Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ngilu Dan Rasa Terganggu? Perkongsian Mekyun Ini Buat Ramai Boleh Relate

by Ayu Kamaruddin
December 20, 2025
29
KONGSIAN
Share on Facebook

Satu perkongsian ringkas oleh pempengaruh media sosial, Wee Yun Nee atau Mekyun, baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila beliau berkongsi pengalaman kurang selesa ketika sedang menikmati makanan di sebuah restoran. Dalam video tersebut, Mek Yu menceritakan situasi beliau apabila individu di meja bersebelahannya makan berbunyi yang jelas hingga membuatkan rasa ngilu dan tidak selesa.

Menurut Mek Yu, isu ini mungkin nampak remeh bagi sesetengah orang, namun bagi dirinya, bunyi mengunyah dengan mulut terbuka adalah sesuatu yang sangat mengganggu. Justeru, beliau mengambil peluang itu untuk berkongsi sedikit pandangan mengenai etika makan, khususnya apabila berada di tempat awam atau makan bersama orang lain.

“Kalau boleh, makan dan kunyah dengan mulut tertutup,” jelasnya, sambil mempersoalkan sama ada individu yang menghasilkan bunyi tersebut sedar akan tingkah laku mereka sendiri. Mek Yu turut mengakui bahawa bukan semua orang sensitif terhadap perkara ini, namun bagi dirinya secara peribadi, bunyi tersebut sukar diterima.

@mekyunnnn

Apa pendapat korang? Setuju tak dengan apa Mekyun cakap? 🤔 Mekyun rasa benda ni memang penting untuk adab makan. Aaaa telinga Mekyun tak tahan bila dengar orang makan berbunyi 😭

♬ original sound – Mekyun – Mekyun

Tambahnya lagi, etika makan bukan sekadar soal adab, tetapi juga tanda menghormati orang sekeliling. Antara perkara asas yang ditekankan ialah makan secara perlahan, mengunyah dengan mulut tertutup dan menjaga keselesaan orang lain di sekeliling meja. Katanya, cara sebegini bukan sahaja lebih sopan, malah mencerminkan sikap bertamadun.

Perkongsian tersebut pantas mengundang reaksi netizen, dengan ramai yang bersetuju dan berkongsi pengalaman serupa. Ada yang mengakui turut terganggu dengan bunyi makan, manakala sebahagian lain berpendapat setiap orang mempunyai tahap sensitiviti berbeza dan isu ini perlu dilihat dari sudut toleransi.

“betul rimas bila dengar bunyi tu terus turn off nak makan dekat orang tu.”

“Pernah tegur, ehh dia marah kita balik. Katanya family dia pun tak marah. Benda normal makan bunyi , dia kata sebab tengah kunyah. Lepastu saya terpaksa pekakkan telinga bila makan bersama.”

Via instagram/ @Mekyun

Sekadar info tambahan, Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee merupakan antara content creator berpengaruh di Malaysia, dikenali ramai kerana kefasihannya bertutur dalam dialek Kelantan walaupun berbangsa Cina. Popular di TikTok dan Instagram menerusi akaun @mekyunnnn, kandungannya banyak berkisar tentang keluarga, budaya, nilai positif dan motivasi, sekali gus melayakkannya memenangi Best National Entertainment Influencer KNKV Viral Awards 2024 serta dilantik sebagai Duta Telekom Malaysia. Dari ratusan ribu pengikut kepada jutaan hari ini, Mekyun dilihat sebagai simbol beauty with brains serta keharmonian kaum.

Apa pun, mesej Mekyun jelas, etika makan masih relevan dan wajar dititikberatkan, terutamanya dalam situasi sosial. So, team “tak boleh dengar bunyi makan” atau team “tak kisah langsung”?

[VIDEO] Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan
adab makanMekyun
https://lomp.at/08yj9
Share12Tweet7SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ieda Moin Kongsi Realiti Sebagai Seorang Artis-“Berbekalkan Populariti, Followers Berjuta, Kontroversi..”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin berkongsi realiti kehidupan sebagai seorang artis yang kini lebih kepada populariti dan bilangan pengikut di...

Read moreDetails
Foto - @syed.ishak.731 (FB)
Lokal

“Yang Perlu Dibersihkan Adalah Orang Bawa Nama Syed”- PU Syed

by Nurul A.
January 27, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed atau nama penuhnya, Syed Mohd Bakri, dengan tegasnya tampil menjelaskan bahawa individu yang memiliki gelaran "Syed"...

Read moreDetails
Foto - @wafarienaroslan (IG)
Lokal

Pinggul Wafariena Roslan Jadi Perhatian- “Saya Suka Macam Kim K”

by Nurul A.
March 12, 2026

Baru-baru ini nama pelakon Wafariena Roslan menjadi bualan ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa dia telah melakukan pembedahan kosmetik bagi...

Read moreDetails
Foto - nur.nilam.ortiz (FB)
Lokal

Nur Nilam Ortiz Beri Bayangan Sudah Berpisah?- “Doa Yang Baik-Baik Untuk Kami”

by Nurul A.
March 3, 2026

Hantaran video pendek usahawan Nur Nilam Ortiz di platform TikTok mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet apabila isteri kepada pelakon...

Read moreDetails
Foto - @the_haidars (IG)
Lokal

Peminat ‘Kenenkan’ Dengan Fazura, Ini Respons Que Haidar- “Jodoh Tak Boleh Tolak”

by Nurul A.
February 16, 2026

Pelakon Que Haidar mencuri tumpuan ramai apabila mengulas kenyataan mengenai kemungkinan jodoh bersama pelakon dan usahawan Nur Fazura. Memetik kenyataan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara