• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Memalukan! Netizen Kutuk Video Gelek Gerudi Wanita Seksi di Kelantan

by Phic ARMAN
July 10, 2017
Share on Facebook

Kontroversi yang melibatkan 3 artis dikir barat wanita ini telah mengundang kecaman dari netizen di media sosial. Aksi mereka bertiga dirakamkan menerusi video selama 5 minit dan 12 minit secara live di Facebook.

Video yang menjadi tular ini menyaksikan persembahan mereka meraikan pengantin baru di Kampung Padang Tembusu.

https://murai.my/wp-content/uploads/2017/07/19904305_130783657510679_529161677631913984_n.mp4

Menurut laporan dari Sinar Harian persembahan ini bermula jam 10 malam hingga jam 12 malam semalam menjadi tumpuan ratusan penduduk kampung yang menonton sampai habis persembahan mereka.

Dalam video berkenaan tiga wanita dilihat beraksi bersama beberapa artis dikir barat lelaki. Tindakan tiga artis itu dikutuk sesetengah pelayar laman sosial, lebih-lebih lagi Kelantan sebuah negeri yang digelar Serambi Makkah.

Laporan dari Harian Metro mengatakan tuan rumah yang hanya mahu dikenali Mohamad, 58 tahun, mendakwa beliau tidak tahu-menahu acara tarian “gelek berahi” itu.

Beliau hanya dimaklumkan oleh pengurus kumpulan muzik untuk membuat persembahan dikir “biasa” sahaja.

“Saya tidak tahu-menahu mereka sediakan tarian gelek kerana semuanya diuruskan kumpulan dikir,” katanya, yang tinggal Kampung Padang Tembusu.

Beliau, yang enggan memberikan nama sebenar, meminta anaknya menjemput penyanyi dikir tetapi tidak menyangka ada tarian gelek.

Sumber Sinar Harian dan Malay Mail Online

Macam Dalam "Fairy Tale", Siapa Sangka Ada Glamping & Chalet Kayu Tengah Hutan Jeli, Kelantan
dikir baratkelantantarian gelek
https://lomp.at/qemau
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

FAKTA

Faliq & Chryseis Tan Nikah Februari Ini, Netizen Persoalkan Status Agama

by Zaidin Albert
January 4, 2018

'Kalau dah jodoh tak kemana’, seperti pasangan sepadan ini yang memutuskan untuk melangsungkan pernikahan pada bulan Februari ini. https://www.instagram.com/p/BdY3-4XjzKq/?taken-by=chrystan_x Menerusi...

Read moreDetails
FAKTA

Suami Dibunuh Kejam Komunis, Ini Kisah Sebenar Mangkuk Tingkat Mak Teh

by Khai Azfar
May 10, 2021

Selain himpunan lagu-lagu raya dimainkan di corong radio, iklan raya yang dihasilkan oleh pelbagai penggiat industri juga antara dinanti-nantikan saban...

Read moreDetails
FAKTA

6 Fakta Menarik ‘Mall’ Terbaru LaLaport BBCC, Dulu Merupakan Tapak Penjara Pudu

by Phic ARMAN
January 20, 2022

Generasi sekarang mungkin tidak tahu Bukit Bintang City Centre (BBC) atau kini berdiri megah pusat membeli-belah terbaru LaLaport BBCC sebenarnya...

Read moreDetails
FAKTA

Berhantu? Ini Senarai Tempat ‘Keras’ Yang Ada Di Malaysia

by Jash Lee
August 15, 2020

Anda pernah dengar filem mistik yang bertajuk 'Bangunan'? Jom kita tengok bagaimana filem ini dirakam dan misteri tempat yang dikosongkan...

Read moreDetails
FAKTA

Selepas ‘Kardashians Kelantan’, ‘The Azmin’Pula Jadi Tumpuan Netizen

by Khai Azfar
July 16, 2021

Sejak minggu lalu, anak-anak kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi tumpuan warganet berikutan salah seorang daripadanya menafikan bahawa mereka...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore