Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Rayuan Farid Kamil Terhadap Sabitan & Denda Ditolak Mahkamah

Panel hakim turut menolak permohonan pendakwa raya untuk mendapatkan lanjutan masa

by Khai Azfar
January 6, 2022
Share on Facebook

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari,40 gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap sabitan dan hukuman denda RM5,500, atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah serta mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis, dengan niat untuk menghalangnya melakukan tugas, empat tahun lalu.

Hakim Sebulat Suara Tolak Rayuan 

Memetik laporan BERNAMA, Mahkamah Rayuan terdiri dari tiga panel Hakim diketuai Datuk Hanipah Farikullah bersama-sama Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali sebulat suara telah menolak permohonan Farid selaku pemohon, bagi mendapatkan kebenaran merayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Ogos 2021.

Difahamkan,mahkamah telah menolah permohonan tersebut setelah mendapati persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh pemohon adalah tidak relevan selain permohonannya tidak mempunyai merit.

Turut Tolak Permohonan Pendakwa Raya

Dalam pada itu, panel hakim turut menolak permohonan pendakwa raya untuk mendapatkan lanjutan masa bagi memfailkan petisyen rayuan terhadap hukuman bagi pertuduhan di bawah Sesyen 90 Akta Polis 1967, berikutan pihak pendakwa raya tidak menyatakan alasan mencukupi bagi menyokong permohonannya.

Susulan itu, pihak pendakwaan hanya akan meneruskan rayuan silang terhadap denda RM5,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap Farid atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah. Bagaimanapun, tarikh pendengaran rayuan masih belum ditetapkan oleh mahkamah.

Topik Berkaitan “Saya Jaga Jarak, Biar Semua Tenang Dulu” – Diana Danielle Akui Elak Berkomunikasi Dengan Farid Kamil Lepas Bercerai

Untuk info, pendakwaan tersebut diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nahra Dollah dan Zaki Asyraf Zubir manakala peguam Kee Wei Lon dan Low Wei Loke bertindak bagi pihak Farid.

Pada 2 Jun 2020, Mahkamah Majistret Petaling Jaya telah menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan ke atas Farid, yang didapati bersalah menggunakan kekerasan jenayah terhadap Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini pada 1.20 tengah hari, 11 Januari 2018, mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Pelakon yang juga suami kepada Diana Danielle itu dipenjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap mangsa yang sama pada masa dan tempat sama, mengikut Sesyen 90 Akta Polis 1967. Namun, mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak,dimana Farid hanya perlu menjalani hukuman penjara 13 bulan.

Bagaimanapun, berikutan rayuan pelakon itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menggantikan hukuman penjara 13 bulan bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah kepada denda RM5,000, manakala hukuman penjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan digantikan dengan denda RM500.

Pesuruhjaya Kehakiman Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor membuat keputusan itu, selepas mengambil kira bahawa Farid telah membayar kompaun kepada pihak-pihak yang terlibat dalam kejadian itu termasuk anggota polis berkenaan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
farid kamil
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    Air Dah Berasap, Tapi Masih Kata Tak Panas! Kisah Pelanggan Cerewet Buat Ramai Geleng Kepala

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara