• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

“Macam Tak Tua Langsung” – Dermatologi Dedah Alasan Jennifer Lopez Awet Muda, Bukan Botoks Tapi…

by Lisa Ghani
February 9, 2023
Foto - Glamor

Foto - Glamor

Share on Facebook

Bila dia muncul di Grammy 2023, bersama suaminya Ben Affleck, semua terpesona melihat kecantikan semula jadi. Jennifer Lopez sehingga sekarang tak mamah dek usia, dari mula debut sehingga sekarang kekal awet muda. Punyalah ramai menyangkal, bila JLo memberitahu dia tidak pernah melakukan botoks atau pembedahan plastik pada wajah.

Apa tidaknya, pada usia 53 tahun, JLo kelihatan lebih muda dari sebelumnya, dan kita tertanya-tanya apakah kunci kepada kulit awet muda dan bercahaya. Adakah pakai kosmetik? Diet sihat?

YouTube video

Dr Dray, pakar dermatologi melalui video Youtube cuba menerangkan bagaimana ikon itu sentiasa kelihatan lebih baik.

JLo tak lakukan botoks

Pada tahun 2020, JLo menyatakan dia tidak pernah melakukan prosedur botoks. “Saya tidak pernah melakukan botoks sehingga hari ini. Saya lebih kepada pendekatan semula jadi untuk penjagaan kulit, tetapi saya mahu produk saya berfungsi dengan baik.”

Dr Dray mengesahkan bahawa prosedur ini bukan satu-satunya perkara yang memberikan kita kulit sempurna atau membantu kita merawat tanda-tanda penuaan. Walhal, terdapat banyak faktor lain yang menyebabkan penuaan kulit.

Pencegahan sinaran UV adalah kunci

Bukan prosedur kosmetik tapi disiplin pengan mencegah sinaran UV. Banyak faktor yang kita hadapi boleh menyebabkan pembentukan kedutan pada kulit kita. Salah satu faktor penyumbang ini adalah pendedahan kepada sinaran UV dari matahari. Dan JLo sendiri telah mengambil langkah berjaga-jaga sejak muda.

Foto – Getty

“Faktor utama ialah sinaran UV dari matahari. JLo cukup lantang dan mula mencegah sejak umur 22 tahun, dia benar-benar rajin menggunakan pelindung matahari.”

Diet yang sihat sangat penting

Faktor lain yang ditegaskan oleh Dr Dray untuk penampilan kita adalah pemakanan. Diet untuk kesihatan kulit, termasuk lemak yang sihat, mendapatkan protein, vitamin dan mineral yang mencukupi, dan vitamin C untuk membina kolagen.

“Jika kamu mempunyai diet seimbang, kamu akan mendapat keperluan nutrien. Tetapi jika bergelumang dengan makanan proses, itu tidak akan memberi kamu kulit yang sihat. Botoks atau filler juga tidak dapat mengubahnya.”

Menjadi aktif memberi kulit yang sihat

JLo terkenal dengan rutin senaman yang ketat dan tarian tanpa henti. Bila badan aktif, kulit akan kelihatan lebih segar dan sihat. Ia juga dapat melancarkan peredaran dan mengurangkan keradangan dalam badan.

Bonus… faktor genetik sememangnya membantu

Dr Dray menambah bahawa terdapat satu lagi faktor yang memainkan peranan besar dalam penampilan kulit, yang kita tidak mempunyai sebarang kawalan, dan itu adalah genetik.

Foto – Getty

“Genetik memainkan peranan dalam berapa cepat kulit dan jumlah badan akan menua. Perkara dalam persekitaran kita yang menyumbang kepada penuaan kulit. Kita mempunyai enzim berbeza dalam kulit kita yang membantu memerangi radikal bebas. Sesetengah genetik membuatkan enzim mereka lebih baik daripada orang lain.”

Jennifer Lopezpembedahan plastik
https://lomp.at/16cvx
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Malam penuh berseri dan sarat emosi. Itulah suasana yang mengiringi Majlis Resepsi pasangan mempelai, Sara Sabrina dan Mohamed Yusuf Al...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  3. 3

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore