Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes Properti

Menghadap Laut Caribbean! Intip Kediaman Mewah 5 Tingkat Rihanna Bernilai RM91 Juta

by Zaidin Albert
July 3, 2019
Share on Facebook

Siapa saje yang tak kenal dengan penyanyi berasal dari US ini. Selain popular, Rihanna memang dikenali kerana kekayaannya dan tidak hairanlah jika dengan mudah dia membeli rumah mewah di Barbados dengan harga US$ 22 juta atau RM91 Juta. Memang besar! kediaman 5 tingkat ini seakan-akan seperti sebuah pangsapuri.

Baru-baru ini Rihanna pernah disenaraikan menjadi antara wanita terkaya di dunia dengan keseluruhan harta mencapai US$600 Juta bersamaan dengan RM2.48 Billion. Harga rumah yang dimilikinya tersebut tak semahal mana jika dibandingkan hartanya.

Wang sebanyak itu berjaya dikumpulkan olehnya semenjak kariernya mula mekar dalam industri muzik menerusi lagu berjudul “Umbrella” yang rilis pada tahun 2008 lalu. Terlalu banyak untuk dikongsikan mengenai pencapaian Rihanna sepanjang dia bergelar artis. Apa-apa pun, di sini kami ingin membawa anda untuk menjenguk kediamannnya yang super mewah, jom!

Kediaman Rihanna terlihat sangat megah kerana setinggi 5 tingkat

Memetik dari Daily Mail, seperti yang kita lihat rumahnya memang sekilas mirip seperti istana. Senibinanya yang menggunakan 4 tiang utama di tengah dan atap berbentuk segitiga menekankan kesan super mewahnya itu.

Belum lagi dengan banyaknya ruangan yang dihias dengan lampu berwarna kuning keemasan. Buat yang pertama kali datang ke sini pasti memerlukan waktu lebih dari 1 jam buat mengunjungi setiap sisi rumahnya.

Berdiri di atas tanah seluas 930 meter persegi

Dengan harga yang semahal itu bukan setakat luas bangunannya sahaja yang besar tetapi juga termasuk halamannya juga. Difahamkan, luas tanahnya sekitar 930 meter persegi.

Berbagai-bagai fasiliti lengkap yang selalu kita jumpa hotel 5 bintang ada di rumah milik Rihanna ini.

Ruang kumpul keluarga yang dipenuhi ornamen kayu

Masuk ke dalam rumahnya, ada ruang isitirehat bersama keluarga yang sering dijadikan Rihanna untuk bersantai. Terlihat, dia memenuhi seluruh ruangan ini dengan perabot berornamen kayu seperti meja, kerusi hingga lantainya.

Kolaborasi Dengan LV Gagal, Bisnes Fesyen Rihanna Rugi Hampir RM200 Juta

Untuk penyejuk udaranya cukup dengan 5 buah kipas angin.

Kerana ia  terdiri dari lima tingkat, rumah Rihanna dipastikan memiliki tangga. Bukan tangga rumah biasa-biasa kerana rekaannya berbentuk seperti spiral.

Tangganya dilapisi jubin marmar serta pembatas besi yang bentuknya sangat klasik serta elegan.

Walaupun sedikit terlihat sempit, bilik tidur yang digunakan oleh penyanyi ini dan tetamu dipenuhi dengan perabot moden.

Beberapa diantaranya yang menarik perhatian adalah katil berukuran king size, lukisan orang yang unik serta lampu gantung besar yang betul-betul berada di atas tempat tidur.

Di sebelah bilik tidur ada bilik mandi yang didominasi dengan warna putih serta sentuhan warna cokelat di beberapa bahagiannya.

Para tetamu boleh berendam di sebuah jacuzzi yang sangat luas.

Dapurnya sendiri tak terlalu mewah, cuma ada beberapa peralatan wajib yang dihias oleh sepotong bunga dalam pasu.

Selain ada kolam renang yang berbentuk memanjang, tetamu yang datang ke rumah Rihanna juga akan melihat halaman belakang yang luas.

Menghadap Laut Caribbean

Bahagian yang paling isitmewa dari rumah ini adalah bahagian luar belakangnya yang terus berhadapan  dengan pantai Caribbean  dengan hanya dipisahkan dengan sebuah pintu kecil.

Nah itulah penampakan rumah penyanyi Rihanna di Barbados yang harganya mencapai RM91 Juta. Kerja keras yang pernah diraih olehnya sekarang sudah membuahkan hasil dengan memiliki kediaman mewah ini.

istana rihannakediaman rihannarihannarumah paling besarrumah Rihanna
https://lomp.at/84e9u
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore