Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

“Lepas Ni, Jom Normalise Kan Confrontation.” – Banteras Buli Siber, Uyaina Arshad Disokong Rakan Artis

by Arsiqin Yusof
July 9, 2025
Share on Facebook

Tindakan tegas selebriti dan pengacara terkenal, Uyaina Arshad dalam menegur serta mendedahkan perbuatan buli siber terhadap dirinya baru-baru ini telah mencetuskan perbualan hangat di media sosial. Menerusi satu hantaran di Instagram, Uyaina meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir netizen yang sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah dan kata-kata tidak berasas di ruangan komen.

View this post on Instagram

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Sebelum ini, Uyaina telah memuat naik satu tangkap layar komen haters yang memfitnahnya dan menyebarkan maklumat palsu mengenai dirinya, termasuk dakwaan kononnya suami individu tersebut pernah menguruskan permohonan pinjaman Uyaina.

“I have NEVER made any loans my whole life. Either that woman is lying or the husband is. Fitnah. Dan merosakkan my reputation.”

Dalam coretan panjangnya, Uyaina mempersoalkan budaya normalisasi terhadap buli siber, di mana ramai menganggap selebriti sepatutnya hanya ‘biarkan sahaja’ setiap kecaman dan makian yang diterima. Namun baginya, sikap berdiam diri yang diamalkan selama ini sebenarnya memberi ruang kepada para pembuli untuk terus bermaharajalela.

“Benda ni jadi habit. Suatu kebiasaan untuk dorang. Benda ni buat dorang seronok sebab ramai yang join mengumpat. A so called ‘woke’ culture.”

Tambahnya lagi, sebagai selebriti, dia juga manusia biasa yang berhak untuk mempertahankan maruah dan reputasinya. Uyaina turut menegaskan bahawa beliau mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah dan melakukan gangguan secara dalam talian (harassment).

Disokong Rakan Artis dan Peminat!

Rata-rata rakan artis dan pengikut Uyaina menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan tersebut. Mereka menganggap tindakan Uyaina sebagai satu contoh keberanian dalam menentang budaya toksik di media sosial yang semakin menjadi-jadi.

Uyaina juga mengakui, meskipun beliau tidak menyokong sepenuhnya tindakan segelintir selebriti yang meminta maaf secara terbuka daripada netizen sebelum ini, beliau kini lebih memahami mengapa perkara seperti itu dilakukan.

“Some people perlu diajar sampai tahap macam ni to knock some sense into their brains.”

Perkongsian Uyaina telah membuka mata ramai bahawa confrontation bukanlah satu perkara yang negatif malah perlu dinormalisasikan dalam konteks mempertahankan diri daripada penindasan, lebih-lebih lagi apabila fitnah dan penghinaan berlaku secara terbuka di ruang awam seperti media sosial.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
artisbersuarabuli sibermedia sosialuyaina arshad
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  2. 2

    Kenapa Ramai Bengang Dengan Bangunan Di Jambatan Angkat Kuala Terengganu?

  3. 3

    Mohamed Al-Fayed, Taikun Arab Didakwa Intai Wanita Di Bilik Persalinan

  4. 4

    Ramai Tak Tahu, Pelumba Muda Ini Anak Tunggal Alex Yoong & Arianna Teoh

  5. 5

    ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara