Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan

by Phic ARMAN
September 4, 2025
Share on Facebook

Baru-baru ini, nama YouTuber popular Isa Isarb sekali lagi jadi bualan bila dia umumkan projek mega yang cukup luar biasa,  membina sebuah rumah 2 tingkat atas laut menggunakan bahan-bahan seperti kayu. Lebih mengejutkan, difahamkan sebuah kereta mewah BMW turut akan dibawa sekali dalam pelayaran rumah terapung itu menuju ke Pulau Redang.

Kalau kalian ikut rapat projek ni di YouTube, dalam Part 2 mereka siap buat ujian ketahanan ribut bersama Bomba. Dari situ, beberapa kelemahan berjaya dikesan dan Isa serta pasukan dapat buat penambahbaikan sebelum rumah itu ditunda ke laut. Jelaslah usaha mereka bukan sekadar “content kosong”, tapi betul-betul ada kajian, perancangan dan pelaksanaan.

YouTube video

Sebenarnya, kalau sebut nama Isa Isarb, ramai dah tahu dia memang sinonim dengan projek-projek “gila-gila” dan luar kotak. Sebelum ini pun, beliau pernah buat pelbagai eksperimen sosial dan cabaran pelik yang selalu mengundang perhatian netizen. Dari prank besar-besaran, aksi “giveaway” dengan cara luar biasa, sampailah sekarang cuba bina rumah dua tingkat atas laut, memang jelas minat Isa adalah mencabar norma biasa.

Ditahan Oleh MARITIM MALAYSIA

Namun, impian Isa untuk menjadikan projek mega ini sebagai realiti terpaksa terhenti separuh jalan selepas Maritim Malaysia mengambil tindakan. Menurut Pengarah Maritim Negeri, Hamiludin, rumah atas laut itu tidak dilengkapi peralatan keselamatan dan boleh mengundang risiko besar kepada kru, penumpang dan komuniti maritim lain.

“Platform yang dibina tanpa ciri keselamatan dan digunakan di laut boleh membahayakan nyawa serta melanggar undang-undang,” jelasnya. Tambah pula, bot yang mengiringi aktiviti penundaan rumah tersebut turut didapati beroperasi tanpa lesen sah.

Bagi yang mungkin tak kenal, Isa Isarb atau nama sebenarnya Isa Al-Isarb, merupakan YouTuber dan content creator Malaysia yang terkenal dengan video berkonsepkan eksperimen sosial, prank dan projek luar kotak. Beliau bukan sahaja berpengaruh di media sosial, malah sering mencetuskan perbincangan kerana berani menghasilkan idea yang tidak pernah orang lain cuba.

Nampaknya kali ini, projek rumah laut Isa bukan sahaja mencabar kreativiti, tetapi juga undang-undang maritim negara.

Isa Isarb
https://lomp.at/8gr7h
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @gn4mii (Threads)
Viral

[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”

by Nurul A.
March 6, 2026

Tak habis-habis, kali ini tular pula sebuah rakaman CCTV yang memaparkan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh ketika berada dalam sebuah...

Read moreDetails
Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
Foto - Verona Pictures
Viral

Kisah Seram Noura Al Taqaqa, Penyanyi Kuwait Yang Menyanyi Di Majlis Kahwin Jin

by Nurul A.
March 9, 2026

Baru-baru ini tular beberapa klip video mengenai penyanyi wanita Kuwait 90-an, Noura Al Taqaqa di media sosial. Melihatkan klip tersebut,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara