Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Mahu Kukuhkan Kuasa Rejim, Kim Jong-Un Menangis Merayu Kepada Kaum Wanita Lahirkan Anak Ramai

by Puteri Alia
December 6, 2023
Share on Facebook

Pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un menangis ketika menyeru golongan wanita negara itu agar melahirkan lebih ramai anak bagi menghentikan trend penurunan kadar kelahiran sekali gus mengukuhkan kuasa rejim tersebut.

Dalam rayuannya yang penuh emosi, pemimpin itu dilihat mengelap air matanya menggunakan sapu tangan sambil berucap kepada ribuan wanita yang berkumpul pada Mesyuarat Ibu-Ibu peringkat kebangsaan di Pyongyang Ahad lalu.

“Mencegah penurunan kadar kelahiran dan penjagaan anak yang baik adalah tugas pengurusan rumah tangga yang kita perlu tangani semasa bekerja dengan kaum ibu,” kata Jong-un pada majlis itu.

Beliau juga menggesa kaum ibu untuk menerapkan nilai-nilai parti komunis negara itu kepada anak-anak mereka.

Ramai dalam kalangan penonton yang terdiri daripada wanita berpakaian tradisional turut menangis secara terbuka bersama pemimpin mereka itu.

Perhimpunan tersebut diadakan buat pertama kali dalam tempoh 11 tahun dan ia berlangsung ketika kadar kelahiran Korea Utara semakin rendah. Ia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pegawai-pegawai tinggi negara tersebut.

Memetik laporan sebuah berita online, data banci rasmi terakhir Korea Utara yang dikeluarkan pada 2008 menunjukkan penduduknya berjumlah 24 juta orang, manakala anggaran terkini mencadangkan populasi negara itu sebanyak 25.7 juta orang.

Namun, penilaian yang dibuat oleh Korea Selatan menunjukkan bahawa kadar kesuburan negara jirannya itu telah menurun secara berterusan sejak 10 tahun lalu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Kim Jong Un
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kirby, Toxic Friendship & English Suspek Antara 4 Perkara Dalam Surat Suspek Tikam Pelajar Jadi Perdebatan

  2. 2

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

  3. 3

    Infaq Atau Eksploitasi? Cara Agih Makanan Ketika Live TikTok Jadi Perdebatan

  4. 4

    Dituduh Biarkan Ibu Terkontang-kanting, Marissa Dania Jawab Pedas Kecaman Netizen

  5. 5

    Bukan Selebriti, Ini Latar Belakang Isteri Baharu Aamir Khan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara