• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Lari Tajuk Pun Lawak”- Netizen Terhibur Lihat Gelagat Kak Lina ‘Kenenkan’ Ayahnya Dengan Ibu Nabil

by Rory Kim
October 17, 2022
Share on Facebook

Pelakon wanita Elly Mazlein ataulebih dikenali sebagai Lina Pompom merupakan pengacara tetap untuk rancangan Gegar Vaganza Musim 9. Ibu kepada duaorang anak ini digandingkan bersama Nabil Ahmad yang merupakan pelawak dan penyampai radio Era.

Gelagat mereka ketika mengacara GV musim 9 semalam, telah menghiburkan para penonton dan juga penyokong di Gegar vaganza. Apa yang lebih menghiburkan ketika mereka cuba untuk kenen-kenenkan ibu dan ayah mereka.

“Abah Kepom Pun Ayah tunggal”

VIA Youtube Tok Tik

Menerusi video tiktok milik @harrizaishiteru, Elly mengatakan ketika Nabil membicarakan soal ibu tunggal, dia juga memberitahu ayahnya juga berstatus ayah tunggal. Sempat dia bergurau untuk kenen-kenenkan ibu bapa mereka dan mereka boleh menjadi adik beradik.

bila Haji Nabil cakap pasal ibu tunggal, abah kepom pun ayah tunggal. Jadi kita boleh kenen-kenenkan. Boleh jadi adik beradik.- kata Elly kepada Nabil

Namun, Nabil tidak bersetuju dengan cadangan yang diberikan. Katanya, walaupun mereka hanya jumpa seminggu sekali, itu sudah cukup memeningkannya dengan perangai Elly inikan pula nak jadi adik beradik.

seminggu sekali jumpa pun dah pening macam ni. nak kita jadi adik beradik. Tak boleh, tak boleh. Nanti jadi masalah faraid- jawab Nabil

“Lari Tajuk Pun Tetap Lawak”

Menjengah ke ruangan komen tiktok, ramai netizen yang terhibur dengan gelagat mereka. Ada juga yang mengatakan bahawa gandingan mereka berdua sebagai pengacara sangat serasi.

VIA Tiktok harrizaishiteru

Memang best 2 orang ni kelakar je,paling best time ada lagu ada lagi, yang nak tersingkir pun tak sedih jadi kelakar pula. Bagus kak lina ni bagi semangat kat peserta

Nabil dan lina pompom ni memang serasi, suka tengok diorang jadi pengacara

Bagus dorang ni pengacara sama-sama ..Tak kering gusi tengok- tulis netizen

Murai My tertarik dengan satu komen yang mana mengatakan walaupun mereka membincangkan topik yang tiada kaitan dengan Gegar Vaganza, tetapi masih lagi lawak dan mengiburkan para penonton. Tulisnya:

lari tajuk pun tetap lawak.

VIA Tiktok harrizaishiteru

Sekadar info, setelah 5 tahun menyendiri, Elly telah bertemu dengan pilihan hatinya, Mohamad Azlan Che Nuh, seorang pendidik mengajar subjek Geografi dan juga 10 tahun lebih muda daripada Elly. Pada 18 Januari 2020, mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dan kini dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Sara Sefhia dan Haider Mateen.

[VIDEO] Nabil Ahmad Menyakat Anak Perempuan Ramli MS Raih Perhatian Ramai

https://www.tiktok.com/@harrizaishiteru/video/7155113737316207899?is_from_webapp=v1&item_id=7155113737316207899&web_id=7141218559950800385

Elly Mazleinnabil ahmad
https://lomp.at/79jdi
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
VIA X @PerlisPermai
LifeXplore

Masuk RM2 Jer! View Bukit Chabang Mari, Perlis Dah Macam Switzerland,

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Bukit Chabang Mari merupakan salah satu tarikan pelancongan yang semakin mendapat perhatian di Perlis, terutamanya bagi mereka yang sukakan suasana...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  2. 2

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  3. 3

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

  4. 4

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  5. 5

    Masuk RM2 Jer! View Bukit Chabang Mari, Perlis Dah Macam Switzerland,

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore