Monday, August 4, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Masih Tampak Muda Dan Kacak, Ramai Tak Sangka Sebenarnya Shahz Jaszle Bergelar Bapak Anak Ketiga

by Puteri Alia
June 21, 2024
716
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Shahz Jaszle meluahkan rasa syukur dan gembira apabila isterinya, Nur Hanis Husna, selamat melahirkan anak ketiga mereka, seorang bayi perempuan yang diberi nama Aurora Jane.

Bayi tersebut dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan swasta seminggu lalu.

Shahz, yang nama sebenarnya Muhammad Shahrizal Jaszle Jasmin, 36, berkata kehadiran Aurora Jane melengkapkan lagi kebahagiaan dalam rumah tangganya. Isterinya melahirkan lebih awal daripada tarikh jangkaan doktor pakar, iaitu pada 17 Jun.

“Saya tengah ‘shooting’ drama bersiri 12 episod Senyawa arahan Eyra Rahman bila isteri hubungi beritahu ‘stand by’ sebab dia dah nak bersalin. Terima kasih kepada pengarah, Eyra yang faham dan benarkan saya pulang ke rumah untuk menemani isteri di wad bersalin ketika itu.

“Alhamdulillah, selepas bertarung selama enam jam, akhirnya isteri selamat melahirkan bayi perempuan kami,” katanya.

Shahz juga berkongsi bahawa mereka memang sudah bersedia untuk menambah anak selepas isterinya mengalami keguguran kira-kira dua tahun lalu. Mereka merancang untuk memiliki empat anak, namun keguguran tersebut menangguhkan perancangan mereka.

“Anak sulung kami sudah berusia sembilan tahun dan yang kedua berusia tujuh tahun. Jadi jarak usia anak nombor tiga ini dengan anak kedua ialah tujuh tahun,” tambahnya.

Pasangan ini merasa agak kekok kerana sudah lama tiada bayi di rumah. Mereka terpaksa membuat persiapan dari awal kerana semua barangan dan kelengkapan anak sebelum ini telah diberikan kepada orang lain. Aurora dilahirkan dengan berat 2.7 kilogram dan Nur Hanis perlu menyusukannya setiap dua jam.

Shahz turut berkongsi berita gembira ini kepada pengikut di laman Instagram (IG) miliknya pada Sabtu lalu. Dalam perkongsian tersebut, Shahz menceritakan perjalanan isterinya dari mula pemeriksaan sehingga selesai proses bersalin.

“Syukur Alhamdulillah. Selamat datang ke dunia baru sayangku Aurora,” tulisnya di IG.

Untuk rekod, Shahz mendirikan rumah tangga dengan Nur Hanis Husna pada tahun 2015 dan mereka telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Alana Jasmeen, sembilan tahun dan Ayden Jasreen, tujuh tahun.

Kehadiran Aurora Jane pastinya membawa kegembiraan baru dalam keluarga mereka, melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangga mereka.

Shahz Jaszle
Share286Tweet179SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem