• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Masih Belum Boleh Selesai, Ruhainies Dan Aliff Aziz Tidak Hadir Ke Perbicaraan Kes Khalwat

by Puteri Alia
February 20, 2025
Share on Facebook

Perbicaraan kes khalwat membabitkan penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies yang dijadualkan berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah pagi tadi dipercayai ditunda ke satu tarikh yang lain. Walau bagaimanapun, punca sebenar penangguhan perbicaraan tersebut masih belum dapat dipastikan. Keadaan menjadi lebih mengelirukan apabila kelibat kedua-dua selebriti serta peguam yang mewakili mereka tidak kelihatan di mahkamah pada pagi tersebut. Tinjauan ke senarai kes yang akan dibicarakan hari itu juga menunjukkan bahawa nama Aliff dan Ruhainies tidak tertera.

Peguam syarie yang mewakili kedua-dua selebriti terbabit, Abdul Hadi Mohamad Salleh, pula tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan pengesahan berhubung perbicaraan tersebut. Sebelum ini, pada 17 Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah telah menetapkan tarikh 20 Februari dan 27 Februari sebagai tarikh perbicaraan kes khalwat antara Aliff dan Ruhainies. Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz ketika itu turut menyatakan bahawa kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh yang dicadangkan.

Pada prosiding 3 Julai tahun lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat yang dikaitkan dengan mereka pada 9 Mac tahun lalu. Mereka meminta untuk dibicarakan, dan kes itu dihadapkan di bawah Seksyen 27(a) dan 27(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Jika sabit kesalahan, mereka berisiko dikenakan denda maksimum RM3,000, penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya.

Pada 20 Jun lalu, kedua-duanya hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi proses lanjutan bon jamin setelah ditahan kerana didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di ibu negara. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 9 Mac tahun lalu, dan tangkapan dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat awam. Aliff dan Ruhainies dibawa ke JAWI untuk siasatan dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan pada hari yang sama.

Kontroversi Buat Hilang Kawan, Aliff Aziz Akui Hidup Pernah Gelap Namun Tetap Bangkit

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Aliff, yang ketika itu berstatus suami orang, serta Ruhainies yang merupakan pelakon wanita, ditahan atas dakwaan berkhalwat di kediaman milik Ruhainies. Mereka dikatakan sedang sibuk menjalani penggambaran drama pada waktu kejadian.

aliff azizruhainies
https://lomp.at/oatft
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @emma_maembongofficial (IG)
Lokal

Emma Maembong Jawab Isu Pemilihan Aktor- “Handsome Tapi Keras Kejung Buat Apa?”

by Nurul A.
January 16, 2026

Nama pelakon Emma Maembong menjadi perbualan ramai apabila dia menegaskan bahawa rupa paras tidak menjadi syarat utama untuk gandingkan pelakon...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Perkongsian isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya yang...

Read moreDetails
Foto – @khairulaming (IG)
Lokal

[VIDEO] “Yang Mana Nak Curang-Curang, Jangan Curang Dekat Rembayung”- Khairul Aming

by Nurul A.
December 22, 2025

Pempengaruh dan usahawan, Khairul Amin bin Kamarulzaman baru-baru ini membuat satu permintaan unik kepada orang ramai. Khairul Amin, atau lebih...

Read moreDetails
Lokal

Thalita Tampil Anggun Bertudung, Peminat Teruja

by Iffah Najwa
December 23, 2025

Penampilan terbaharu Thalita, anak kepada pelawak Shuib, berjaya mencuri tumpuan warganet apabila dia tampil anggun mengenakan tudung shawl berwarna hitam...

Read moreDetails
Lokal

Ibu Jatt Ali Meninggal Dunia-“Ternyata Allah Lebih Menyayanginya..”

by Naddy Joe
January 8, 2026

Penyanyi, Jatt Ali berkongsi khabar duka mengenai ibunya, Hajaz Zainah yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Khamis. Khabar duka...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore