Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Makin Lama Makin Melampau Jumlah Pendatang, Pelajar Indonesia Nekad Halau Balik Pelarian Rohingya

by Puteri Alia
December 28, 2023
Share on Facebook

Sekumpulan besar pelajar Indonesia menyerbu pusat penempatan yang diduduki ratusan pelarian Rohingya dari Myanmar di Banda Aceh.

Matlamat serbuan tersebut antara lain menuntut pelarian Rohingya di bandar itu dihantar pulang ke negara asal, susulan peningkatan ketegangan antara masyarakat setempat dengan kumpulan pelarian tersebut yang memasuki Indonesia dalam jumlah yang ramai.

Bagaimanapun, jurucakap polis di Banda Aceh tidak memberi sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan. Rakaman oleh Reuters menunjukkan kumpulan pelajar tersebut berlari ke ruang bawah bangunan yang menempatkan kumpulan pelarian itu, sehingga menyebabkan mereka ketakutan.

Pelarian Rohingya kemudiannya dibawa keluar oleh pihak berkuasa ke tempat perlindungan alternatif ketika ketegangan semakin memuncak.

Sejak kebelakangan ini, kedatangan kumpulan minoriti ini ditolak di Indonesia apabila penduduk tempatan semakin kecewa dengan peningkatan ketibaan jumlah bot haram.

Sebelum ini, Presiden Indonesia Joko Widodo menyalahkan lonjakan ketibaan baru-baru ini atas pemerdagangan manusia dan telah berjanji untuk bekerjasama dengan organisasi antarabangsa untuk menawarkan tempat tinggal sementara.

Ketibaan pelarian Rohingya meningkat antara November dan April, apabila keadaan laut tidak bergelora, menyebabkan kumpulan pelarian ini menaiki bot ke negara jiran seperti Thailand, Indonesia serta Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam

Rohingya
https://lomp.at/pv8jt
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @princess.catharinaamalia (IG)
Dunia

Puteri Belanda Di-‘Target’ Sebagai Mangsa Dalam Plot Pembunuhan ‘Nazi’

by Nurul A.
May 7, 2026

Kecoh seluruh dunia apabila tular sebuah kes yang melibatkan keluarga diraja Belanda. Memetik beberapa laporan media antarabangsa, seorang pelampau sayap...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  5. 5

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara