Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Latihan Pestapora Malaysia 2025 Umum ‘Lineup’ Fasa Pertama, Lebih 24 Artis Malaysia & Indonesia Bakal Kongsi Pentas!

by Naddy Joe
May 8, 2025
25
KONGSIAN
Share on Facebook

Buat para peminat pesta muzik, bersedialah anda untuk sebuah pesta muzik yang luar biasa iaitu Latihan Pestapora yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada 26 Julai ini.

Hitman Solutions, penganjur konsert terulung di Malaysia bekerjasama dengan Boss Creator, penganjur Pestapora berasal dari Indonesia telah mengumumkan barisan artis yang bakal membuat persembahan di Latihan Pestapora pada 26 Julai 2025.

Pengumuman ini telah di buat secara rasmi di Sidang Media Khas pada Rabu yang berlangsung di The Campus Ampang bersama artis-artis dan pihak penganjur.

Artis Malaysia & Indonesia Bakal Kongsi Pentas!

Teka-teki kini terjawab – .Feast, Hindia, Barasuara x Efek Rumah Kaca, Feel Koplo, Kunto Aji dan Pamungkas bakal beraksi di atas pentas Latihan Pestapora Malaysia buat pertama kalinya.

Acara himpunan barisan bintang tempatan tidak lengkap tanpa artis tanah air kita seperti – Bittersweet, Bunkface, DOLLA, SonaOne, Salammusik dan ramai lagi.

Festival ini menjanjikan pelbagai genre seperti pop, rock, alternatif, hip-hop hingga ke indie untuk peminat yang dahagakan pengalaman muzik serumpun.

Menurut CEO dan Pengasas Hitman Group, Rohit Rampal menyatakan bahawa Latihan Pestapora ini adalah seperti ‘preview’ kepada rakyat Malaysia yang tidak berpeluang untuk terbang ke Jakarta untuk festival pertama pada September nanti.

“Lebih 2,000 tiket terjual tanpa ‘lineup’ membuktikan ramai yang mengetahui tentang dan percayakan jenama PESTAPORA untuk bawakan pengalaman muzik, seni, komuniti dan gabungan budaya dalam satu festival.

Latihan Pestapora adalah seperti ‘preview’ kepada rakyat Malaysia yang tidak berpeluang untuk terbang ke Jakarta untuk festival utama serta buat peminat yang ingin bersiap sedia untuk acara utama dengan hadir di latihan dahulu,” kata pihak penganjur dari Malaysia itu.

Satu Hari, Dua Negara, Pelbagai Cerita Muzik

Latihan Pestapora Malaysia bukan sekadar persembahan pentas biasa. Ia adalah platform untuk kolaborasi budaya Nusantara yang diraikan melalui muzik.

Sheila On 7 Antara Yang Bakal Gegarkan Latihan Pestapora Di Stadium Bukit Jalil!

Lebih istimewa, ia turut membuka peluang kepada peminat untuk merasai ‘preview’ kepada edisi utama Pestapora di Jakarta pada September nanti.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Harga Tiket Bermula RM129

Harga tiket bagi Latihan Pestapora Malaysia 2025 ini bermula serendah RM129 (General Admission), RM199 (Rockzone), RM70 (Kanak-Kanak), serta tambahan RM100 untuk akses Express Lane.

Tiket sudah boleh mula dibeli di laman web rasmi Latihan Pestapora Malaysia 2025.

latihan pestapora malaysia
https://lomp.at/83v4q
Share10Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

“Saya Ingatkan Orang Malaysia Dah Educate”- Waheeda Simpati Dengan Siti Nurhaliza

by Phic ARMAN
March 2, 2026

Nama penyanyi dan penceramah bebas, Waheeda, kembali jadi sebutan apabila kenyataannya mengenai isu telekung dan aurat tular di media sosial....

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
Foto - @aisharetno02 (IG)
Lokal

“Enam Tahun Saya Terima Ugutan Bun*h, Body Shaming”- Aisha Retno

by Nurul A.
February 19, 2026

Penyanyi Aisha Retno mencuri perhatian ramai selepas meluahkan perasaan kesal dan terkesannya apabila menerima pelbagai komen negatif susulan persembahannya di...

Read moreDetails
Spotlight

“Memang Ada ‘Gila’ Sikit…”- Izzue Islam Mahu Video Muzik Raya Luar Biasa Sampai Orang Ingat

by Phic ARMAN
March 12, 2026

Setiap kali musim raya menjelma, memang tak sah kalau industri muzik tempatan tidak meriah dengan pelbagai lagu raya baharu. Tahun...

Read moreDetails
Lokal

Amyza Aznan Bawa Pulang Anak Ke Rumah-“Hanya Mengharap Keajaiban..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi keadaan terkini anak lelakinya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bakal...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

  5. 5

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara