Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Latihan Pestapora 2025 Pukau 25,000 Penonton, Berjaya Satukan Artis Malaysia-Indonesia!

by Naddy Joe
July 28, 2025
Share on Facebook

Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini kembali bergema dengan dengan laungan peminat muzik dari segenap pelusuk Malaysia dan juga Indonesia sempena “Latihan Pestapora Malaysia 2025”, acara festival muzik mega anjuran bersama syarikat penganjur terkemuka, Hitman Solutions dan Boss Creator yang berlangsung pada Sabtu.

Membawa konsep “latihan” menjelang edisi utama Pestapora Jakarta 2025 yang bakal berlangsung pada 5 – 7 September, acara ini mencipta sejarah tersendiri sebagai platform kolaborasi dua hala antara artis Malaysia dan Indonesia.

Dengan lebih 25 persembahan secara langsung di dua pentas berbeza, festival ini mencerminkan kepelbagaian genre muzik serantau yang kini semakin mendapat tempat di peringkat global.

Kemunculan Sheila On 7 Yang Paling Dinanti

Detik paling mencuri tumpuan pastinya kemunculan semula Sheila On 7, yang membuat kemunculan sulung di Malaysia selepas lebih sedekad. Ribuan peminat menyanyikan lagu bersama dari awal hingga akhir persembahan dengan penuh emosi dan tenaga.

Kumpulan asal Yogyakarta ini mempersembahkan rangkaian lagu ikonik mereka seperti Dan, Melompat Lebih Tinggi, Sephia, Kita, Sahabat Sejati dan banyak lagi. 

Sorakan bergema sebaik intro lagu pertama dimainkan, membuktikan kesetiaan peminat Malaysia terhadap Sheila On 7 masih lagi utuh.

Barisan Artis & Persembahan Bertaraf Festival Serantau

Latihan Pestapora Malaysia 2025 menampilkan gabungan artis Malaysia dan Indonesia yang mewakili pelbagai genre seperti pop, rock, hip-hop, indie dan dangdut, menjadikan festival ini sebagai ruang ekspresi paling inklusif dan pelbagai.

Lebih 25 persembahan diadakan di dua pentas utama – “Main Stage” dan “Hingar Bingar” oleh: .Feast, Hindia, Nadin Amizah, Barasuara X Efek Rumah Kaca, Bittersweet, Bunkface, Dolla, Pamungkas, Feel Koplo, Kunto Aji,

Salammusik, Sheila on 7, Alvn, Aziz Harun, DJ CZA, Dukes, Elva Suyan, Fahimi, Empty Page, Gaston Pong, Ismail Izzani, Julia Duclos, Killa Driz, Lil J, Naki, Sonaone dan Yonnyboii.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Latihan Pestapora Malaysia 2025 bukan sekadar festival, tetapi satu gerakan budaya yang menyatukan muzik, semangat dan jiwa dua negara serumpun. Dengan kehadiran ribuan peminat, festival ini membuktikan bahawa Malaysia bersedia menjadi pusat tumpuan baharu festival muzik serantau.

Sheila On 7 Antara Yang Bakal Gegarkan Latihan Pestapora Di Stadium Bukit Jalil!
latihan pestapora malaysia
https://lomp.at/trn7s
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @wafarienaroslan (IG)
Lokal

Pinggul Wafariena Roslan Jadi Perhatian- “Saya Suka Macam Kim K”

by Nurul A.
March 12, 2026

Baru-baru ini nama pelakon Wafariena Roslan menjadi bualan ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa dia telah melakukan pembedahan kosmetik bagi...

Read moreDetails
Foto - @akuamysearch (IG) / @kupu_kupu (IG)
Lokal

“Soal Berdamai Tanya Pihak Sana”- Nabila Huda

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya perselisihan faham antara pelakon Nabila Huda dan lagenda rock Datuk Amy Search masih belum menjumpai jalan penyelesaian. Menurut kenyataan...

Read moreDetails
Foto - @badgalriri (IG)
Hollywood

[VIDEO] Penampilan Terkini Rihanna Buat Peminat Tergamam- “Mengandung Lagi?!”

by Nurul A.
January 28, 2026

Kecoh di media sosial, apabila peminat mendakwa penyanyi dan usahawan Rihanna sedang hamil anak keempat! Khabar angin itu tercetus selepas...

Read moreDetails
Foto - @hannahyeoh (FB)
Lokal

Kenapa Penampilan Hannah Yeoh Berselendang Di Bulan Ramadan Tuai Kecaman?

by Nurul A.
March 12, 2026

Jujur MURAI katakan, Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh nampak sangat manis dan sopan apabila menggayakan selendang. Berdasarkan beberapa kongsiannya di...

Read moreDetails
Lokal

Zahnita Wilson Nyaris Jadi Mangsa Scammer-“Hati-Hati Di Luar Sana..”

by Naddy Joe
February 26, 2026

Model dan usahawan terkenal, Zahnita Wilson mendedahkan mengenai dirinya yang hampir menjadi mangsa 'scammer', baru-baru ini. Kongsi Zahnita atau nama...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara