• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Matahari & 3 Faktor Ini Boleh Jadi Penyebab Kenapa Muka Jadi Tak Simetri

by Soph Azz
February 1, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Pernah tak bila kamu tenung wajah lama-lama di cermin, atau ada yang tegur memberitahu yang ciri wajah kamu nampak tak sama? Erti kata lain, tak simetri?

Sekiranya kamu salah seorang yang mempunyai wajah tak simetri, jangan risau ye kerana kebanyakan orang mengalami situasi yang sama. Cumanya ia menjadi ketara atau pun tidak.

Kadang kala macam tertanya-tanya juga, apa yang membuatkan wajah jadi tidak simetri. Dan kalau kamu nak tahu wajah tak simetri ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor, salah satunya adalah…

#1 Sinaran matahari 

Foto – Pinterest

Kalau kamu malas nak pakai sunscreen atau sunblock, jangan jadi terkejut pula ye bila perasan wajah tidak simetri. Sinaran matahari bukan sahaja boleh menyebabkan beberapa kerosakan pada wajah seperti jeragat, bintik hitam dan tahi lalat, tetapi bentuk wajah juga.

#2 Pertambahan usia

Apabila seseorang itu bertambah usianya, wajahnya juga akan berubah menjadi tidak simetri. Ini kerana perkembangan tulang seseorang individu akan mula terhenti apabila dia mencapai usia yang matang. Tetapi tulang rawan pula akan tetap tumbuh seiring dengan pertambahan usia ye…

#3 Tabiat merokok 

Foto – Pinterest

Sesiapa yang mempunyai tabiat merokok akan mempunyai wajah yang tak simetri. Selain bahaya untuk kesihatan paru-paru, rokok boleh menjadikan wajah tak simetri kerana kandungan nikotin yang tinggi memberikan kesan pada perubahan kulit dan ciri wajah.

#4 Genetik 

Faktor yang paling common bila tak memiliki wajah yang simetri adalah genetik. Sekiranya ada ahli keluarga kamu memiliki wajah yang taksimetri, keberangkalian untuk kamu warisinya adalah tinggi tau!

Macam mana nak atasi wajah tak simetri?

Bila ada wajah tak simetri, tak semestinya kamu tak boleh ‘ubahnya’ menjadi simetri semula ye. Untuk simetrikan wajah, kamu boleh lakukannya menerusi beberapa penyelesaian seperti:

Foto – Pinterest
  • Suntikan filler di beberapa bahagian wajah seperti bibir, dagu atau hidung untuk beri lebih volume pada wajah.
  • Pemasangan implan di wajah dengan memasukkan silikon, gel atau plastik untuk beri kesan simetri pada wajah.
  • Pembedahan plastik di bahagian wajah yang diingini, dengan mendapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor bertauliah.

Selamat beramal!

faktor muka tak simetrikenapa muka tak simetripenyebab muka tak simetri
https://lomp.at/g2lqv
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Social Buzz kembali lagi dengan video yang menjadi buala hangat di laman TikTok. Penampilan YTM Tunku Sulaiman Badlishah, putera kepada...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
via AI Generated
Destinasi

Dato’ Onn Hafiz Tinjau Taman Awam Teluk Danga, Bakal Dibuka Februari 2026 – Tempat Baharu Santai di Johor Bahru

by Farah Fatihah
December 31, 2025

Kalau Johor sering jadi pilihan untuk short getaway, lepas ini satu lagi lokasi santai boleh masuk dalam senarai. Johor Bahru...

Read moreDetails
Berita

Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

by Naddy Joe
January 2, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan DOLLA, iaitu Sabronzo sentiasa menjadi tumpuan netizen disebabkan penampilannya yang seksi. Terkini, dia kembali mengundang...

Read moreDetails
Lokal

Chazynash Bersuara Selepas Dituduh Gagal Beri Nafkah

by Naddy Joe
January 2, 2026

Personaliti media sosial, Chazynash tampil bersuara selepas dituduh gagal memberikan nafkah dan mengabaikan tanggungjawab terhadap bekas isteri, Fatin Morat dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

  2. 2

    Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

  3. 3

    Dato’ Onn Hafiz Tinjau Taman Awam Teluk Danga, Bakal Dibuka Februari 2026 – Tempat Baharu Santai di Johor Bahru

  4. 4

    Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

  5. 5

    Chazynash Bersuara Selepas Dituduh Gagal Beri Nafkah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore