Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Latar Belakang Barisan Pelakon Utama Dalam Drama ‘Ayahanda’

by Jash Lee
August 21, 2021
27
KONGSIAN
Share on Facebook

Ayahanda adalah satu tajuk drama bersiri 13 episod yang diarahkan oleh Dato’ Ahmad Tamimi Siregar. Drama ini diadaptasi daripada novel berdasarkan kisah benar.  Drama ini juga menampilkan ramai barisan pelakon yang hebat seperti Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Noorkhiriah dan ramai lagi. Menerima sambutan yang begitu menggalakkan, mendapat banyak pujian dan meraih lebih 4 juta tontonan dengan respon yang luar biasa daripada penonton.

Jadi, kami ingin berkongsi dengan pembaca siapakah pelakon-pelakon utama dalam drama ini. Mesti ramai yang ingin tahu bukan? Jom kita tengok!

1. Jalil Hamid (Haji Abdullah)

via Ig

Jalil Hamid atau nama sebenarnya Abdul Jalil Bin Abdul Hamid merupakan seorang pelakon dan penyanyi sejak tahun 1990 lagi. Jalil Hamid antara pelakon yang pernah memenangi Anugerah Pelakon Terbaik di Anugerah Skrin pada tahun 1995 dan 2006, juga sebagai Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin pada tahun 2016. Dia yang mendirikan rumah tangga dengan Hayati Sariat pada 7 Disember 1984 dan mereka dikurniakan 6 orang anak. Jalil Hamid yang berasal dari Masai, Johor Bahru ini dilahirkan 25 April 1957 dan kini usianya 64 tahun.  Jalil Hamid membawakan watak sebagai Haji Abdullah iaitu Tok Imam dan ayah kepada 4 orang anak dalam drama ‘Ayahanda‘.

2. Fauziah Ahmad Daud (Hajjah Noriah)

via MG

Watak Ibu dan Hajjah Noriah dalam drama ‘Ayahanda’ ini dilakonkan oleh pelakon hebat Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Kak Ogy yang merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara sejak tahun 1972 lagi. Ogy merupakan anak kepada biduan Ahmad Daud dan primadona seniwati Saadiah. Ogy juga adalah kakak kepada seorang pelakon, Fazlina Ahmad Daud. Dia sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon, Eman Manan pada 23 Disember 1990 namun bercerai setelah 13 tahun hidup bersama. Ogy juga mempunyai seorang anak angkat yang bernama Nur Aishah Aminah yang dijaganya sejak bayi dan kini sudah berusia 14 tahun. Ogy yang dilahirkan pada 10 Oktober 1962 dan kini usianya memasuki 59 tahun.

Fikry Ibrahim (Aziz)

via ig

Watak sebagai anak bongsu ini yang dilakonkan oleh Fikry Ibrahim atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim yang merupakan seorang pelakon, pelawak dan pengacara yang memulakan kerjayanya dalam industri seni setelah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam ‘Lawak Solo’ pada tahun 2016. Lakonan pertamanya sebagai Noah Farizzam yang bergandingan bersama Uqasha Senrose dalam drama ‘Hero Seorang Cinderella’ pada tahun 2017. Fikry Ibrahim berasal dari Jitra, Kedah dan dilahirkan pada 16 April 1994.

Noorkhiriah (Halimah)

via ig

Noorkhiriah yang membawakan watak sebagai anak sulung yang bernama Halimah atau Kak long dalam drama bersiri ‘Ayahanda’. Noorkhiriah Binti Ahmad Shapie merupakan seorang pelakon sejak tahun 1999 lagi. Dia juga pernah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin 2010. Khiriah yang berasal dari Raub, Pahang ini dilahirkan pada 18 April 1976 dan kini usianya memasuki 45 tahun. Dia telah mendirikan rumah tangga dengan Azfaizul Ahtan pada 11 November 2006 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Shah Jaszle (Ramli)

via Ig

Shah Jaszle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Bin Jasmin ini berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur dilahirkan pada 30 Julai 1988. Dia yang berdarah campuran Cina, Pakistan dan Melayu telah memulakan kerjaya dalam bidang seni sejak tahun 2008. Shah Jaszle yang telah berkahwin dengan seorang model, Hanis Husna pada 1 Mei 2015 dan mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata. Dalam drama ‘Ayahanda’, Shah Jaszle memegang watak sebagai Ramli iaitu anak kedua Haji Abdullah.

 Hairi Safwan (Ahmad)

via Ig

Dalam drama ‘Ayahanda’, watak anak ketiga yang pendiam iaitu Ahmad dilakonkan oleh pelakon alumni Aswara, Hairi Safwan. Nama sebenarnya adalah Mohd Hairi Safwan Bin Aznan memulakan kerjayanya seninya setelah menjuarai Program Realiti Anak wayang pada tahun 2009 dan sehingga kini dia telah membawakan pelbagai watak drama TV. Dia yang telah berkahwin dengan Fara Afiza Azman pada 22 Mac 2014 dan mereka mempunyai 3 orang cahaya mata. Hairi yang berasal dari Alor setar, Kedah ini dilahirkan pada 16 Januari 1988.

Rita Nadira (Mazni)

via Ig

Pelakon tinggi lampai, Rita Nadira yang membawakan watak sebagai menantu bongsu Haji Abdullah dan isteri kepada Aziz. Dia yang mula menjadi pelakon pada tahun 2017 sering mendapat watak sebagai antagonis. Namun dia tidak kisah dan menganggap itu sebagai rezeki dia lebih dikenali. Rita yang dilahirkan pada 7 Jun 1997 ini dikatakan pernah menjalinkan hubungan dengan adik Elfira Loy iaitu Ezzrin Loy namun hubungan itu berakhir pada tahun 2019.

Sherry Ibrahim (Aishah)

via Ig

Sherry Ibrahim atau nama sebenarnya Syarizad Binti Ibrahim melakonkan watak sebagai Aishah. Dia yang dulunya pernah bekerja sebagai pramugari Malaysia Airlines dari tahun 2001 sehingga 2006. Sherry memulakan kerjaya lakonan menerusi drama TV3 ‘Drama Baru’ pada tahun 2006. Dia kemudiannya kembali menjadi pramugari Qatar Airways pada tahun 2010 hingga 2012. Selepas itu dia kembali berlakon dan pernah beberapa kali memegang watak utama. Sherry yang dilahirkan pada 3 April 1983 ini berasal dari Petaling Jaya, Selangor.

Mimi Ernida (Rahayu)

via Ig

Nor Shamimi Ernida Mansor atau lebih dikenali sebagai Mimi Ernida memegang watak sebagai Rahayu dalam drama ‘Ayahanda’. Watak Rahayu adalah sebagai bekas kekasih Aziz. Dia yang mula aktif pada tahun 2010 telah mendapat perhatian peminat apabila membintangi filem ‘Polis Evo’ yang membawakan watak sebagai Maya. Mimi yang berasal dari Alor Setar, Kedah ini dilahirkan pada 21 Mac 1990 dan kini usianya 31 tahun.

Sobri Anuar (Mat Diah)

via hmetro.com.my

Mohd Sori Anuar Bin Mohd Tarmizi atau lebih dikenali sebagai Sobri Anuar memang watak sebagai Mat Diah iaitu suami kepada Halimah. Dia yang berasal dari Kuantan, Pahang ini dilahirkan pada 6 Julai 1976.

Dato’ Ahmad Tarmimi Siregar ( Lebai Kassim)

via Ig

Dato’ Ahmad Tarmimi Siregar Bin Mohd Kamal bukan sahaja pengarah dalam drama ‘Ayahanda’ malah dia juga melakonkan watak sebagai Lebai Kassim iaitu sebagai sahabat baik Haji Abdullah. Dato’ Tarmimi dilahirkan pada 17 Januari 1950.

https://youtu.be/stXlslQwnsI

dramaayahandapelakon
https://lomp.at/thxdx
Share11Tweet7SendShare

KINI TRENDING

Berita

Ojenn Aiwahh Bersyukur Lihat Ibu Berjuang Lawan Kanser!-“Mama Baru Sedar Dari Operation..”

by Naddy Joe
January 9, 2026

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Ojenn Aiwahh menitipkan rasa syukur melihat ibunya yang sangat kuat berjuang melawan kanser. Menerusi hantaran...

Read moreDetails
Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
Foto - @missfazura (IG)
Lokal

Netizen Tersentuh Dengan Pesanan Fazura- “Kawal Diri Daripada Perbuatan Buruk”

by Nurul A.
March 4, 2026

Pelakon Fazura mencuri perhatian ramai sekali lagi apabila berkongsi luahan panjang yang penuh dengan makna di platform Threads. Berdasarkan pemerhatian...

Read moreDetails
Lokal

Ieda Moin Kongsi Realiti Sebagai Seorang Artis-“Berbekalkan Populariti, Followers Berjuta, Kontroversi..”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin berkongsi realiti kehidupan sebagai seorang artis yang kini lebih kepada populariti dan bilangan pengikut di...

Read moreDetails
Foto - @megattttttt (IG)
Lokal

“Kenapa Saya Kena Beli Untuk Dia? Korang Ni Menekan Betul”- Que Haidar

by Nurul A.
February 27, 2026

Pelakon Que Haidar, atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar, menjadi perhatian ramai baru-baru ini selepas mengeluarkan kenyataan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore