Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Menantu Siti Nurhaliza Diserang Caprice, Asyraf Khalid Umum Akan Saman Fitnah

by Puteri Alia
August 1, 2025
Share on Facebook

Pempengaruh dan usahawan Asyraf Khalid kini berdepan kemelut serius di media sosial selepas penyanyi dan aktivis, Caprice memuat naik beberapa hantaran berbaur kecaman terhadapnya berikutan penglibatan seorang individu kontroversi dalam podcast kendaliannya. Asyraf yang juga menantu kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil pada satu sidang media bagi menjelaskan keadaan sebenar, sambil mengumumkan hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Caprice atas tuduhan yang didakwa berunsur fitnah dan merosakkan reputasinya sebagai ahli perniagaan.

Menurut Asyraf, segala serangan tersebut berpunca daripada penyiaran satu klip pendek temu bual bersama seorang lelaki yang dikaburkan wajahnya dan didakwa oleh sesetengah pihak sebagai individu yang terlibat dalam kes kekerasan lampau. Walaupun episod penuh podcast itu belum disiarkan dan akhirnya dibatalkan atas budi bicara sendiri, Asyraf menjelaskan Caprice tetap meneruskan serangan terhadapnya melalui media sosial, termasuk pendedahan mesej peribadi mereka.

Asyraf menyatakan bahawa situasi ini telah memberi tekanan hebat terhadap dirinya secara mental dan emosi, terutama apabila dia mula dilabel dengan pelbagai gelaran mengaibkan seperti ‘perogol’, ‘pedofilia’ dan turut menerima kecaman terhadap ahli keluarganya. Katanya, walaupun beliau dan Caprice telah berkawan sejak usia 18 tahun, apa yang berlaku kini sukar diterima kerana tindakan Caprice dianggap melepasi batas seorang sahabat.

Tambahnya lagi, niat asal episod tersebut bukan untuk menormalisasikan kekerasan, sebaliknya menampilkan pelbagai latar belakang individu sebagai tetamu bagi membuka ruang dialog lebih luas. Namun setelah menyedari ia menimbulkan sensitiviti, dia memilih untuk tidak menyiarkan kandungan itu demi menghormati semua pihak. Malangnya, keputusan itu tidak menghalang kecaman awam yang semakin menggila.

Peguam yang mewakili Asyraf, Abdul Hakiem Aiman turut memaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pudu dan pihaknya kini dalam proses meneliti dokumen untuk memfailkan saman malu dan fitnah terhadap Caprice. Menurutnya, Caprice tidak mendapatkan sebarang penjelasan daripada Asyraf sebelum memuat naik hantaran-hantaran berkenaan, yang akhirnya menimbulkan gelombang kecaman awam.

[VIDEO] Caprice Dedah Taska Terkenal Kurung Budak Autisme Dalam Stor? Netizen Kongsi Pengalaman!

Caprice sebelum ini menyatakan kemarahannya kerana individu yang muncul dalam podcast berkenaan pernah membuat ugutan terhadap dirinya dan keluarga, serta berkongsi beberapa bukti kecederaan yang didakwa berkait dengan individu tersebut. Tindakan Asyraf menjemput tetamu tersebut, meskipun wajahnya dikaburkan, mencetuskan kontroversi sehingga ramai netizen mempersoalkan motif sebenar program berkenaan.

Kini, pertikaian ini bukan lagi sekadar isu kandungan digital, sebaliknya berpotensi dibawa ke mahkamah bagi menentukan sejauh mana batas kebebasan bersuara dalam era media sosial yang penuh risiko salah faham dan salah tafsir.

asyraf khalidcaprice
https://lomp.at/di33h
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @littlemisskhan (IG)
Lokal

[VIDEO] Ciri Lelaki Idaman Ameera Khan Buat Ramai Terkedu- “Kaya, Dia Perlu ‘Maintain’ Saya”

by Nurul A.
February 10, 2026

Pempengaruh, Ameera Khan menjadi tular baru-baru ini apabila tampil berkongsi mengenai kriteria lelaki idamannya. Ameera atau lebih mesra dikenali sebagai...

Read moreDetails
Insentif

Biasiswa Anak eKasih Diperkenalkan, 10,000 Pelajar IPTA Bakal Terima Manfaat

by Ayu Kamaruddin
March 12, 2026

Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi terus komited memperluaskan akses pendidikan kepada golongan memerlukan dengan memperkenalkan Biasiswa Anak eKasih. Inisiatif baharu...

Read moreDetails
Lokal

Eyka Farhana Kongsi Foto ‘Baby Bump’, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Segannya Tengok Pakaian..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Umum mengetahui pelakon, Eyka Farhana baru sahaja mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak pertama setelah hampir dua tahun mendirikan...

Read moreDetails
Lokal

Intan Najuwa Diganggu Selama Berbulan-Bulan Oleh Seorang Lelaki, Tampil Buat Laporan Polis!

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sering diganggu sehingga pernah membuat panggilan di pejabat Polo Club, pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan...

Read moreDetails
Foto - @badgalriri (IG)
Hollywood

[VIDEO] Penampilan Terkini Rihanna Buat Peminat Tergamam- “Mengandung Lagi?!”

by Nurul A.
January 28, 2026

Kecoh di media sosial, apabila peminat mendakwa penyanyi dan usahawan Rihanna sedang hamil anak keempat! Khabar angin itu tercetus selepas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara