaman bercuti lebih selesa dan seronok.

“Memang best, pertama kali berada di sini memang tenang. Kalau nak healing, datang sini memang puas hati sebab tiada pencemaran bunyi.” kata Afieq Shazwan, penyanyi terkenal, sambil berkongsi pengalamannya di resort tersebut.

Lalang’s Resort & Spa memang pilihan tepat bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan bandar dan menikmati ketenangan di tengah alam semula jadi. Dari glamping mewah, chalet kayu tradisional hingga restoran romantik tepi sungai, semua pengalaman di sini membuatkan tetamu rasa dekat dengan alam tetapi tetap selesa dan lengkap.

Lepas Tarawih Terus Moreh? Ini 5 Port Popular Di Kelantan Waktu Ramadan
jelikelantanlalang's resort & sparesort
https://lomp.at/ohsf0
Share8Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Gambar: AI Generated
LifeXplore

Tak Sampai RM60 Seorang, Glamping @ Wetland Putrajaya Tarik Perhatian Pengunjung

by Farah Fatihah
February 15, 2026

Kebiasaannya, pengalaman glamping sering dikaitkan dengan harga penginapan melebihi RM100 seorang. Namun, Glamping @ Wetland Putrajaya (GL@W) tampil berbeza apabila...

Read moreDetails
Gambar: Image Fx
LifeXplore

Wow, Tak Perlu Ke Luar Negara! Rasa Salji Betul Di SnowWorld Genting Highlands

by Farah Fatihah
March 20, 2026

SnowWorld sebelum ini sudah lama dikenali sebagai antara tarikan popular di Genting Highlands, khususnya bagi keluarga yang bercuti bersama anak-anak....

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Peluang Emas Naik Disney Cruise Bersama Shah Rukh Khan

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda peminat Disney, ini berita panas dari laut! Disney Cruise Line baru saja umumkan satu pengalaman baharu yang super...

Read moreDetails
LifeXplore

AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

by Phic ARMAN
March 10, 2026

Kalau dengar berita laluan baharu penerbangan, mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa laluan itu dipilih? Apa yang menarik sangat sampai syarikat...

Read moreDetails
LifeXplore

Iftar Atas Air: Rasai Pengalaman Berbuka Puasa Unik Dalam Crystal Dome, Tasik Titiwangsa!

by Farah Fatihah
February 18, 2026

Menjelang waktu berbuka, suasana di sekitar Tasik Titiwangsa biasanya terasa lebih tenang dan tidak terlalu sibuk. Pemandangan tasik yang terbuka,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara