Saturday, September 6, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Mekap On-Point Di Grammy 2023, Rupanya Selebriti Hanya Pakai Ini Je?

by Soph Azz
February 8, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

85
KONGSIAN
Share on Facebook

Psst… Ada yang sudah lihat ke penampilan selebriti di Anugerah Grammy 2023, terutamanya mekap mereka di karpet merah?

Ahad lepas, selebriti Hollywood ramai-ramai memeriahkan Grammy yang diadakan di Los Angeles. Apa yang membuatkan ramai yang teruja dan menanti adalah penampilan mereka yang serba glam; dilengkapi dengan padanan rias kuku hingga ke eyeshadow yang on-point!

Berbeza dengan karpet merah pertunjukan fesyen; penampilan di Grammy kalau kamu nak buat semula tidak akan menelan kos yang banyak. Mungkin lebih murah dan mampu milik.

Nak tahu rahsia sebalik mekap on-point para selebriti yang hadir ke Grammy 2023; Miss Murai kongsikan beberapa alat solek gempak yang digunakan oleh mereka…

Lizzo 

Foto – Pinterest

Tampil dalam solekan serba peach yang dipadankan bersama dengan gaun korset kristal Dolce & Gabbana, jurusolek Lizzo iaitu Alexx Mayo menggunakan produk seperti [Charlotte Tibury Beauty Blush Wand] dan bulu mata besar lentik daripada [Velor Lashes]

Cardi B 

Walaupun separuh wajahnya ditutup separuh dengan gaun Gaurav Gupta Couture, makeup artist Cardi B berjaya membuatkan solekannya nampak menyerlah.

Foto – Pinterest

Makeup artist, Erika La’Pearl menggunakan eyeshadow dalam rona Blitz Blue daripada [Pat McGrath Labs Mothership: Subliminal Palette], [Pat McGrath Labs FetishEyes Mascara] dan [Pat McGrath Labs Sublime Perfection Foundation]. Untuk compliment gaun penyanyi tersebut, Erika menggunakan [SOL by Jergens Sunless Tanning Water Mousse] pada badan.

Katanya kena pakai selama 6 jam sekurang-kurangnya, sebelum bilas untuk dapatkan kesan terbakar yang lebih cantik!

Doja Cat 

Foto – Pinterest

Untuk Doja Cat pula, makeup artist Ernesto Casillas menggunakan produk solekan daripada Charlotte Tilburry termasuklah [Glow Glide Face Architect Highlighter] untuk buatkan wajahnya nampak lebih glow dan sharp.

Megan Fox 

Foto – Pinterest

Bagi Megan Fox pula, jurusolek Jenna Kristina mendedahkan dia menggunakan [IMAGE Skincre MD Restoring Eye Masks] untuk prep kulit aktres ini sebelum menggunakan beberapa alat mekap Maybelline seperti [Color Sensational Lip Liner] dan [Lifter Gloss] dalam rona “Ice”.

Bebe Rexha 

Tampil seperti Barbie, Bebe menggayakan stail rambut 70’s yang diinspirasikan oleh aktres Farah Fawcett menggunakan produk UNITE iaitu [syampu kering] dan [set Blow&Lotion].

Foto – Pinterest

Manakala solekannya pula menggunakan produk daripada Tweezerman seperti [Brow & Lash Brush] dan [Classic Eyelash Curler].

Olivia Rodrigo 

Foto – Pinterest

Menggunakan produk daripada YSL, Olivia tampil natural glam dengan menggunakan [Nu Lip and Cheek Balmy Tint], [All Hours Foundation] dan [Touche Éclat All Over Brightening Pen]

Camilla Cabello 

Hanya gunakan produk drugstore sahaja, makeup artist Ash K Holm memadankan solekan Camilla sepadan dengan bra manik mutiaranya. Ash menyolek Camilla menggunakan barangan L’Oreal Paris seperti [serum Vitamin C], [24H Pore Minimizer], [True Match Super-Blendable Foundation], [True Match Lumi Glution], dan [Telescopic Lift Mascara].

Foto – Pinterest

Manakala hairstylist Dimitris Giannetos pula menggunakan produk rambut L’Oreal untuk menggayakan rambut Camilla seperti [EverPure Sulfate Free 21-in-1 Color Caring Spray] dan [Elnett Satin Hairspray Extra Strong Hold].

Dah tahu kan, tunggu apa lagi? Cepat-cepat “add to cart” sekarang!

beauty trend 2023grammy award 2023
https://lomp.at/07e9n
Share34Tweet21SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Datin Shahida Tulis Nama Buku Latihan Anak, Lain Pula Yang Netizen Perasan?..-“Orang Kaya Pun Sempoi…”

  2. 2

    5 Langkah Mudah Untuk Semak Baki SARA Dalam MyKad

  3. 3

    [VIDEO] Gelagat Tok Ram Mengusik Anak Nabil Ahmad Jadi Bualan Netizen

  4. 4

    Daniesh Suffian Pilih ‘Menjauh’ Demi Hormati Hubungan Bella Astillah dan Syed Saddiq

  5. 5

    “Hidup Penuh Dengan Rasa Syukur & Tidak Dendam”- Kongsian Madu Marissa Dania Curi Perhatian

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem