Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Malu Nak Sebut Harga”- Mungkin Ini Alasan Rahim Maarof Lama Menyepi

by Phic ARMAN
April 10, 2018
Share on Facebook

Setelah lama menyepi, penyanyi Rahim Maarof bakal kembali muncul sebagai penyanyi undangan dalam persembahan istimewa Man Bai di Hotel Royale Chulan, Mutiara Damansara, Kuala Lumpur, Ahad ini jam 8 malam.

Foto: Harian Metro

Ramai yang tertanya-tanya, kemanakah Rahim menyepi sebelum ini memandangkan sudah lama kita tidak lihat penyanyi era 80an ini di kaca TV. Dipetik dari Harian Metro, Rahim kini lebih selesa mengadakan persembahan di majlis malam dan tertutup.

“Saya penyanyi sepenuh masa. Dari dulu hingga sekarang, saya masih menyanyi. Saya banyak mendapat undangan menyanyi di majlis makan malam dan tertutup. Cuma undangan dari stesen TV atau radio untuk program mereka tidak ada. Agaknya sebab itu orang ingat saya hilang,” katanya.”

Bayaran Terlalu Murah

Dalam pada masa yang sama Rahim berkata, dia juga kecewa dengan segelintir penganjur konsert dan per­sembahan yang menawarkan harga tidak munasabah walaupun dia penyanyi berpengalaman.

“Harga yang ditawarkan terlalu rendah. Saya tak tahulah, mungkin mereka tak faham. Mereka meminta saya menyanyi lima lagu, tapi bayarannya teramat rendah! Saya nak sebut pun malu. Mungkin populariti saya tidak seperti dulu, tapi sekurang-kurangnya hormat saya sebagai penyanyi yang berpengalaman. Harga kita boleh bincang, tiada masalah,” katanya.

Memang tak patut! murai.my merasakan segelintir penganjur zaman sekarang seolah-olah sudah hilang rasa hormat terhadap penyanyi-penyanyi veteran. Demi mengaut keuntungan tinggi, mereka sanggup merendah-rendahkan martabat artis veteran yang berpengalaman.

https://www.youtube.com/watch?v=hjo_uHZ2gnw

Mungkin pihak penganjur yang terbabit perlu mengimbau kembali zaman kegemilangan Rahim. (Google Please!). Beliau pernah mendominasi industri muzik pada pertengahan 1980-an hingga akhir 90-an menerusi rangkaian lagu-lagu hits seperti Lizawati, Jangan Kau Rayu, Cinta Kristal, Falsafah Cinta, Usang, Dir dan Istana Menanti malah digelar sebagai antara penyanyi rock terbaik negara dengan gelaran The Godfather of Rock.

Kepada penganjur itu, jangan kedekut sangat! nescaya hidup takkan berkat jika tak henti menganaiya orang lagi-lagi melibatkan wang ringgit.

Sumber Harian Metro

artis veteranman bairahim maarof
https://lomp.at/a06fn
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Hajat Terakhir Eric Dane Yang Menyayat Hati

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Pada 19 Februari, dunia hiburan kehilangan bintang Grey's Anatomy itu selepas hampir setahun berjuang melawan amyotrophic lateral sclerosis (ALS). Beliau...

Read moreDetails
Foto - @norliaghaniofficial48 (IG)
Lokal

Rahsia Lama Terungkai, Norlia Ghani Dedah Dilamar P.Ramlee Ketika Usia 17 Tahun

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon veteran, Norlia Ghani menjadi perhatian selepas berkongsi satu rahsia lama yang disimpannya bertahun-tahun. Menerusi podcast 'Legasi: Sembang Sambung' yang...

Read moreDetails
Lokal

Intan Najuwa Diganggu Selama Berbulan-Bulan Oleh Seorang Lelaki, Tampil Buat Laporan Polis!

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sering diganggu sehingga pernah membuat panggilan di pejabat Polo Club, pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan...

Read moreDetails
Foto - @TMZ (X)
Hollywood

Sudah ‘Move On’, Kali Ini Dakota Johnson Bercinta Dengan Penyanyi Muda!

by Nurul A.
January 26, 2026

Aktres Hollywood, Dakota Johnson dikhabarkan mempunyai teman lelaki baharu selepas berpisah dengan vokalis Coldplay iaitu Chris Martin pada Jun 2025....

Read moreDetails
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Brooklyn Peltz Beckham Pilih Tidak Mahu Berdamai Dengan Ibu Bapa

by Nurul A.
January 20, 2026

Selepas mendiamkan diri beberapa tahun, anak sulung Victoria Beckham dan David Beckham, iaitu Brooklyn Peltz Beckham berkata dia tidak mahu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara