Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Malaysia

Lepas Dapat Kerja, Menang Motosikal Lagi! Rupanya Ekspo Kerjaya Di WTC Masuk ‘Malaysian Book of Records’

by Phic ARMAN
July 26, 2022
Share on Facebook

Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 yang membuka tirai sejak Sabtu yang lalu (23 Julai) diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Karnival pekerjaan terbesar dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Penyerahan sijil antara pihak Malaysia Book of Records, Encik Christopher Wong Hong Wai, Ketua Pegawai Operasi MBOR kepada YB Datuk Seri M. Saravanan dan  disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, selepas merasmikan  Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 di WTC semalam.

Difahamkan rekod itu dicapai berdasarkan penganjuran ekspo kerjaya secara besar-besaran dengan penglibatan seribu majikan yang menawarkan lebih 30 ribu peluang pekerjaan. Ekspo selama lima hari sehingga 27 Julai ini, menyediakan banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor yang disasarkan kepada semua golongan pencari kerja.

Menurut Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Sri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, ia merupakan karnival pekerjaan terbesar yang julung kali diadakan bagi mencapai sasaran kerajaan untuk mencipta 600,000 peluang pekerjaan melalui ‘Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia’ di bawah Bajet 2022.

Dapat Kerja Dan Menang Motosikal Lagi

Orang ramai yang hadir turut berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi aktiviti cabutan bertuah seperti motosikal, komputer riba, telefon pintar, televisyen dan sebagainya.

Tengku Syamel berusia 22 tahun antara insan yang bertuah kerana baru sahaja memenangi motosikal pada hari Ahad yang lalu. Siapa sangka, selain mendapat pekerjaan di Ekspo Kerjaya, pemuda ini membawa pulang motosikal baru. Saksikan video dibawah;

https://murai.my/wp-content/uploads/2022/07/TESTIMONY-1-WTCKL-2022.mp4

Karnival anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dibawah Kementerian Sumber Manusia ini akan mengadakan sesi temu duga dengan lebih daripada 30,000 peluang pekerjaan tersedia khas buat para pencari kerja. Para pengunjung boleh mendaftar di www.myfuturejobs.gov.my/careerfair.

Jangan lepaskan peluang ini!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara