Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Menguji Ciri Menarik Sony WH-1000XM5, Headphones Dengan ‘Noise Canceling’ Terbaik

by Phic ARMAN
September 8, 2022
Share on Facebook

Sedar atau tidak, fon kepala atau headphones tiruan memang banyak dijual pada harga berkali ganda lebih murah dari yang asli. Headphone jenama Sony tiruan antara yang banyak kita jumpa di pasaran. Ini membolehkan mereka yang ingin cuba barangan seakan Sony tetapi tidak mampu memilikinya. Atau penjual mengambil kesempatan dan menipu Si Pembeli. 

Walaupun harga Fon Kepala Sony yang diklon jauh lebih murah, tapi ia sangat merugikan. Fon kepala yang asli dari Sony sudah pastinya jauh lebih berkualiti dan canggih mengikut aliran perkembangan teknologi. Salah satunya yang menjadi perhatian kami adalah fon kepala Sony WH-1000XM5 yang baru dilancarkan dalam beberapa bulan yang lalu.

Hal utama yang kami perhatikan adalah rekaannya. Ternyata, terdapat beberapa perbezaan ketara dari XM4 ke XM5.

Satu daripada perbezaannya adalah XM5 mempunyai sentuhan mewah disertai dengan peningkatan kualiti audio. Sangat sesuai untuk generasi muda masa kini. XM5 bagi kami, kualiti audio sangat baik dalam semua cara, dan XM5 boleh membisukan dunia hingar dengan cukup berkesan. Kekuatan sebenar XM5 adalah mode ANC yang terbaik dalam kelasnya setakat ini. 

Jika anda tidak tahu, ANC (Active Noise Cancellation) atau pembatalan bunyi hinggar ialah ciri pada fon kepala yang boleh secara aktif membatalkan bunyi yang tidak diingini apabila kita mendengar audio. Bunyi itu tentunya bunyi yang datang dari luar (persekitaran), yang mungkin mengganggu kita apabila mendengar audio.

Lapan mikrofon dan Auto NC Optimizer pada XM5 meningkatkan pengalaman dengan memberikan sumbangan penting kepada pengurangan bunyi hingar.

Spesifikasi dan prestasi

Dari segi spesifikasi dan prestasi, ia sebahagian besarnya mengikut siri pendahulunya. Namun, dari segi reka bentuk XM5 mewakili konsep moden dengan perubahan reka bentuk yang ketara dilakukan. 

Dengan berat 250 grams, XM5 lebih ringan daripada pendahulunya dan fon kepala ini juga dilengkapi dengan beg untuk kemudahan seharian.

Terdapat dua butang fizikal di tepi cawan telinga kiri. Pertama, NC/ambien, dan dapat menggunakan tiga ketikan butang ANC untuk mengaktifkan Spotify Tap. Ini membolehkan pengguna menghidupkan atau bermain daripada Spotify tanpa mengeluarkan telefon daripada poket.

Di samping itu, yang kedua ialah butang kuasa, pengguna boleh menggunakannya dengan menahan butang untuk mengaktifkan mod berpasangan Bluetooth. Manakala pada bahagian luar cawan telinga kanan adalah sensitif terhadap sentuhan untuk mengawal volume serta playback anda. Anda pun boleh kustom kawalan fungsi headphone atau EQ muzik anda dengan aplikasi Sony Headphone Connect. Contohnya anda boleh menambahkan atau mengurangkan bass muzik pada kesesuaian anda.

Codec LDAC

Headphone ini juga dilengkapi dengan codec LDAC untuk kualiti audio resolusi tinggi yang boleh dinikmati secara wireless. XM5 menandakan kembalinya teknologi DSEE Extreme Sony, yang mendakwa dapat membina semula audio yang hilang dengan tepat semasa pemampatan digital menjadikan muzik anda berbunyi lebih baik.

Bagi mereka yang suka membuat panggilan menggunakan fon kepala, XM5 disokong oleh Voice Pickup. Teknologi ini menggunakan 8 mikrofon beamforming & algoritma pengurangan bunyi hingar berasaskan AI untuk pengasingan bunyi yang tepat. Tidak kira di mana anda berada, anda akan sentiasa mendengar dan didengari dengan jelas.

Bagi hayat bateri, Sony XM5 mendakwa sebanyak 30 jam dengan pembatalan bunyi diaktifkan. Sementara itu, 40 jam tanpa ANC diaktifkan.

Harga Sony WH-1000XM5

Bagi mereka yang berminat, Sony WH-1000XM5 boleh dibeli dengan harga RM1,799. Terdapat dua pilihan warna iaitu Hitam dan Kelabu Terang.

Untuk promosi terkini, Sony Malaysia akan memberi waranti tambahan sebanyak 3 bulan jika anda mendaftar di dalam program My Sony. Untuk butiran lanjut bolehlah berkunjung ke laman sesawang ini.

Fon KepalaHeadphonesonySony WH-1000XM
https://lomp.at/vv512
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
LifeXplore

ShopeePay Money+ Baru Dilancarkan: 5 Perkara Penting Sebelum Anda Mahu Melabur

by Phic ARMAN
January 27, 2026

ShopeePay baru saja melancarkan Money+, ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan serendah RM10 sambil menikmati pulangan harian....

Read moreDetails
Korporat

Ramai Terkejut! ShopeePay Kini Miliki Limit Tertinggi RM30,000

by Phic ARMAN
January 25, 2026

MURAI baru sahaja menerima satu berita yang cukup menggembirakan buat geng pengguna tegar ShopeePay. Platform dompet digital itu kini meningkatkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara