Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Logo Visit Malaysia 2020 Buruk? Netizen Reka 9 Logo Yang Lebih Menarik

by Khai Azfar
January 29, 2018
Share on Facebook

Baru-baru ini logo Visit Malaysia ( Tahun Melawat Malaysia) pada 2020 telah dilancarkan. Menariknya mengenai kempen ini, belum lagi dirasmikan secara menyeluruh namun perdebatan hebat rancak diperkatakan dalam kalangan netizen.

Logo Buruk!

Hasil tinjauan kami di Twitter, rata – rata netizen menganggap logo yang direka tersebut terlalu buruk dan tidak menunjukkan imej yang lebih professional. Menyedari akan logo itu hangat diperkatakan, menurut Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tetap dengan pendiriannya untuk menggunakan logo tersebut meskiun dikecam hebat.

“Kritikan itu perkara biasa. Saya lancarkan di Chiang Mai dan semua orang memuji logo itu. Ianya untuk pelancong asing, bukan untuk kegunaan dalam negara, saya tak kisah. Di Chiang Mai, kami terima respon yang cukup baik kerana mereka tidak pernah melihat logo itu sebelum ini. Berbeza pula dengan rakyat Malaysia yang pernah melihatnya. Saya tak akan tukar. Saya telah lancar dan rasmikannya. Nazri Aziz tidak akan tarik balik tindakan itu. Logo ini akan digunakan untuk dunia, hanya satu-satunya. Kami tidak guna pihak luar dan tidak habiskan sesen pun. Semuanya dibuat secara dalaman, oleh staf kami. Saya percaya kepada staf sendiri dari menghabiskan ratusan ribu Ringgit kepada orang luar. Ianya percuma kerana preka grafik adalah salah seorang daripada staf kami”

Netizen Tampil Dengan Logo Dan Poster Lebih Menarik

Meskipun kenyataan rasmi telah dikeluarkan bahawa logo itu akan tetap digunakan, hari ini rata-rata netizen yang berkebolehan dalam membuat grafik dan seni lukis tampil dengan rekaan logo dan poster hasil ciptaan mereka yang dilihat jauh lebih menarik dan malar segar. Apa pendapat anda?

Gambar oleh Hakim Hamizi

Gambar oleh Syaher Ahmad

Gambar oleh Muhd Hidayatullah

Gambar oleh Ohoooamer
Gambar oleh Saiful Nadzrin
Gambar oleh teholimauice

Adakah logo asal masih lagi dikekalkan atau akan ada pembaharuan? Sebelum itu, jangan dilupakan logo Hari Kebangsaan yang lepas turut dikecam hebat dan terus dikekalkan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
datuk seri nazri azizlogo visit malaysia 2020visit malaysia 2020vmy2020
Share3Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara