• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Lufya Omar Bimbang Anak Perempuannya Mampu Lihat Jin, Sudah Beberapa Kali Menjerit Dan Menangis

by Puteri Alia
August 28, 2024
Share on Facebook

Pelakon dan penyanyi Lufya Omar baru-baru ini berkongsi kisah seram yang dialami oleh anak perempuannya, Laana Haura, 6, yang didakwa mampu melihat makhluk ghaib.

Kejadian ini membuatkan Lufya semakin risau dan berusaha mendapatkan rawatan perubatan Islam untuk melindungi anaknya daripada insiden serupa berulang.

Lufya, 39, pada awalnya menganggap pengalaman yang diceritakan oleh anaknya sebagai sekadar khayalan atau imaginasi kanak-kanak. Namun, setelah kejadian yang sama berulang kali berlaku, dia tidak lagi mampu menafikan kebimbangan yang mula menghantui fikirannya.

“Baru-baru ini anak saya mengadu katanya nampak orang tiada kepala. Kejadian itu berlaku ketika dia berada di depan pintu rumah dan dia menjerit-jerit panggil saya. Saya terkejut dan bertanyakan apa yang berlaku,” kata Lufya dalam video siaran langsung di TikTok.

Kejadian itu jelas meninggalkan kesan mendalam apabila Laana Haura dengan jelas menggambarkan sosok menyeramkan yang dilihatnya.

“Dia kemudian tutup pintu dan cakap nampak orang tiada kepala dengan baju berdarah. Saya tanya dia balik untuk sahkan sama ada apa yang dilihat itu imaginasi atau bukan. Katanya benar, kemudian saya minta dia ambil wuduk dan solat,” sambung Lufya.

Apa yang lebih membimbangkan Lufya adalah hakikat bahawa ini bukan kali pertama anaknya mengalami insiden sebegini.

Menurutnya, Laana sudah beberapa kali menjerit dan menangis serta mengelak daripada pergi ke balkoni rumah mereka. Balkoni tersebut, terutama kerusi buaian di situ, dipercayai menjadi ‘lokasi panas’ penampakan makhluk halus itu.

“Setiap kali bila saya hendak keluar ke balkoni itu, dia menjerit dan bagi tahu jangan keluar. Dia akan menjerit dan dia kata ada dua benda. Katanya rambut panjang,” ujar Lufya, menceritakan pengalaman yang menggetarkan hati.

Kegelisahan Lufya semakin memuncak apabila dia memutuskan untuk merakam suasana di balkoni tersebut. Walaupun pada awalnya merasakan itu mungkin hanya imaginasi anak kecil, Lufya mula ragu-ragu setelah menunjukkan video tersebut kepada beberapa individu yang dipercayai mampu melihat makhluk ghaib.

Lufya Omar Tarik Diri Isu Nafkah Anak-"Alhamdulillah Ada Yang Berhutang Dengan Saya Di Akhirat.."

“Ya, katanya memang ada dua ekor. Perkara itu buat saya lagi risau,” luahnya dengan penuh kebimbangan.

Dalam video yang sama, Lufya turut meminta pendapat daripada pengguna media sosial mengenai langkah terbaik yang perlu diambil untuk mengatasi gangguan mistik yang dialami oleh anaknya itu.

“Saya sangat bimbang dengan keadaan ini dan berharap dapat menemui jalan penyelesaian. Sebagai seorang ibu, perkara terakhir yang saya mahu adalah melihat anak saya hidup dalam ketakutan,” katanya.

anak LufyaLufya Omar
https://lomp.at/5r0aq
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Ayah Amira Othman Hadiahkan Alunan Piano Di Majlis Resepsi Perkahwinannya..

by Noah Ab
October 13, 2025

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan bapa kepada Amira Othman yang bermain piano semasa di majlis resepsi perkahwinan Amira...

Read more
Lokal

Elly Mazlein Dedah Kehilangan Tawaran Kerja Lepas Berhijab, Ada Kontrak Tiba-Tiba Ditarik Balik

Penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein, mengakui kehidupannya berubah apabila beberapa tawaran kerja terpaksa dilepaskan selepas mengambil keputusan berhijrah dan...

Read more
by Puteri Alia
October 17, 2025
Lokal

Hati Umisya Remuk, Sedih Sangat Baca Netizen Doa Anaknya Warisi Sifat ‘Poligami’ Aslam

Pempengaruh media sosial, Umisya Mazlan tampil menjernihkan keadaan apabila sekali lagi menjadi tumpuan susulan isu rumah tangga melibatkan suaminya, Ahmad...

Read more
by Puteri Alia
November 12, 2025
Foto - @britneyspears (IG)
Hollywood

Bekas Suami Dedah Anak Takut Bertemu Britney Spears Kerana Ini…

Kesihatan mental bintang pop, Britney Spears yang berubah-ubah telah menjejaskan hubungannya dengan kedua-dua anak lelakinya. Bekas suami Britney, Kevin Federline...

Read more
by Nurul A.
October 27, 2025
Lokal

Sebak! Zaquan Adha Kongsi Momen Saat Akhir Anak Bongsu Buat Ramai Sedih

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak, sekali lagi mengundang sebak dalam kalangan peminat apabila berkongsi momen penuh...

Read more
by Aphit J.
October 26, 2025
via Instagram @elyamaisara_
Lokal

Ammar Nazhan Akhirnya Merisik Elya Maisara, Netizen Terharu- “Alhamdulillah, You Kept Your Promise!”

Selepas bertahun bercinta, pempengaruh digital Ammar Nazhan atau nama sebenarnya Ammar Mohd Nazhan bin Noralyadi akhirnya melangkah ke fasa lebih...

Read more
by Farah Fatihah
December 18, 2025
Lokal

Video Tular YB Sindir Rakyat Sabah Dengan Roti, Atu Zero Luah Rasa Kecewa

Pelawak terkenal, Atu Zero meluahkan rasa kecewa terhadap kenyataan seorang wakil rakyat yang menyentuh isu pemberian roti kepada penduduk Sabah...

Read more
by Aphit J.
November 15, 2025
Lokal

Umie Aida Enggan Ke KLIA, Pilih Sambut Wira GSF Dalam Majlis Ilmu

Pelakon tersohor Datin Seri Umie Aida mengambil pendekatan berbeza apabila memilih untuk tidak hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur...

Read more
by Puteri Alia
October 8, 2025
Lokal

[VIDEO] Telatah Afwa Beritahu Siti Nurhaliza Asyik Main Telefon, Buatkan Netizen Terhibur

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Afwa yang sedang menggangu Siti Nurhaliza membuat live di applikasi tiktok itu dengan...

Read more
by Noah Ab
November 18, 2025
Filem

Sumpahan Nilam Utama Dijangka Jadi Fenomena Baharu Filem Malaysia!

Infinitus Productions, penerbit di sebalik kejayaan Hantu Kak Limah dan Don Dukun, kini hadir dengan sebuah karya baharu berjudul Sumpahan...

Read more
by Aphit J.
November 23, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    Putera Mateen Kongsi Momen Sukan SEA, ‘Baby Bump’ Puteri Anisha Curi Perhatian!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore