• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Melly Goeslaw Bakal Tampil Dengan Konsert Pertama Di Kuala Lumpur

by Arsiqin Yusof
December 1, 2022
Share on Facebook

Sebut sahaja nama Melly Goeslaw, tentunya sangat ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang tahu dan boleh menyanyikan lagu-lagunya. Penyanyi berbakat besar dari seberang ini bukan sahaja hebat berkarya untuk lagu yang dinyanyikan olehnya sendiri, malah turut berjaya menghasilkan pelbagai ‘masterpiece’ untuk penyanyi hebat lain.

Berita baik untuk anda, Melly Goeslaw bakal mengadakan konsert pertamanya di Malaysia, Ada Apa Dengan Melly? (AADM) pada 3 Januari 2023 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Konsert AADM pastinya akan dipenuhi dengan lagu-lagu popular nyanyian dan ciptaan Melly yang tentu sahaja akan membuat kebanyakan penonton mengimbau kembali zaman di bangku sekolah.

Tema Pakaian Sekolah

Kesinambungan dengan itu, konsert itu akan tampil dengan konsep tersendiri di mana semua hadirin wajib memakai pakaian bertemakan sekolah sebagai kod pemakaian rasmi.

“Saya sangat gembira mahu adakan konsert ini. Semoga kehadiran saya ke Malaysia kali ini memberikan warna baru untuk industri muzik dan seni pertunjukkan di Malaysia.

“Semua tahap pencapaian saya sebagai seorang manusia, saya sudah capai. Saya sudah jadi isteri, ibu kepada anak-anak, penyanyi dan komposer. Tapi apa yang saya mahu dan belum saya capai adalah untuk dikenang. Saya mahu perjalanan karya saya dikenang apabila saya sudah tiada nanti,” katanya.

Melly berkata demikian pada Sidang Media Konsert Ada Apa Dengan Melly? di Mandarin Oriental Kuala Lumpur, petang Rabu.

Tampil Penyanyi Dari Malaysia?

Mengulas lanjut, Melly juga mengatakan konsert tersebut mungkin akan menampilkan penyanyi dari Malaysia.

“Mungkin konsert itu akan menampilkan penyanyi Malaysia, cuma buat masa ini, pihak kami masih belum dapat mengumumkan siapa,” katanya lagi.

Konsert AADM merupakan pembuka tirai untuk persembahan Melly untuk tahun hadapan yang juga memberi tanda genap 30 tahun kerjayanya sebagai penyanyi.

Jualan tiket bermula pada harga RM288 hingga RM1,588 dan boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com.my.

konsertMelly Goeslaw
https://lomp.at/1j4hn
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via Instagram @missfazura
Lokal

Fazura Dedah “Pantang No.1” & Pet-Peeves Dalam Kehidupan Seharian: “Kalau Kena Duit Dia, Sebiji Coklat Pun Tak Sanggup!”

by Farah Fatihah
December 18, 2025

Kadang-kadang, kita rasa perlukan ruang untuk meluahkan apa yang selalu mengganggu hati. Itulah yang dilakukan oleh Fazura menerusi satu perkongsian...

Read more
Lokal

Umisya Mazlan Tak Pernah Letak Syarat Dalam Poligami-“Tak Pernah Misya Yang Mengarah..”

Pempengaruh media sosial, Umisya Mazlan tampil bersuara terhadap sikap sesetengah netizen yang melemparkan pelbagai tuduhan terhadap dia yang didakwa meletakkan...

Read more
by Naddy Joe
November 12, 2025
Indonesia

Shae Ingat Kena ‘Prank’, Ini Senarai Rasmi Peserta Gegar Vaganza 12

Penyanyi dan pelakon Indonesia, Shae akui pada mulanya menyangka dia terkena 'prank' ketika dihubungi pihak terlibat untuk tampil menjadi salah...

Read more
by Naddy Joe
October 24, 2025
Lokal

[VIDEO] Gelagat Che Ta Bebel Aaisyah Pakai Heels Dalam Rumah-“Kalau Pak Hang Tengok Mengamuk”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Che Ta yang membebel kepada Aaisyah kerana memakai kasut tumit tinggi di dalam...

Read more
by Noah Ab
November 21, 2025
Lokal

[VIDEO] “Jihad Seseorang Itu Membuatkan Saya Insaf”-Elly Mazlein

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Elly Mazlein memberitahu bahawa perubahan yang dilakukan dirinya itu kerana tersentuh dengan melihat...

Read more
by Noah Ab
October 6, 2025
Hollywood

Masih Tak Serik! ‘Pyjama Man’ Pernah Ceroboh Ariana, Olimpik, Konsert & Segala Acara Besar

Sebelum ini tayangan perdana filem The Wicked: For Good di Universal Studios Singapore bertukar kecoh apabila seorang lelaki melompat melepasi...

Read more
by Aphit J.
November 16, 2025
Foto - @jackiechan (IG)
Asia

[VIDEO] Sengaja Sentuh Belakang Penyanyi Wanita, Jackie Chan Didakwa Lakukan Gangguan Seksual

Pelakon aksi China, Jackie Chan didakwa melakukan serangan seksual terhadap penyanyi Hong Kong, Joey Yeung selepas video mereka tular di...

Read more
by Nurul A.
October 7, 2025
Lokal

[VIDEO] Syed Saddiq Buat Trend ‘Kacamata’, Netizen ‘Cemburu’!-“Ni Afgan Pun Kalah..”

Perkongsian penyanyi , Bella Astillah mencuri perhatian netizen selepas dilihat memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read more
by Naddy Joe
November 6, 2025
Lokal

Rizalman Dikecam Netizen! Ada Yang Dakwa Mahu Boikot Gara-Gara Isu GSF!

Sebelum ini Murai Malaysia ada berkongsikan mengenai pereka fesyen Datuk Rizalman Ibrahim yang menjadi perhatian hangat di media sosial selepas...

Read more
by Aphit J.
October 5, 2025
Lokal

[VIDEO] Che Ta Akui Harus Belajar Untuk ‘Melepaskan’, Cetus Rasa Sebak Netizen

Pelakon, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen majlis pertunangan anak lelakinya,...

Read more
by Naddy Joe
October 27, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    Putera Mateen Kongsi Momen Sukan SEA, ‘Baby Bump’ Puteri Anisha Curi Perhatian!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore