• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Luahan Hati Azhar Sulaiman Tentang Aurat Keluarga Buat Ramai Tersentuh

by Phic ARMAN
January 3, 2026
78
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama Azhar Sulaiman atau lebih mesra disapa Behar bukan asing dalam dunia seni tanah air. Seorang pelakon, pemerhati sosial dan juga individu yang lantang menyuarakan pandangan secara rasional. Namun kali ini, luahan hatinya di Facebook peribadi benar-benar menyentuh perasaan ramai.

Dalam satu hantaran yang jujur dan penuh makna, Behar meluahkan perasaannya mengenai isu aurat keluarganya yang sering menjadi bahan perdebatan netizen, termasuk melibatkan anak perempuannya yang juga pempengaruh terkenal, Mekna atau Leona.

Behar menulis dengan nada tenang tetapi sarat mesej:

“Just because my Family tidak menutup Aurat, Behar tidak boleh bersuara untuk menggalakkan Rakyat Malaysia untuk melakukan perkara yang Baik, Betul, Waras, Rasional, Menguntungkan & Selamat?
Iblis akan hasut you untuk halang orang lain dari bercakap perkara yang benar.
Nota kaki – Behar tak marah pun bila netizen kecam pasal Mekna, Behar akur terima.”

Luahan ini jelas menggambarkan seorang bapa yang memilih untuk tidak melawan dengan emosi, sebaliknya menerima realiti dengan penuh reda.

Umum mengetahui, Leona sering menerima kecaman netizen kerana penampilannya yang dianggap seksi dan tidak menepati norma sesetengah pihak. Namun itu tidak bermakna Behar sebagai bapa lepas tangan atau tidak ambil peduli.

Komen Netizen Penuh Kasih Sayang

Apa yang menyentuh hati, ruangan komen dihujani kata-kata sokongan daripada peminat yang jelas memahami situasi Behar sebagai seorang bapa.

Antara komen yang mencuri perhatian:

“Abe Haa Azhar Sulaiman jgn bimbang. Nanti sampai satu saat anak-anak Abe Haa pun akan bertudung jugok. Allah itu Maha Baik, Pengasih dan Penyayang. Teruskan komen-komen Abe Haa. Naa suka membacanye, sekurang-kurangnya ada nasihat yang membina.”

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman hidup sendiri:

“Kalau saya, saya abaikan. Cukup saya tahu saya sentiasa nasihatkan family saya, it’s not like I can force them. Saya ada saudara yang adik-beradik semua alim pakai tudung labuh tapi ada juga yang masih tersasar. Kita nasihatkan, kalau mereka belum berubah, kita tak boleh buat apa. Abaikan netizen tu.”

Komen-komen ini jelas menunjukkan bahawa ramai yang sayang dan menghormati Behar, bukan sahaja sebagai artis, tetapi sebagai seorang manusia yang berpegang pada realiti kehidupan sebenar.

[VIDEO] Leona Curi Tumpuan Di Pasar Malam Kota Kinabalu, Aksi Spontan Undang Tawa Ramai

Dalam dunia yang terlalu mudah menghukum, mungkin luahan Behar ini menjadi satu teguran halus, bahawa kebenaran dan kebaikan masih boleh disuarakan, walaupun kita sendiri tidak sempurna.

azhar sulaimanLeona
https://lomp.at/ve096
Share31Tweet20SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Ojenn Aiwahhh Perjelas Kenyataan ‘Jangan Cari Pasal Dengan Orang Berduit’-“Ayat Itu Ojenn Tujukan Buat..”

by Naddy Joe
January 15, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Ojenn Aiwahhh tampil memberikan penjelasan mengenai kenyataannya mengenai 'jangan cari pasal dengan orang berduit' yang ditulisnya...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
Foto - @mrsaprenamanrose (IG)
Lokal

Aprena Manrose Kesal Isu Anak & Buka Tudung Dikaitkan- “Takut Saya Jadi Gila”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pelakon Aprena Manrose menjadi perhatian ramai selepas tampil meluahkan rasa kecewanya baru-baru ini. Luahan itu dibuat susulan ramai yang mengaitkan...

Read moreDetails
Lokal

Pengurus Cik Lan Perjelas Isu Kehilangan Jam Suami Bonda Rozita-“Jam Itu..”

by Naddy Joe
December 30, 2025

Baru-baru ini tular di media sosial apabila suami kepada usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim iaitu Aidiamin Ahmad diganggu makhluk halus...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

“Kenapa KA Tak Buat Food Lift, Jimat Kos?”- Khairul Aming Kongsi Alasannya

by Nurul A.
January 26, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming menjadi perhatian ramai selepas memuat naik tangkap layar beberapa individu yang mempersoalkan kaedah penghantaran makanan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

  5. 5

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore