Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Memang Wujud, Saintis Jumpa SpongeBob & Patrick Dalam Dunia Sebenar!

by Soph Azz
August 5, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Siapa sahaja yang tak terkejut apabila ternampak SpongeBob SquarePants dan Patrick Star dalam dunia sebenar, betul tak?

Sekumpulan saintis marin National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) telah menjumpai hidupan laut yang menyerupai watak animasi tersebut.

Foto – Twitter

Penampakan tersebut adalah span laut (Porifera) yang berwarna kuning dan bintang laut (Asteroidea) yang berwarna merah ditangkap di kamera kenderaan yang dikendalikan dari jarak jauh (ROV).

Menurut Christopher Mah iaitu saintis NOAA mengatakan ROV meneroka habitat bawah laut dan secara tidak langsung ternampak hidupan laut tersebut.

Foto – Kumparan

“Saya fikir ianya lucu apabila membandingkan hidupan laut dengan watak animasi tersebut. Sebagai ahli biologi yang pakar dalam binatang laut, kebanyakan pengambaraan SpongeBob dan Patrick itu tidak benar”, dedah Christopher.

Jelasnya lagi ada lebih daripada 8500 spesis span dan ianya wujud sejak 600 juta tahun yang lalu. Sekadar info tambahan, bentuk dan tekstur span ini berbeza dan ianya bergantung sama ada mereka tinggal di pasir lembut atau batuan keras. Span laut kuning seperti SpongeBob itu tergolong dalam keluarga Hertwigia.

Foto – Twitter

Manakala bintang laut yang mirip seperti Asteroidea pula dikenali sebagai Chondraster. Ia memiliki 5 lengan yang ditutup dengan penyedut kecil. Dengan bentuk badan seperti itu, berkemungkinan mereka akan merangkak di dasar laut dan melekat pada batu dan organisma seperti Patrick.

Foto – Twitter

Tambah Christopher, span laut merupakan mangsa bintang laut Chondraster. Jadi Patrick Star berkemungkinan besar memburu SpongeBob untuk dijadikan sebagai mangsanya, dan bukan seperti yang digambarkan dalam kartun.

Foto – Pinterest
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
patrick starspongebob squarepants
Share3Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara