Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Linda Rafar Tak Maafkan Individu Yang Hina Dirinya & Keluarga Isu Pakai Seksi Di Konsert ELITE

by Naddy Joe
September 23, 2025
Share on Facebook

Penyanyi, Linda Rafar tampil bersuara selepas dirinya teruk dikritik netizen di media sosial selepas dikatakan berpakaian ketat ketika Konsert ELITE LIVE 2025 yang berlangsung di Dewan Plenari, KLCC, baru-baru ini.

Terima Kritikan Positif

Linda Rafar atau nama sebenarnya Azlinda Binti Abdul Rafar menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa dia menerima semua kritikan yang dilemparkan terhadapnya, namun dia tidak akan memaafkan mereka yang telah memberi kata-kata hinaan serta mengaibkan dirinya dan keluarga.

“Dengan rasa rendah hati, saya terima semua kritikan positif tetapi saya takkan maafkan mereka yang bagi kata-kata celaan serta mengaibkan diri serta keluarga.

Saya takkan maafkan anda sampai bila-bila selagi anda semua tidak minta maaf kepada saya sendiri!.”-tegas Linda Rafar di Instagram

Kongsi Linda, Konsert ELITE ini hanyalah untuk peminatnya yang setia menanti kemunculannya selepas 25 tahun sejak 90-an. Malah, dia turut meluahkan rasa lega kerana konsert telah pun selesai selain dapat kembali ke pangkuan keluarga dan meneruskan rutin harian seperti biasa.

“Konsert ELITE ini hanya untuk peminat Linda yang setia menantikan kemunculan Linda selepas 25 tahun. Linda rasa lega serta Alhamdulillah konsert ini sudah selesai dan Linda boleh kembali ke rutin normal & keluarga.”-tulis Linda

Tampil Mohon Maaf

Dalam pada itu, Linda turut memohon maaf buat semua peminat andai persembahannya ketika konsert tidak sehebat yang peminat mahukan.

“Kepada semua penyokong dan peminat, saya mohon maaf jika persembahan Linda tidak sehebat yang kamu semua inginkan. Saya mencuba yang terbaik tetapi saya bukanlah seorang yang sempurna.

Linda sangat yakin Allah SWT bagi ujian serta warning pada Umat yang dia sayang.

Segala yang buruk semua daripada Linda dan yang terbaik hanya pada Allah SWT.”-Tambah Linda lagi

Apa komen anda?

Linda Rafar
https://lomp.at/o9mb0
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - Daily Mail UK
Asia

[VIDEO] Wajah Asli Terbongkar, Influencer Kecantikan China Hilang 140 Ribu Pengikut

by Nurul A.
February 22, 2026

Seorang influencer (pempengaruh) kecantikan yang berasal dari China didakwa kehilangan ratusan ribu pengikut media sosial selepas wajah sebenarnya terbongkar secara...

Read moreDetails
Foto - @drfietawfek (IG)
Lokal

Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

by Nurul A.
March 16, 2026

Doktor pergigian, Dr Fie Tawfek menjadi perhatian ramai selepas tamat tempoh iddahnya baru-baru ini. Dr Fie atau nama penuhnya Afifah...

Read moreDetails
Lokal

Fasha Sandha Bidas Komen Netizen Anggap Sharifah Rose ‘Kayu’-“Dia Punctual & Rajin..”

by Naddy Joe
February 13, 2026

Pelakon, Fasha Sandha tampil bersuara selepas salah seorang netizen menyifatkan lakonan pelakon, Sharifah Rose sebagai 'kayu'. "Saya tengok banyak jugak...

Read moreDetails
Foto - @wafarienaroslan (IG)
Lokal

Pinggul Wafariena Roslan Jadi Perhatian- “Saya Suka Macam Kim K”

by Nurul A.
March 12, 2026

Baru-baru ini nama pelakon Wafariena Roslan menjadi bualan ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa dia telah melakukan pembedahan kosmetik bagi...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn tampil memberi respon terhadap salah seorang netizen yang mempersoalkan dia dan keluarga yang tidak melafazkan Bismillah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara