Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Memang Tak Padan Langsung Dengan Saya”– Datuk Red Puji Adira Pakai Baju Pengantin

by Puteri Alia
August 5, 2025
Share on Facebook

Selepas lebih setahun membawa haluan sendiri, Adira Suhaimi mencuri perhatian apabila secara terbuka mendoakan agar bekas suaminya, Datuk Red, dipertemukan dengan jodoh yang lebih baik. Menerusi ruangan komen di media sosial, penyanyi bersuara lunak itu dilihat memberikan respons sopan dan penuh makna selepas Red meninggalkan komen dalam salah satu video Adira yang memperagakan busana pengantin.

Komen yang ditinggalkan oleh Red nyata mengundang perhatian apabila dia memuji penampilan jelita bekas isterinya itu, malah mengakui bahawa dirinya tidak sepadan dengan Adira. Ucapan ikhlas itu turut disusuli dengan doa agar Adira terus dikurniakan rezeki dan kesihatan yang baik, serta reda jika wanita itu ditakdirkan bersama lelaki lain yang lebih sesuai dengannya.

Menariknya, Adira membalas komen itu dengan penuh tenang dan matang, sekali gus mencerminkan hubungan mereka yang kekal harmoni walaupun sudah berakhir sebagai suami isteri. Ucapan “Semoga awak dapat jodoh yang terbaik” yang ditujukan kepada Red ternyata mendapat reaksi positif daripada pengikut mereka, yang kagum melihat cara mereka mengekalkan hubungan baik demi anak-anak.

Pasangan ini sebelum ini mendirikan rumah tangga secara senyap di Songkhla, Thailand pada Disember 2015 dan Adira bergelar isteri kedua kepada ahli perniagaan itu. Namun, rumah tangga mereka tidak bertahan dan berakhir dengan penceraian pada April 2024. Sepanjang sembilan tahun bersama, mereka dikurniakan empat cahaya mata yang kini sedang membesar.

Walaupun sejarah perkahwinan mereka dihiasi dengan pelbagai kontroversi, Adira dan Red kini dilihat lebih terbuka dan saling menghormati, sekaligus menjadi contoh bagaimana dua individu boleh memilih jalan berdamai demi masa depan anak-anak. Tidak ramai pasangan yang mampu kekal rasional selepas berpisah, apatah lagi apabila ada sejarah pahit yang menyelubungi.

Netizen Sibuk Kenenkan Dengan Hafiz Suip! Ini Respon Adira

Namun, interaksi terbaru mereka memberi bayangan jelas bahawa perpisahan tidak semestinya berakhir dengan permusuhan. Sebaliknya, ia boleh menjadi titik permulaan kepada kedewasaan dan penghormatan terhadap masa lalu yang pernah mereka kongsi bersama.

adira suhaimidatuk red
https://lomp.at/xs05a
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tegur Konten Persenda Solat- “Dah Basi Lawak Macam Ni”

by Nurul A.
March 17, 2026

Bab-bab ibadah memang tiada kompromi! Pelakon Kamal Adli mencuri perhatian ramai selepas meninggalkan komen berbentuk teguran kepada seorang pemuda di...

Read moreDetails
Lokal

Alicia Amin Pertahan Meerqeen Yang Dikecam Makin Berisi?

by Naddy Joe
February 19, 2026

Aktres dan model, Alicia Amin meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal perubahan fizikal aktor kacak, Meerqeen yang...

Read moreDetails
Spotlight

Siti Nurhaliza Tak Sangka Peminat Masih Angau- ‘Abang Bagi Spray Muka Dia Sket’

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dah nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, atau lebih mesra dipanggil TokTi, memang lain macam impaknya. Bukan setakat lagu masih...

Read moreDetails
Foto - @adamcorrielee (IG)
Lokal

Adam Corrie Kenang Pengalaman Pertama Berpuasa- “Saya Takut Emak Marah”

by Nurul A.
February 19, 2026

Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman peribadinya berpuasa semasa bulan Ramadan. Berdasarkan perkongsian...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara