Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Apalah Perasaan Mak Dia Tengok…” – Video Mas Idayu Komen Garang Pada Peserta Cilik Jadi Bualan Netizen!

Penyanyi Mas Idayu sememangnya berbakat besar dan sinonim dengan sifat tegas dan 'garang' ketika memberikan komen dalam sesuatu program nyanyian.

by Arsiqin Yusof
June 30, 2022
Share on Facebook

Penyanyi Mas Idayu sememangnya berbakat besar dan sinonim dengan sifat tegas dan ‘garang’ ketika memberikan komen dalam sesuatu program nyanyian.

Komen Tegas Terhadap Peserta Cilik

Terbaru seperti yang tular di TikTok, Mas Idayu mencuri perhatian netizen apabila memberikan komen tegas kepada seorang peserta cilik program Ceria Popstar Xtra hingga kanak-kanak bernama Dhyaa itu kelihatan sedih.

“Awak tadi menari ke apa awak buat okay, tapi ini pentas nyanyian! Awak kena menyanyi!

“Jangan suka-suka awak nak buat benda yang macam tadi itu tapi nyanyian awak semua rosak!” katanya dalam nada suara yang agak tinggi kepada peserta kanak-kanak perempuan program itu.

Menjengah ruangan komen, ramai juga warganet seakan kurang berkenan dengan tindakan Mas Idayu dalam potongan video tersebut.

“Tak jadi Ceria Popstar, jadi derita Popstar,” tulis netizen.

“Apa lah perasaan mak dia tengok anak kena marah macam ini,” tulis pengguna TikTok yang lain pula.

“Pelik lah, kenapa perlu menengking?” soal yang lain pula.

“Ini dera emosi ke,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

@mymeletop

Memang tak nampak Mummy happy kalini, peserta kita okay ke tak tu? ??? Saksikan Ceria Popstar Xtra – MALAM INI, 9 malam di Astro Ceria & Astro Prima #CeriaPopstarXtra #CPX2022 #astro #fyp #AstroCeria

♬ original sound – MeleTOP – MeleTOP

Lakonan Semata-Mata

Bagaimanapun, ada juga netizen yang benar-benar menonton program berkenaan membuat penjelasan bahawa babak itu adalah lakonan Mas Idayu semata-mata.

“Alah, ini berlakon je, budak itu suruh orang marah dia baru mudah keluar air mata. Kasihan Mummy (Mas Idayu) kena kecam dengan netizen.” jelasnya.

Apapun bagi Murai MY, Mas Idayu tahu apa yang dilakukan dalam mendidik generasi muda untuk menjadi pelapis industri hiburan tanah air.

Ceria Popstar Xtra kini bersiaran setiap Rabu, 9 malam di Astro Ceria.

Belum Sampai 3 Tahun, Mas Idayu Dan Penerbit TV3 Cerai Senyap-Senyap
mas idayu
https://lomp.at/7597s
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Lokal

Uqasha Senrose Mohon Pihak Terlibat Henti Laga & Sebar Fitnah Isu Kamal Adli Sudah Lama Tak Jumpa Anak

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelakon, Uqasha Senrose tampil menitipkan pesanan kepada pihak terlibat untuk tidak melaga-lagakan dirinya bersama bekas suami yang juga pelakon, Kamal...

Read moreDetails
HotList

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026

Empat dekad dalam industri muzik bukan tempoh yang singkat dan bagi Fauziah Latiff, ia bukan tentang menolak peluang, sebaliknya menunggu...

Read moreDetails
Lokal

Chef Selebriti Tegur Netizen Menggeletis Mahu Pulang Awal Di Bulan Ramadhan, Undang Kritikan Netizen!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian salah seorang chef selebriti mengundang kecaman netizen selepas memuatnaik satu hantaran di media sosial, baru-baru ini. Menerusi hantaran chef...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara