• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Langgar PKPB, Aiman Tino & Bapa Dikompaun RM1000

by Khai Azfar
May 27, 2020
Share on Facebook

Penyanyi Aiman Tino,22 dan bapanya Yusri Ishak,51 telah dikenakan kompaun setelah didakwa melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBP) pada petang Selasa.

Kompaun RM1000

Menerusi laporan Berita Harian, Aiman atau nama sebenarnya Muhammad Aiman Yusri dan bapanya ketika itu berada di kolam ikan di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu bagi menyertai aktiviti memancing. Namun, siapa sangka ianya berakhir dengan isu tersebut yang mana mereka dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 dan perlu dijelaskan sebelum 8 Jun ini.

Polis Enggan Terima Penjelasan

View this post on Instagram

A post shared by Aiman TiNo (@official_aimantino)

Biarpun begitu, pelantun Permata Cinta ini mendakwa mereka terperangkap ketika polis melakukan serbuan di kawasan itu.Mendedahkan cerita sebenar di sebalik kompaun tersebut, Aiman berkata ketiak serbuan dibuat ramai pengunjung termasuk mereka berteduh di dalam sebuah sebuah bangsal akibat hujan lebat. Malah mereka juga mematuhi SOP yang ditetapkan seperti mengamalkan penjarakkan sosial satu meter, memakai topeng dan mendapatkan nombor giliran untuk masuk memancing.

“Saya tergamam dan hairan mengapa polis menyaman saya dan ayah bersama pengunjung yang lain. Kami masuk ke kawasan kolam itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan pemilik kolam.

“Ketika serbuan polis petang lewat petang semalam, hujan lebat. Ramai pengunjung berteduh dalam sebuah bangsal dan ketika itu melebihi 20 orang.

“Polis enggan menerima penjelasan kami dan terus mengeluarkan kompaun kepada pengunjung, ” ujarnya seperti dilaporkan Berita Harian.

Difahamkan, seramai 59 pemancing dikenakan kompaun masing-masing RM1,000 kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), petang semalam.

aiman tinoPKPB
https://lomp.at/7170l
Share5Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

6 Kontroversi Selebriti Malaysia Yang Membabitkan RUMAH SYAITAN !

by Ayden Mikhael
April 22, 2018

Boleh dikatakan setiap tahun pasti akan timbul kisah selebriti Malaysia dan kelab malam (clubbing) atau lebih dikenali dengan rumah syaitan....

Read moreDetails
via Instagram Puteri Balqis Azizi
Gossip

15 Tahun Menderita, Ibu Puteri Balqis Bongkar ‘Belang’ Sebenar Bekas Suami

by Puteri Alia
September 5, 2022

Kisah gelap yang dilalui pelakon berbakat, Puteri Balqis bersama ibunya Norashikin Mohd Aziz yang diceritakan menerusi podcast bersama Bros Gang...

Read moreDetails
Gossip

Pereka Fesyen Singapura Dakwa Fazura Tiru Idea Orang?

by Khai Azfar
August 15, 2018

Isu berkaitan Fazura dan KLFW 2018 nampaknya masih lagi hangat dibicarakan. Jika sebelum ini terdapat dakwaan daripada netizen dimana pelakon...

Read moreDetails
Berita

Rita Rudaini Dedah Kisah Lama Bekas Isteri Safee Sali, Fitria Elfina?-“Balasan Allah Itu Pasti…”

by Naddy Joe
March 27, 2024

Umum mengetahui, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali bersama isterinya Fitria Elfina Maharip telah sah bercerai talak dua di...

Read moreDetails
Gossip

Iqbal Zulkefli Dedah Pembantu Rumah Amal Perbuatan Syirik, Netizen Luah Rasa Bimbang!-“Dia Tengok Kau…”

by Naddy Joe
April 14, 2023

Penyanyi, pelakon, dan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli baru-baru ini berkongsi sikap pelik pembantu rumahnya sehingga terpaksa ditamatkan kontrak pada Oktober...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore