Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Mengakui ‘Serik’ Berdepan Zaman Dibenci Ramai Orang Gara-Gara Isu Curang, Kereta Shuk Sahar Pernah Diludah Netizen

by Puteri Alia
January 15, 2024
Share on Facebook

Cancel culture ialah satu budaya popular dipercayai mula muncul pada tahun 2017 di Twitter di mana ketika itu gerakan tersebut menentang penderaan dan gangguan seksual di tempat kerja.

Gerakan berkenaan berjaya menyedarkan satu dunia dengan hanya menggunakan tanda pagar di Twitter dan ia telah menjadi satu gerakan yang menggoncang dunia.

Ini kerana Cancel culture ini mengakibatkan satu sosok, ataupun satu organisasi ‘jatuh’ dengan hanya makian dan cercaan para netizen yang datang entah dari mana-mana. Kepercayaan masyarakat mula hilang apabila sudah di’cancel’ di dalam media sosial.

Sebagai contoh, setelah sering terpalit isu curang sehingga rumah tangga musnah, pelawak Shuk Sahar mengakui melalui detik yang cukup memeritkan apabila dirinya dibenci ramai orang.

Jelas Shuk atau nama lengkapnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar selain teruk dikecam kereta miliknya pernah diludah seorang individu ketika sedang makan di Pulau Pinang.

“Pernah ada seorang mak cik nampak saya dan terus membisikkan sesuatu kepada anaknya sambil tunjuk reaksi benci.

“Ingat sampai situ sahaja tetapi apabila dia lalu di sebelah kereta saya, saya nampak dia meludah,” dedahnya dalam sebuah podcast.

Meski panas hati dengan perbuatan wanita terbabit, pelawak itu hanya mendiamkan diri kerana sedia maklum dengan ‘cancel culture’ atau satu bentuk pemulauan sosial.

“Rasa nak bangun kerana marah tetapi waktu itu kes saya tengah meletup, orang kedai pula pandang saya semacam.

“Jadi, saya tidak buat apa-apa. Itu tahap cancellation rakyat Malaysia,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Shuk berdepan krisis rumah tangga dengan bekas isterinya, Sera kerana didakwa bermain kayu tiga dengan wanita lain yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Fara Salleh Berang Shuk Sahar Tidak Jawab Panggilan Mahkamah!-"Kenapa Dengan Kau Ni Iblis?..."

Berkali-kali ‘kantoi’ dan tidak tahan dengan kemelut berpanjangan, Sera atau nama penuhnya Rossalennah Natassyiah Assahaferah nekad memfailkan cerai pada Mac 2022 sebelum mereka sah berpisah pada 27 Mac tahun lalu.

Shuk SaharShuk Sahar curang
https://lomp.at/kqt4v
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tak Lupa Sebut Nama Uqasha Senrose Untuk Kejut Sahur- “Lawak Tapi Kesian”

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon Kamal Adli sekali lagi menjadi perbualan ramai apabila memuat naik video kejut sahurnya pada hari kedua berpuasa di platform...

Read moreDetails
Lokal

Noh Salleh Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Isteri”-Permaisuri Keluarga Kita…”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh menitipkan ucapan istimea sepena hari lahir isterinya, Fatin Athira Mustapa pada  Selasa, baru-baru ini. Isteri...

Read moreDetails
Spotlight

Pevita Pearce Solat Raya Di Masjid Besar Bernilai RM30 Juta Milik Bapa Mentua Di Penang

by Zaidin Albert
March 27, 2026

Kalau tengah scroll Instagram, mesti tak terlepas tengok Pevita Pearce yang tengah menikmati momenhari raya bersama suami tercinta, Mirzan Meer,...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Beri Sumbangan RM20,000 Untuk Kos Rawatan Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa mencuri perhatian netizen selepas dilihat memberikan bantuan sebanyak RM20,000 kepada anak lelaki...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara