Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Lebih Baik Saya Diam” – Siti Nordiana Enggan Ulas Isu Rumah Tangga Nubhan, Hanya Titip Doa

by Puteri Alia
November 8, 2025
Foto - @sitinordiana (IG)

Foto - @sitinordiana (IG)

Share on Facebook

Atas dasar menjaga persahabatan, penyanyi popular Siti Nordiana memilih untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai kemelut rumah tangga yang sedang melanda sahabat lamanya, penyanyi Nubhan dan isterinya, Dr. Afifah Tawfek. Nana, yang kini berusia 40 tahun, mengakui lebih selesa berdiam diri dan tidak mahu menambah sebarang spekulasi terhadap pasangan berkenaan yang kini dalam proses pengesahan perceraian.

Foto – Instagram @sitinordiana

“Sebenarnya saya tak nak komen tentang hal rumah tangga mereka. Mereka berdua ialah sahabat saya. Dalam keadaan macam ni, lebih baik saya diam saja. Saya hanya mengharapkan yang terbaik untuk mereka berdua. Saya tak mahu komen lebih-lebih, takut salah cakap. Lagi pun kes mereka masih dalam proses mahkamah, jadi tak elok untuk saya ulas. Lebih baik kita beri ruang kepada mereka, sebab kita pun tak tahu apa yang mereka hadapi,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran lagu baharunya berjudul Ahai semalam.

Juara Gegar Vaganza musim kedua itu menegaskan bahawa meskipun dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung konflik tersebut, itu tidak bermakna dia mengabaikan dua insan yang pernah sama-sama meniti perjalanan awal dalam dunia seni bersamanya.

“Saya memang sangat sayangkan mereka berdua. Walaupun saya tak beri apa-apa kenyataan, tetapi percayalah saya sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk mereka. Kadang-kadang doa itu lebih bermakna daripada kata-kata,” jelasnya dengan nada berhati-hati.

Dalam masa sama, Nana turut berkongsi rasa teruja dengan kelahiran lagu terbaharunya, Ahai, yang menandakan kemunculannya semula dalam dunia muzik selepas dua tahun tanpa sebarang single baharu. Menurutnya, karya itu istimewa kerana menampilkan irama Malaysia sesuatu yang sudah lama dirindukan oleh peminat setianya.

“Ramai peminat yang rindu nak dengar lagu baru daripada saya. Dua tahun juga saya ambil masa untuk fikir sama ada nak buat lagu berentak irama Malaysia atau tidak. Akhirnya saya buat keputusan untuk hasilkan lagu macam ni sebab peminat pun dah lama tunggu. Lagi pun saya dah lama tak nyanyi lagu baru setiap kali ada show,” katanya sambil tersenyum.

Lagu Ahai hasil ciptaan Ikhwan Fatana dan Wan Saleh telah dilancarkan di saluran YouTube malam tadi, diiringi persembahan istimewa Nana di perkarangan Bukit Bintang. Momen itu menjadi lebih bermakna apabila wajahnya turut terpampang di skrin gergasi di lokasi ikonik tersebut, sekali gus menandakan bahawa meskipun Nana memilih untuk berdiam diri dalam urusan peribadi sahabatnya, suaranya tetap lantang dalam menyebarkan seni dan mesej positif kepada peminat.

siti nordiana
https://lomp.at/oitbn
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ayda Jebat Lalui Prosedur Jahitan Semula Untuk Terbang Ke Singapura, Rakan Selebriti & Peminat Bimbang!

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pengacara, Nabil Mahir berkongsi keadaan isterinya yang merupakan penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang bakal menjalani prosedur jahitan semula mengalami...

Read moreDetails
Berita

Umie Aida Tampil Pertahankan Puteri Balqis-“Tolong Jangan Ganggu…”

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Datin Sri Umie Aida tampil mempertahankan pelakon, Puteri Balqis berhubung kemelutnya bersama pelakon, Mia Sara Nasuha. Kongsi Umie Aida...

Read moreDetails
via IG @farahdhiya_fd
Lokal

Farahdhiya ‘Sekolahkan’ Netizen Persoal Giginya Berwarna Kuning-“Saya Bersyukur Dengan Apa Yang Ada…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya tampil bersuara selepas ditegur netizen di media sosial yang mempersoalkan mengapa giginya berwarna kuning. Gigi Yang...

Read moreDetails
Lokal

Anak Along Eyzendy Kongsi Janji Terakhir Arwah-“Tapi Allah Lebih Menyayanginya..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Anak lelaki kepada pelakon, Allahyarham Along Eyzendy iaitu Eyman mencetuskan rasa sebak netizen selepas membuat perkongsian mengenai arwah bapanya yang...

Read moreDetails
Foto - @drfietawfek (IG)
Lokal

Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

by Nurul A.
March 16, 2026

Doktor pergigian, Dr Fie Tawfek menjadi perhatian ramai selepas tamat tempoh iddahnya baru-baru ini. Dr Fie atau nama penuhnya Afifah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara