Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Dipuji Suara Baca Al-Quran Sedap, Mawar Rashid Sebak Imbau Saat Mula-mula Baca Iqra

by Puteri Alia
June 4, 2021
Foto - Instagram @mawarashid

Foto - Instagram @mawarashid

Share on Facebook

Semenjak berhijab Mawar Rashid kelihatan lebih tenang dan wajahnya juga dihiasi dengan cahaya penghijrahan, wanita ini juga berusaha memperbaiki diri dengan mengisi ilmu agama di dada untuk menjadi muslimah sejati.

Dan usaha tersebut membuahkan hasil bila mana Mawar sendiri berkongsi berita gembira menerusi akaun Instagram Story, yang dirinya kini sudah semakin lancar mengaji dan kegembiraan itu terpancar dari raut wajahnya sendiri.

Mawar Sebak Lancar Mengaji

Mawar berkongsi semula video Throwback dirinya mula-mula belajar mengaji dengan Iqra 3 dan akui merasa sebak, kerana dalam seumur hidupnya Mawar menyatakan dirinya tidak pernah mengaji selancar itu walaupun ayat yang di baca tidak begitu panjang.

Foto – Instagram @mawarashid

“Bila baca ayat panjang sikit dalam buku iqra 3 yang huruf matt itu, terus terhenti sebab tak dapat menahan hati yang sebak. Sebab sepanjang hidup Mawar, tak pernah baca lancar macam itu.

Walaupun ayat tak panjang sangat. Masyaa’Allah terharu sebab Allah izinkan untuk dapat belajar. Banyak lagi Mawar kena belajar untuk mula mengaji. Doakan Mawar semua.” Kongsi Mawar di Instagram Story

Belajar Bersyukur, Banyak Kebaikan Datang – Mawar Rashid

Selain berkongsi rasa gembira lancar mengaji, Mawar juga berkongsi tentang penghijrahannya di Instagram Story. Meski wanita ini tidak menjelaskan sebab utama dirinya berhijab, Mawar menjelaskan selepas berhijrah dan belajar untuk bersyukur banyak kebaikan berlaku dalam hidupnya.

“Memang dari dulu teringin, tapi bila Allah dah bagi banyak petunjuk. Mawar dah tak boleh tipu diri sendiri. Sampai satu tahap, tak tutup aurat rasa tak selesa sangat.

Dan saya banyak menangis, sebab terlampau bersyukur dengan kehidupan yang Allah bagi. Panjang cerita juga kalau nak dengar cerita Mawar berhijrah ini. Tapi Tak apa insyaa’Allah satu hari nanti adalah itu kamu akan dapat tahu cerita penuh sebab saya berhijrah.

Ianya terlalu DALAM. Syukur alhamdulillah. Kamu jangan ingat hidup Mawar sempurna, Mawar banyak ada naik dan turun. Tapi maksud Mawar di sini ialah, bila Mawar mula untuk belajar bersyukur banyak kebaikan datang.

Hati pun banyak berkata untuk berbuat kebaikan, insyaa’Allah.” Kongsinya lagi di Instagram Story

Berkat usaha untuk belajar mengaji, akhirnya Mawar sudah lancar mengaji dan ini merupakan perubahan yang bagus.

"Buka Tudung Terus Seksi!" - Perkongsian Terkini Mawar Rashid Undang Kecaman Netizen

Bukan itu saja, transformasi hijrah Mawar ini juga boleh menjadi penguat semangat bagi wanita yang ingin mula berubah menjadi muslimah sejati dan mula belajar mengaji.

berhijabhijrahmawar rashidmengaji
https://lomp.at/9uwgt
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Pelajar Sekolah Rendah Sanggup Koyak Buku Untuk Minta Autograf, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen apabila 'diserbu' sekumpulan pelajar sekolah rendah di salah sebuah restoran...

Read moreDetails
Lokal

Diana Danielle Tak Benarkan Anak Lelaki Berlakon, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Bagi Muhammad Belajar Rajin-Rajin..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Pelakon, Diana Danielle membuat perkongsian bersama peminat mengenai hasrat anak lelakinya yang mahu menceburi industri seni untuk menjadi seorang pelakon....

Read moreDetails
Lokal

Nabila Razali Terkilan, Vokal Dikaitkan Dengan Hal Peribadi

by Naddy Joe
January 20, 2026

Penyanyi, Nabila Razali berkongsi rasa kesal terhadap tindakan sesetengah netizen yang mengaitkan mutu kualiti nyanyian dengan kisah kehidupan peribadi seseorang...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aida Aris Buat ‘Live’ Di Sebelah Jenazah Anak Amyza Aznan, Undang Teguran Netizen!-“Tolong Hormat…”

by Naddy Joe
February 24, 2026

Baru-baru ini industri seni dikejutkan dengan berita pemergian putera sulung kepada pelakon dan pelawak, Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail...

Read moreDetails
Lokal

“Bila Kita Terburu-Buru Untuk Berkata Dengan Perasaan Marah…”-Mia Sara

by Naddy Joe
February 19, 2026

Pelakon, Mia Sara mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memberikan kenyataan yang melibatkan kemelut dirinya bersama pelakon, Puteri Balqis. Mia Sara...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara